Friday, May 18, 2018

Pelakon Adam Corrie Tolak Tawaran Lakonan, Fokus Ibadat Puasa. Tahniah!


HALAMAN HIBURAN

PELAKON terkenal dengan watak antagonis, Adam Corrie Lee sanggup lepas tawaran berlakon buat seketika bagi hormati bulan Ramadan yang mulia semata-mata untuk mendapatkan ganjarannya.


Adam yang dikenali menerusi watak Dragon dalam filem KL Gangster itu berkata, dia percaya sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas dan hanya ingin fokus dalam melaksanakan ibadah puasa dengan baik.
“Untuk sepanjang Ramadan memang saya tak ambil sebarang tawaran pun. Bagi saya, bulan ini adalah waktu untuk kita mengumpul pahala.
“Soal rezeki itu, saya percaya pada Allah. Insya-Allah mesti ada rezeki saya di tempat lain. Lebih baik saya beri tumpuan dalam melaksanakan ibadat puasa dengan baik,”katanya dipetik mStar Online.
Dalam pada itu, pelakon berusia 50 tahun itu turut turut berkongsi cerita bahawa dia dan isterinya, Fazema Mohd Fuad kini giat membuat persediaan bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Katanya, dia dan isteri sudah mengetahui jantina dan mempunyai nama untuk bayi pertama mereka itu namun berasa lebih selesa merahsiakannya terlebih dahulu buat masa kini.
“Alhamdulillah, kandungan isteri kini sudah mencecah tujuh bulan dan insya-Allah bayi kami dijangka lahir pada Julai depan. Kami teruja nak sambut kelahiran baharu dalam keluarga.
“Kami sudah ada nama untuk bayi sulung tapi buat masa sekarang biarlah rahsia dahulu nama dan jantinanya.
“Saya berharap semua orang doa yang baik-baik dan doa segala urusan saya dan isteri dipermudahkan,” kongsi Adam.
Adam dan Fazema mendirikan rumah tangga pada pada 2008 dan selepas 10 tahun menanti, pasangan ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah! Itulah pilihan yang tepat.

No comments:

Post a Comment