Monday, May 28, 2018

Pemandu Mabuk Rempuh Bazar. K'jaan PH Tak Haramkan Arak, Macam UMNO/BN Juga.



BATU PAHAT – Dua parah, manakala dua lagi cedera apabila sebuah pacuan empat roda merempuh empat wanita yang sedang menunggu pesanan burger selepas pulang dari Bazar Aidilfitri di Jalan Mohd Salleh, Batu Pahat, malam tadi.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, empat wanita berkenaan sedang berdiri di hadapan gerai burger di situ dan menanti pesanan mereka.
Ketika kejadian, kawasan jalan berkenaan dipenuhi ramai pengunjung berikutan Bazar Aidilfitri.
Seorang mangsa yang parah dikenali sebagai Nurfarahim Elias, 28, dari Parit Haji Sidek, dekat Batu Pahat, manakala seorang lagi wanita berusia 25 tahun sedang dikesan identitinya berikut tidak membawa sebarang pengenalan diri.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu pacuan empat roda yang dipercayai mabuk itu tiba-tiba hilang kawalan dan masuk ke sebelah kanan jalan sebelum merempuh empat wanita dekat gerai burger.
“Bagaimanapun, penjual burger tidak mengalami kecederaan.
“Dua mangsa yang parah bersama dua lagi yang cedera ringan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat,” katanya.
Beliau berkata, susulan kejadian, berlaku sedikit kekecohan antara orang ramai dengan pemandu apabila beberapa pengunjung mahu membelasahnya.
“Namun, ia berjaya dihalang dan ditenteramkan orang ramai,” katanya.
Abdul Wahib berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Harian Metro
Imej yang berkaitan

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan PH tak mahu haramkan arak, macam kerajaan UMNO/BN yang mewarisinya dari penjajah.  Barangkali kalau DAP perintah Malaysia bersendirian, dia mungkan mahu laksanakan undang-undang ini, kerana nak jaga hati orang Islam dan menjajah pemikiran orang Islam supaya jauh dari Islam. 

Dalam politik segalanya bisa berlaku.

No comments:

Post a Comment