Friday, May 04, 2018

M'sia Ke Belakang Jika Tun M/Anwar Memerintah, PKR/DAP Sekongkol. -A/Hadi

 PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Malaysia akan bergerak ke belakang sekiranya pakatan pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad diberi mandat untuk memerintah pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).
Perkara terbabit ditegaskan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, apabila pakatan pembangkang yang diketuai DAP mahu melantik bekas Perdana Menteri itu menerajui Putrajaya sebelum jawatan nombor satu negara diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sekiranya Dr Mahathir serahkan jawatan itu (Perdana Menteri) kepada Anwar... ia tetap akan jadi langkah ke belakang kerana kedua-dua individu terbabit pernah bergandingan dalam Kerajaan Persekutuan dan UMNO sebelum menyertai pembangkang.
"Kita juga sukar hendak bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana PKR dan DAP bersekongkol jatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim seorang tokoh dunia korporat yang berjaya mengurus kewangan dengan baik tetapi dituduh sebagai kedekut.
"Khalid memaklumkan beliau enggan melayan permintaan pihak tertentu yang mahukan wang kerana semua wang terbabit milik rakyat dan setiap wang dibelanjakan mesti ada bukti apa yang dibelanjakan.
"Perkara ini saya maklumkan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Allahyarham ketika itu, bersetuju tindakan Khalid maka sebab itulah, PAS mempertahankan Khalid ketika cuba ditumbangkan.
"Bagaimanapun, Khalid akhirnya diturunkan juga dengan langkah Kajang (oleh PKR)," katanya ketika berucap pada program Ceramah PRU14 : Malaysia Sejahtera di Medan Ilmu Sungai Baru Gunong, di sini malam tadi.
Abdul Hadi merujuk kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang susulan peletakan jawatan Lee Chin Cheh secara tiba-tiba pada Januari 2014, tidak sampai setahun selepas memenangi kerusi berkenaan dalam PRU-13 pada Mac 2013.
"Langkah Kajang" dikritik kerana menyalahgunakan sistem pilihan raya yang menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding untuk mengambil alih kerusi tersebut.
Kemenangan Wan Azizah mencetuskan krisis politik Selangor apabila Khalid enggan melepaskan jawatan Menteri Besar sehingga membawa kepada pemecatannya daripada PKR dan jawatannya diambil alih oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Dalam perkembangan mengenai tuduhan Dr Mahathir bahawa Abdul Hadi seorang munafik kerana didakwa bekerjasama dengan UMNO, beliau berkata Mahathir perlu mendapat pandangan dari mufti terlebih dahulu sebelum melabelkan dirinya sebagai munafik.
"Munafik adalah istilah agama, dia (Mahathir) bukan ahli agama... kalau tanya pasal penyakit tibi, perubatan, dia layaklah.
"Patutnya saya tak jawab, biar dia tanya mufti yang tahu agama, apa makna munafik itu... biar munasabah takrifannya.
"Selama ini dan sejak dahulu, saya tidak pernah kata sesiapa kafir. Yang disebut hanya tentang batas iman dan kufur pada orang Islam, itu sahaja.
"Mereka yang membawa budaya kafir mengkafir dalam PAS sudah pun masuk UMNO. Yang mana dalam politik kita tak bermusuh selama-lama, berkawan selama-lama. Cuma kita diajar berkawan ada batas, bermusuh ada batas.
"Kerana suatu hari akan ada perubahan. Sebab itu saya nasihatkan orang PAS kalau berkelahi ada batasnya, kita amal politik matang dan sejahtera," katanya.
Sementara itu, ditanya tuduhan pakatan pembangkang bahawa PAS lemah di Kedah, Abdul Hadi mendakwa kegagalan parti Islam terbabit memerintah negeri jelapang padi adalah kerana strategi Dr Mahathir sewaktu berkuasa sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.
"Mengapa PAS tak menang?.. ini kerana strategi Mahathir yang buat kawasan, menghalang PAS untuk menang tetapi perubahan yang berlaku pada hari ini, Insya Allah PAS boleh menang.
"Kita yakin kerana PAS paling kuat adalah di Kedah berbanding Kelantan dan Terengganu kerana mempunyai cawangan serta ahli yang paling ramai," katanya. (BH)


Hanya PAS Sifar Rasuah!

Lihat..

3 comments:

Anonymous said...

Pakatan wayang dipimpin oleh puak kafir evangelis yang memimpin parti kafir harbi DA-Pig. Maka keputusan yang dibuat DA-Pig dihormati oleh pak turut dalam pakatan wayang.

Orang ramai sudah tahu pemimpin-pemimpin DA-Pig telah menentang, memfitnah, menghina dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan perjuangan Islam dan menafikan hak umat Islam secara terbuka.

Maka tindakan dan sikap anti-Islam DA-Pig disokong atau direstui oleh parti mike selfie dada amoi, parti kak jah liberal dan parti mahafiraun.

Bahkah pemimpin-pemimpin sekular liberal dalam pakatan turut menyokong dan membela kemungkaran dan kesesatan seperti atheis, LGBT, qadiani syiah, sekularisme, liberalisme, pluralisme, murtad pesta arak terbuka dll.

Oleh sebab itu, umat Islam tidak boleh menyertai atau menyokong pakatan wayang pimpinan DA-Pig kerana tindakan ini boleh membatalkan iman.

Bukti:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”

Hadis ini telah diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

Anonymous said...


Bukti DAP menentang dan menghina agama Islam:

Dr Ridhuan Tee: DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam?

Sumber : mynewshub

ertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Anonymous said...

Kita sokong dan undi parti Islam PAS dalam PRU14 kerana:

1. PAS menjadikan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan perjuangan politik PAS untuk memartabat dan memperkasakan agama Islam dan membela hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi.

2. Pemimpin-pemimpin PAS sentiasa berjuang untuk membela, memartabatkan dan memperkasakan agama Islam, institusi Islam, ulama Islam dan hak umat Islam dan hak rakyat walaupun puak munafik dan puak kafir harbi bergabung menyerang, memfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

3. Pemimpin PAS mempunyai rekod yang bersih dari rasuah dll berbanding dengan pemimpin Be End dan pemimpin PH yang telah atau sedang disiasat oleh SPRM kerana kes rasuah. Bahkan sifu evangelis roket sendiri sedang didakwa di mahkamah kerana kes rasuah.

Malangnya masih ada badut dan pelawak dedak roket memuja sifu evangelis roket sebagai sifu 'suci' konon .

4. Hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah yang bererti kita wajib menolak semua agama lain seperti evangelisme dan ideologi buatan manusia sesat seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme, kafir harbisme dll.

5. PAS menentang kemungkaran dan kesesatan yang dipromosi oleh parti sekularisme, liberal, pluralisme, dan kafir harbi.

Jika PAS memenangi PRU14 , PAS boleh membentuk kerajaan yang mesra Islam untuk menyediakan suasana persekitaran yang selesa , aman dan kondusif untuk beramal ibadah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails