Thursday, May 03, 2018

PAS Menang? Tak Tepat &Keliru. Kata Sarawak Report

Dakwaan PAS tidak tepat dan sangat mengelirukan, kata Sarawak Report


Sarawak Report mendapati bahawa terdapat beberapa dakwaan yang dikeluarkan oleh Pas, yang mendakwa bahawa mereka telah menang dalam kes mereka ke atas Sarawak Report (SR).
Ini adalah dakwaan yang mengarut dan sangat mengelirukan, memandangkan keputusan yang diberikan mahkamah hanyalah berkaitan permohonan prosedur dan mahkamah belum sedikit pun membincangkan merit kes, kata SR.
Jelas SR, Perkara 1 – Tiada pun ‘5 permohonan yang diketepikan oleh hakim’ – dakwaan ini adalah palsu. Perbicaraan yang dibuat hanya melibatkan satu permohonan prosedur sahaja iaitu, permohonan SR untuk mencapai penyelesaian yang lebih cepat dan murah secara perbicaraan preliminari bagi menentukan sama ada Hadi mempunyai hak untuk membawa kes tersebut, memandangkan secara jelas kes tersebut dibawa oleh Pas.
Walau bagaimanapun, Pas telah menolak untuk perbicaraan preliminari, dan menyatakan mereka mahukan kes tersebut dibicara secara penuh, perbicaraan penuh dengan kos yang tinggi.
Mereka membantah permohonan perbicaraan preliminari yang dipohon SR dan mereka menyatakan akan membawa perkara-perkara yang boleh menyukarkan mahkamah.
Hakim dengan itu berpandangan adalah lebih selamat dan mungkin lebih murah untuk teruskan pendengaran penuh, di mana SR boleh membuat pembelaan di atas beberapa isu lain yang saling berkaitan bagi memenangi kes, selain dari kebenaran (truth) dan hak untuk menulis bagi kepentingan awam.
Perkara 2 – Dakwaan bahawa hakim ‘ketepikan pembelaan benar (truth) SR’ dan oleh itu ‘70% kes telah dimenangi oleh PAS’ adalah tidak benar langsung. SR telah menarik balik versi pembelaan sebelum ini, bagi membolehkan untuk dipinda dan dikuatkan dengan maklumat -maklumat berkaitan PAS menerima dana daripada Umno.
“Kami menjelaskan kepada mahkamah bahwa ini termasuk satu rakaman yang dikatakan suara Nik Abduh mengaku bahawa parti telah menerIma wang dari Umno. Hakim menanyakan sama ada SR akan memfailkan pembelaan baharu sebelum perbicaraan dan peguam kami mengesahkan.
“SR telah pun bersetuju sebelum pendengaran permohonan untuk membayar kos bagi penukaran pembelaan tersebut dan Hakim telah memotong hampir separuh daripada jumlah yang dipohon oleh peguam Hadi. Akhirnya, nota kepada peguam Pas yang mengaku mengambil gambar peguam London di dalam bangunan mahkamah dan diletakkan di Facebook,” katanya.
Sebagai peguam, kata SR dia sepatutnya tahu bahawa perkara ini adalah dilarang dan kesalahan tersebut (mengambil gambar di bangunan mahkamah) boleh dihukum penjara sehingga 6 bulan.
“Dalam perkara Bahasa Inggeris. Peguam Hadi, Carter Ruck telah diberi teguran oleh mahkamah kerana membacakan pernyataan bertulis yang dikatakan dibuat oleh Hadi, sedangkan dia mengaku bahawa Hadi tidak fasih berbahasa Inggeris.
“Hakim menyatakan kegagalan untuk memperaku bahawa kenyataan tersebut bukan ditulis oleh Hadi dan tidak menyediakan terjemahan sewajarnya untuk membuktikan bahawa dia telah membaca dan memahaminya, adalah satu ‘pelanggaran yang serius’,” jelasnya. AGEN DSAI.... 2/5/18, mdl (http://idahsalam.blogspot.my)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails