HAMPIR tiga minggu mendapat mandat dari rakyat, kerajaan Pakatan Harapan masih meneruskan taktik sekian lama mereka untuk mendapatkan simpati rakyat melalui cerita-cerita sedih di media sosial.
Baru-baru ini, para netizen sekali lagi dijaja kisah ‘meruntun jiwa’ mengenai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dikatakan menangis dalam satu mesyuarat bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Kononnya, beliau berasa sedih dengan bebanan hutang RM1.2 trilion yang ditinggalkan oleh kerajaan lama di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Karangan sedih yang ditulis seorang pengguna Facebook Halim Bin Jantan itu nyata berjaya memperdaya netizen di media sosial apabila setakat 28 Mei, artikel berkenaan telah dikongsikan sebanyak 27 ribu kali selain mendapat 56,000 likes.
Tulisan itu juga membangkitkan beberapa persoalan. Siapakah Halim Bin Jantan ini? Adakah dia seorang pembantu peribadi kepada Mahathir? Jika bukan, dari mana dia dapat cerita ini?
Lebih menarik, perincian butiran mesyuarat menteri itu juga sangat lucu apabila terdapat adegan dalam karangan berkenaan di mana suasana menjadi hening dan sunyi selama tujuh minit.
Melihat ruangan komen, ternyata ramai orang terkesan dengan kisah yang mengatakan Mahathir sebak dan mengalirkan air mata apabila memikirkan kantung negara yang semakin tidak berisi, sedangkan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan bantuan BR1M sudah dijanjikan.
Entah dari mana sumber kisah berkenaan, namun tanpa sumber yang sahih itu jugalah orang ramai percaya dengan kisah kononnya kerajaan sudah tidak mempunyai dana lagi disebabkan perbuatan kerajaan lama.
Jika diaamati, kisah tersebut langsung tidak munasabah malah plot cerita itu seakan-akan mesyuarat jawatankuasa kampung yang membolehkan Halim Bin Jantan ‘pasang telinga’ mendengar perbualan Jemaah menteri.
Memang hebat Halim Bin Jantan ni. Siapakah beliau? Saudagar ketum kah?
Sudah-sudahlah percaya cerita karut sebegini. Ini tidak lain tidak bukan merupakan tulisan fiksyen ‘syok sendiri’ dari imaginasi liar individu yang mahu dikenali ramai di platform media sosial.
Tidak dinafikan, tentera-tentera siber Pakatan Harapan ini mempunyai imaginasi yang kuat dan kreatif sehingga dapat memperdayakan rakyat dengan taktik sama berulang kali bagi mendapatkan simpati.
Ini bukanlah perkara baharu, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, pasukan media PH juga menggunakan cara sama untuk memancing undi dengan video tular ‘Atuk Sudah Tua’ mereka menampilkan Mahathir juga dengan skrip yang hampir serupa.
Malah, tidak kurang juga catatan-catatan di media sosial sebelum PRU14 yang menuduh kerajaan lama telah menjual kedaulatan negara dan juga karangan kononnya negara di ambang muflis.
Jika difikirkan semula, mungkin inilah cara PH untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada manifesto 10 janji dalam masa 100 hari mereka, iaitu dengan menyebarkan cerita-cerita emosi untuk mengalihkan sentimen yang telah dibina sejak berkempen sebelum PRU14.
Mungkin mereka sedar bahawa janji-janji mereka sukar untuk ditunaikan dan terpaksa bertindak menggunakan taktik sebegini supaya rakyat bersimpati dan tidak mendesak serta mengkritik kerajaan kalau janji 100 hari tidak terlaksana.
Hampir tiga minggu selepas rakyat memperikan mandat kepada PH untuk membentuk kerajaan, hanya penurunan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari kadar 6 peratus ke 0 peratus tanpa menghapuskan cukai berkenaan sahaja dilihat setakat ini.
Nampaknya, kerajaan PH memang bersedia untuk mungkir janji dan telah bersiap sedia dengan kempen media sosial menghalakan kesalahan kepada kerajaan dahulu dan mengolah persetujuan rakyat supaya menerima sebarang tindakan kerajaan nanti. –MYNEWSHUB.CC
Sumber tambahan: FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi
2 comments:
Sebelum PRU14, cybertrooper dan pemimpin-pemimpin pakatan sibuk mencipta dan menyebarkan pelbagai dakwaan karut tanpa bukti @ fitnah seperti UG, rasuah RM90 juta, isu 1MDB dll untuk menghasut rakyat membenci parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.
Semua dakwaan karut @ fitnah tersebut telah menimbulkan kebencian rakyat yang tidak rasional terhadap PAS. Akibat sebilangan rakyat yang jahil telah mengundi pakatan dan menolak PAS.
Cybertrooper dan pemimpin pakatan juga telah memukau rakyat dengan pelbagai janji (kencing?) manis konon jika pakatan menang, GST dan tol lebuh raya akan dihapuskan, beban rakyat akan dikurangkan, ... bla...bla...bla...bla.
Akhirnya rakyat yang mengundi pakatan merasa tertipu apabila pakatan gagal melaksanakan semua janji pakatan dalam PRU14 walaupun pakatan telah memenangi PRU14.
Bahkan beban rakyat bertambah berat apabila harga barang keperluan asas meningkat tinggi pada tahap gila babi.
Bahkan kakitangan awam yang mengundi juga merasa tertipu apabila mereka dinafikan satu kenaikan gaji dan bonus hariraya.
Nampaknya pemimpin-pemimpin kerajaan pakatan cuba mencipta pelbagai alasan karut untuk menyalahkan kerajaan BN di atas kegagalan pakatan menunaikan janji.
Nampaknya kerajaan pakatan masih lagi menganut minda pembangkang dengan mencari kambing hitam untuk dipersalahkan untuk menyembunyikan kegagalan kerajaan pakatan.
Apakah jenis kerajaan pakatan yang tidak bersikap proaktif dan suka menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri? Bahkan sanggup kerajaan pakatan mencipta cerita dongeng konon hutang negara berjumlah RM 1 billion untuk mengelirukan rakyat.
Sepatutnya rakyat mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menggulingkan BN dalam PRU14 untuk menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam dan rakyat. Bahkan manifesto PAS adalah paling realistik.
Takpa...Kita dah usaha.. inshaallah lepas diakhirat..Islam diutamakan
Post a Comment