Wednesday, May 23, 2018

Pemain Bola Sepak Paul Pogba Sambut Ramadan Di Makkah (Video)



SUKAN

PEMAIN bola sepak Manchester United, Paul Pogba telah berkongsi video dirinya selepas dia menunaikan umrah di Makkah.

Bintang bola sepak Perancis itu telah memuat naik rakaman tersebut melalui Instagram miliknya ketika berdiri berhadapan Kaabah.
“Ini tempat yang indah, saya tidak dapat menjelaskan perasaan saya di sini.
“Hanya orang yang datang ke sini dapat memahami perasaan itu. Jadi saya harap orang-orang yang belum pernah berada di sini, mereka semua akan sampai di Makkah suatu hari nanti,” katanya dalam video itu yang mempunyai 22.5 juta pengikut di Instagram.
Paul Pogba menunaikan umrah diikuti dengan ibadah puasa pada bulan Ramadan di Makkah dan berhasrat mahu memenuhi masanya pada bulan Ramadan di sana.

Berikutan itu, rata-rata netizen di media sosial memberi komen yang positif dan memuji apa yang dilakukan oleh pemain bola sepak Muslim tersebut.
Ini bukan kali pertama pemain bola sepak antara yang termahal dunia itu melakukan umrah.
Tahun lalu, Paul Pogba menunaikan umrah selepas pasukannya memenangi Liga Eropah apabila Manchester United menewaskan Ajax semasa perlawanan akhir di Stockholm, Sweden.
Dia juga berkongsi video dan gambar di Instagram pada masa itu dengan kapsyen,
“Perkara yang paling indah yang saya lihat dalam hidup saya.”
Pemain bola sepak itu akan menuju ke Rusia tidak lama lagi bermain untuk Perancis pada Piala Dunia FIFA 2018. – (IH)

No comments:

Post a Comment