Memetik laporan portal berita semalam, Presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah turut mencadangkan supaya wakil keturunan Cina dilantik bagi jawatan menteri atau timbalan menteri di beberapa kementerian yang dianggap penting.
Antara kementerian itu adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kewangan, Pendidikan dan Dalam Negeri. Beliau berkata, Hua Zong turut meminta kerajaan mengotakan semua janji pilihan raya termasuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tol lebuh raya, serta mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Jelas Yin Huah, beliau percaya Mahathir tidak akan berdepan masalah untuk memimpin negara berdasarkan pengalaman selama lebih 20 tahun Mahathir sebagai perdana menteri sebelum ini.
“Kami sedia berbincang dengan pihak berkenaan tentang isu pengiktirafan UEC, peruntukan sistematik kepada sekolah Cina serta masalah lain melibatkan sekolah aliran ini,” katanya.
Manakala Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) dalam satu kenyataan, menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu bagi mewujudkan suasana mesra perniagaan, mengurangkan kos niaga serta merancakkan kemajuan ekonomi di negara ini.
"Kami percaya kerajaan akan melaksanakan lebih banyak dasar terbuka dan adil yang akan memberi manfaat kepada rakyat pelbagai kaum," katanya. (SH)
wakil sudah.... tak payah lah sampai TPM... merapu sangat
ReplyDeletebyk sgt dah jawatan
NGO china diberi betis, hendak paha: mendesak jawatan menteri kanan. Selepas itu mendesak jawatan TPM pula. Selepas TPM, PM pula? Selepas PM, jawatan apa pula?
ReplyDeleteSiapa cerdik siapa bodoh?