Wednesday, May 09, 2018

Penyanyi, Wany Hasrita Tunai Tanggungjawab Mengundi.. Pilih PAS?


HALAMAN HIBURAN

MEMANG tidak dapat dinafikan bagi mereka yang baru kali pertama mengundi pastinya perasaan teruja untuk membuang undi adalah cukup tinggi.

Itulah yang dirasai oleh penyanyi, Wany Hasrita yang mengakui tidak sabar menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), esok.
Memetik BH Online, Wany berasa teruja dan bersemangat kerana ini pertama kali penyanyi berusia 26 tahun itu mengundi dalam pilihan raya umum.
Sehubungan itu, Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata dia telah membuat persiapan dengan mempelajari cara membuang undi dan peraturan yang perlu dipatuhi setiba di pusat undi.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya tidak mahu ketinggalan memilih pemimpin negara. Sebelum ini, saya hanya lihat tanggungjawab ini dilaksanakan ibu dan ayah.
“Kali ini, saya tidak mahu ketinggalan turun padang dan memangkah kotak undi. Sudah tentu saya sangat teruja. Awal-awal lagi saya baca panduan mengundi. Ibu dan ayah juga beri tunjuk ajar,” katanya dengan nada teruja.
Meskipun sibuk dengan jadual yang padat, dia tetap memastikan dirinya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada pertiwi. Dalam pada itu, dia turut berharap rakyat Malaysia membuat pilihan terbaik demi masa depan negara tercinta.
“Saya berharap calon atau parti yang menang dapat terus memajukan negara dalam semua aspek iaitu pendidikan, akademik dan ekonomi selain meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.
“Saya juga mahu melihat Malaysia sentiasa aman dan makmur. Ini kerana kita tahu banyak negara lain bergolak. Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat bersyukur kita masih aman,” ujarnya.
Hasil carian imej untuk penyanyi, Wany Hasrita
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah Wany Hasrita apabila katanya, “Saya berharap calon atau parti yang menang dapat terus memajukan negara dalam semua aspek iaitu pendidikan, akademik dan ekonomi selain meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia." Al-hamdulillah!
Cuma weblog ini nak tambah sikit, bangunlah bersama Islam dengan meraut kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh itu undilah..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.
  PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP bersembunyi di bawah lambang PKR, parti sekular dan sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

3 comments:

Anonymous said...

PAS dan UMNO adalah parti kontol terbesar di Malaysia yang gagah dan sentiasa stim serta ghairah untuk makan duit rakyat dan negara .Kedua parti ini perlu di buang ke longkang pada PRU14 nanti.

Anonymous said...

Betul tu 11.31...BN adalah parti terbesar makan duit rakyat dan cuba diikuti rapat oleh PH...dgn ratio 71:21 oleh BN dan PH jelas menunjukkan PH berpotensi besar utk memotong BN sbb baru menguasai 2 negeri telah mndpt pencapaian salahguna kuasa yg sungguh cemerlang...

Malangnya PAS masih jauh ketinggalan dgn kosong kes dakwaan rasuah dan salahguna kuasa...

Anonymous said...

Tuan-puan yang dihormati,

Dalam perjalanan ke pusat mengundi, tuan-puan akan digoda dan dihasut dengan pelbagai janji keduniaan yang palsu oleh khadam-khadam sekular liberal dan khadam-khadam kafir harbi untuk mengundi mereka.

Tetapkan hati tuan-puan dan tolak semua godaan keduniaan yang palsu.

Teruskan perjalanan sambil memberi salam mesra kepada pejuang-pejuang Islam yang berjuang menegakkan Islam kerana Allah.

Masuk ke tempat mengundi dan pangkahlah PAS yang bererti anda juga telah berjihad menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Allah akan membalas jihad tuan-puan dengan balasan syurga. InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails