Wednesday, May 09, 2018

PAS Menang Tipis Di T'ganu, HARAPAN Ada Hilang Wang Pertaruhan. -Hassan Omar.



Apabila lebai menulis artikel mengenai kedudukan di Pulau Pinang HARAPAN tak boleh membentuk kerajaan walaupun DAP menang kesemua 19 kerusi yang dipertandingkan , ada sahabat baik lebai minta lebai mengulas kedudukan di Terengganu. (Baca di sini dan di sini).

Secara peribadi lebai tak ambil hirau perkembangan di Terengganu, hanya menumpu di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Tapi untuk memenuhi hasrat sahabat ini, lebai cuba menghubungi kenalan yang banyak membuat analisis di Terengganu. Kebetulan pula seorang sahabat IKRAM yang dulunya pegawai Petronas kini balik kampungnya di Seberang Takir dan bergiat dengan AMANAH (PAN).

Sebelum kita membuat analisis pola kecenderungan pengundi di sana kita kena ambil beberapa perkara sebagai asas.


 1. UMNO di Terengganu tidak menghadapi masalah besar dengan rakan MCA (Tiada MIC di Terengganu) kerana satu Dun Bandar biasa di peruntukkan kepada MCA.

2. Masalah utama BN Terengganu ialah masalah perpecahan antara mereka. Jika keadah penyelesaian oleh Najib boleh diterima dan ditaati mungkin UMNO Terengganu menjadi stabil.

3. Tapi perlu diingat walaupun mereka berpecah tetapi ketaatan kepada UMNO sangat tinggi di Terengganu. Pasal itu HARAPAN dan Mahathir tidak berjaya menebusi Terengganu. Faktor utamanya UMNO Terengganu didokong oleh golongan kurang akademik (Ini bukan lebai nak hina tapi kajian) yang lebih berfokus kepada "duit". Ada golongan reformasi dalam UMNO Terengganu didalangi oleh golongan pelajar terutama guru. Mereka jenis kurang taat kerana mereka tidak berapa bergantung kepada "duit". MB Terengganu sekarang contohnya tapi malangnya golongan guru yang menyertainya adalah guru "yang terbuang di sekolah".

Mengenai PAS pula.


1. PAS Terengganu adalah antara PAS yang terbaik, tersusun dengan fikrah PAS yang sangat jitu. Faktor ini membuatkan AMANAH (PAN) di Terengganu boleh dikatakan hampir 90% terpaksa didokong oleh IKRAM.

2. PAS Terengganu juga tidak menghadapi masalah perebutan calon dan penyusunan calon PAS Terengganu sudah dikenalpasti semenjak 4 tahun lalu. PAS Terengganu dalam kedudukan sangat bersedia.

3. PAS Terengganu juga mempunyai kepimpinan muda yang 'solid' dan cergas dengan pendekatan baru. Dulu PAS Terengganu tidak tertonjol kerana dibayangi oleh 5 tokoh utama mereka iaitu Haji Abdul Hadi (TGHH), Ustaz Harun Taib (HT), Mustaffa Ali (cikgu Pa), Ustaz Abu Bakar Chik (ABC) dan Wan Mutalib Embong (WM). Kini hanya tinggal TGHH, Cikgu Pa macam menghilang, HT dan ABC meninggal dunia. WM dan jadi veteran dan tidak begitu aktif.

Mari kita tijauan HARAPAN pula.


1. Tiada tokoh HARAPAN yang tertonjol samada daripada BERSATU, AMANAH atau pun DAP. Pengerusi BERSATU tidak dikenali oleh rakyat Terengganu. Pengerusi AMANAH Raja Bahrin dikenali tapi macam terbiar jika ditinjau dengan ceramah-ceramah yang bersifat bercakap tanpa audion. DAP entahlah.

2. HARAPAN boleh dikatakan sangat daif, susun kerja juga sangat tidak berkesan bukan mereka tidak ada kepakaran tetapi mereka tiada akar umbi.

Itu sepintas lalu latarbelakang BN, PAS dan HARAPAN di Terengganu sebelum kita masuk kepada analisis terperinci setiap DUN.


12 kerusi di Terengganu sebelum ini majoriti bawah 1,000 pengundi. Dun yang dimenangi oleh BN majoriti kurang 1,000 undi melibatkan empat kerusi iaitu Jertih (930 undi majoriti), Jabi (782), Kuala Berang (449) dan Kemasik (898).

Manakala PAS pula menang 8 kerusi yang majoritinya kurang 1,000 undi iaitu Tepuh (229 undi majoriti), Teluk Pasu (109), Bukit Tunggal (652), Ladang (924), Alor Limbat (645), Bukit Payung (613), Manir (588) dan Rantau Abang (141).

AMANAH tidak kuat di Terengganu dan faktor AMANAH menarik undi PAS agak tidak ketara. Manakala BERSATU juga tidak kuat di Terengganu dan faktor BERSATU tarik pengundi UMNO juga tidak ketara. Daripada 2 parti ini BERSATU dijangka akan menarik lebih besar berbanding AMANAH kerana 4 faktor;

1. Pengaruh dan Aura Mahathir
2. Masalah GST dan rakyat ada sentimen benci UMNO.
3. Faktor calon UMNO sangat berkaliber dengan 8 lulusan SPM dan seorang STPM sahaja.
4. 'Cah Keting' dan satu istilah beru "Sebelah Selipar, Sebelah Kasut" iaitu pengundi akan memberi undi kepada parti berlainan sebagai contoh DUN beri undi kepada PAS, Parlimen beri kepada BN.


N.9 TEPUH Pengundi: 23,111 (Melayu-99.00%, Cina-0.63%, India-0.06%, Lain-lain-0.26%)
Datuk Basir Ismail (BN)
Hishamuddin Abdul Karim (PAS)
Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan (PKR)

Muhammad Ramli Nuh (BN): 10,899
Hishamuddin Abdul Karim (Pas): 11, 128
Pas menang, majoriti: 229
% Mengundi: 88.6
Penyandang PRU-13: Hishamuddin Abdul Karim (Pas) Majoriti: 229

Jika PKR boleh tarik hanya 4% undi BN dan 1 % Undi PAS ini bermakna BN akan dapat 9,975 undi dan PAS dapat  10,897 undi dan PAS kekal di situ. Jika lihat perubahan carta di atas pola undi PAS makin meningkat setiap PRU selepas PRU 2004 daripada -774 kepada +229.
Walapun 4% satu nilai sangat kecil tapi BN tak boleh tawan kawasan PAS

Kita cari Dun PAS paling rendah. Dun Rantau Abang. 

 N.26 RANTAU ABANG
Pengundi: 24,819 (M-98.85%, C-0.48%, I-0.07%, L-0.55%)
Wan Zaukfli Wan Gati (BN)
Mohammad Padeli Jusoh (PKR)
Alias Harun (PAS)

Datuk Za'abar Mohd. Adib (BN): 8,823
Alias Harun (Pas): 8,964
MazlanHarun (Bebas): 90
Pas menang, majoriti: 141
% Mengundi: 88.1
Penyandang PRU-13: Alias Harun (Pas) Majoriti: 141

Jika PKR boleh tarik 4% undi BN dan 1 % Undi PAS ini bermakna BN akan dapat undi 7,830 dan PAS dapat 8,740 undi. Ini bermakna PAS kekal di Dun Rantau Abang.

Kesimpulan pertandingan 3 penjuru di Terengganu menyelamatkan PAS. Lebai tak nak buat analisis Dun Manir di mana itu adalah tempat Ustaz Harun Taib yang telah mencatatkan rekod tak pernah kalah tapi majoriti sentiasa bawah 1000 undi.

Mari kita ambil kawasan BN memang bawah 1,000 undi pula. Kita pilih Jertih.


N.3 JERTIH
Pengundi: 22,880 (M-96.18%, C-3.33%, I-0.14%, L-0.28%)
Muhammad Pehimi Yusof (BN)
Wan Azhar Wan Ahmad (PAS)
Datuk Dr. Kamarulzaman Wan Su (PKR)

Muhammad PehimiYusof (BN): 8,396
Wan Azhar Wan Ahmad (Pas): 7,466
BN menang, majoriti: 930
% Mengundi: 85.8
Penyandang PRU-13: Muhammad Pehimi Yusof (BN) Majoriti: 930

Seperti tadi ambil nilai paling kecil 4% + 3% Pengundi Cina, Kalau makin besar makin semakin berisiko. BN akan dapat 6,794 undi. PAS dapat 7,237. PAS Boleh tawan Dun Jertih.

