SHAH ALAM: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) terhadap PAS di Selangor tidak melunturkan semangat perjuangan parti itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata ia sebaliknya menjadi azam kekuatan kepada ahli PAS untuk lebih gigih pada PRU akan datang.
Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kawasannya atas sokongan ke atas beliau sejak 2008.
"Saya mengucapkan selamat berkhidmat kepada calon Pakatan Harapan yang telah memenangi kerusi DUN Pandan Indah ini.
"Semoga usaha mahu menjadikan kawasan DUN ini terus harmoni dan cemerlang akan dikekalkan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
7 comments:
baik la ko bejuang kat pahang tu... amik apa yang bn ada.
apa masalah plak ngan PH je? bangang la
to mahligai seni- jgn lupa rasulullah jadikan masjid tempat pertama baginda berpolitik
Berjuang bersama umno melawan pakatan
Tahniah nobody siapalah nobody tampa fitnah.
PEJUANG ISLAM TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMA ISLAM DAN MEMBELA HAK UMAT ISLAM. PRU14 TELAH BERLALU DAN PRU15 AKAN TIBA !
'nobody' dan fitnah adalah kembar siam maka tidak hairanlah 'nobody' menulis pelbagai dakwaan karut tanpa bukti untuk menfitnah dan memburuk-burukkan PAS. Sejak puak 'nobody' kalah yang amat memalukan di Kelantan dan Terengganu , penyakit mental 'nobody' menjadi semakin kronik sebab dia terlupa makan ubat kerana dia sibuk menjaja fitnah dalam beberapa blog.
Woi nobody, cerminlah diri kamu sendiri sebelum menfitnah parti Islam PAS. Jika kamu merenung cermin, sudah pasti kamu akan nampak imej syaitan dalam cermin tersebut !
Post a Comment