Ini bermakna dengan perubahan UMNO sekitar 5-10% akan menyebabkan UMNO akan kehilangan 4 DUN iaitu Jertih, Jabi, Kuala Berang dan Kemasik.
Kita Ambil satu kawasan kubu UMNO, misalnya kawasan MB Terengganu sekarang Razif

N.11 SEBERANG TAKIR
Pengundi: 20,607 (M-99.24%, C-0.18%, I-0.11%, L-0.47%)
Mohd. Fazil Wahab (PAS)
Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman (BN)
Abu Bakar Abdullah (PKR)

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN): 7,731
Ahmad Nazri MohdYusof (PKR):73
Zakaria Dagang (Pas): 6,221
BN menang, majoriti: 1,510
% Mengundi: 88.2
Penyandang PRU-13: Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (BN) Majoriti: 1,510

Ok Nak letak berapa yang PKR dapat tarik??
Letak 5%
Razif dapat 6,701 undi
Tergugat Razif menang  nipis... ha ha ha

Kalau pembaca kata aura Mahathir hebat, takkan sekitar 4 - 5 % aje boleh tarik undi UMNO??

PAS Memang Boleh Tawan Terengganu.

Jika PAS boleh tawan Jertih, Jabi, Kuala Berang dan Kemasik. PAS mempunyai 19 Kerusi dan BN mempunyai manakala BN mempunyai 13 Kerusi daripada 32 kerusi di Terengganu.

Daripada Maklumat lebai perolehi daripada sumber PAS, rupanya ada 2 sumber analisis satu mengatakan PAS dapat 18 kerusi dengan menolak Kuala Berang atas faktor jentera PAS di Kuala Berang agak lewat bersedia.

Bagaimana kedudukan HARAPAN?

Minta maaf lebai ramal 7 Dun HARAPAN akan hilang wang pertaruhan iaitu di Dun Sura, Rantau Abang, Rhu Redang, Paka, Wakaf Mempelan, Batu Buruk dan Seberang Takir.

Ambil PERHATIAN, Jika HARAPAN tak hilang wang pertaruhan di Seberang Takir, MB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman akan kalah di kerusi itu.

Kedudukan Dun Bandar? 


Satu lagi ialah kedudukan Dun Bandar adakah PAS boleh tawan? Cina 35% di situ. Ada perbahasan dikalangan pengalisis PAS Terengganu samada Cina di situ Cina DAP atau MCA kerana MCA satu-satunya yang bertanding di situ dan di Negeri Terengganu. MCA kena memang bagi menjaga masyarakat Cina Terengganu.

Satu lagi rekod pernah berlaku di Terengganu apabila 2 wakil DAP yang mewakili kerajaan negeri Terengganu berkrisis, DAP minta mereka letak jawatan mereka buka letak jawatan tapi keluar DAP.

Mari kita detailkan..
1. Dato' Toh Chin Yaw (BN)           7,254    
2. Azan Bin Ismail        (PKR)         9,413    
                Jumlah Pemilih Berdaftar                        :  20,390  
                Jumlah Kertas Undi Ditolak                    :       276        
                Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi      : 16,943  
                Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan             : 16,983  
                Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan :       40          
                Peratus Pengundian        :               83.30% 
                Majoriti                :               2,159

PRU-14
Ahmad Shah Muhamed (PAS)
Toh Seng Cheng (BN)
Azan Ismail (PKR)
Pengundi: 20,268 (M-64.13%, C-34.55%, I-1.03%, L-0.24%)

Jika kita lihat 34.5% pengundi Cina ini bermakna ada 7,093 undi Cina. Sedangkan Azan Ismail semasa PAS, PKR dan DAP hanya dapat Undi 9,413 sahaja. Ini bermakna ada Cina mengundi BN.

Jika undi Cina masih memihak kepada BN sekitar 20-30%, Ini bermakna peluang PAS menang adalah cerah.

Tapi kalau kila tolak juga Dun Bandar kata dapat kepada UMNO kedudukan masih
UMNO 15
PAS 17
HARAPAN 0

PAS masih menang di Terengganu dengan kemenangan NIPIS.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails