Friday, May 04, 2018

PH Tak Ajak Siti Kasim Kempen Lawan Agama/PAS, Mengapa?



SATU masa tidak lama dulu, Siti Zabedah Kasim (Siti Kasim) dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan seperti Husam Musa dan ramai lagi selalu melakukan aktiviti bersama.

Mereka menyokong satu sama lain dalam perjuangan mereka, seperti dalam isu orang asli di Gua Musang, Kelantan. Masa itu, Husam antara orang yang menikmati hasil serangan Siti Kasim dan rakan-rakan mereka terhadap kerajaan PAS Kelantan.
Kerajaan PAS Kelantan, yang Husam salah seorang pemimpin paling kanannya selama beberapa penggal, tiba-tiba dituduh gagal tangani isu alam sekitar hingga menzalimi orang asli. Husam yang selama ini berperanan sebagai exco kanan dalam pentadbiran PAS Kelantan tiba-tiba mempersalahkan kerajaan negeri.
 Takkanlah alam sekitar tiba-tiba merosot dalam satu penggal hingga ribuan orang asli dizalimi?
Sedangkan kalau benar kerajaan negeri Kelantan gagal mengurus alam sekitar hingga jadi seperti yang dihebohkan itu, tentulah Husam sebagai exco ada sahamnya. Takkanlah alam sekitar tiba-tiba merosot dalam satu penggal hingga ribuan orang asli dizalimi. Takkan zaman Husam tidak ada pembalakan?
Itu dalam isu alam sekitar dan orang asli, yang sebenarnya bukanlah isu favorite Siti Kasim dan geng Pakatan Harapan termasuk Husam. Perjuangan utama Siti Kasim ialah kebebasan hak asasi hingga tidak boleh disekat oleh agama, termasuk bebas menyokong dan mengamalkan gaya hidup seks songsang.
Siti Kasim ialah kawan baik pejuang liberal seperti Marina Mahathir dan kumpulan Sisters in Islam. Siti Kasim juga lantang menghina insitusi agama Islam dan ajaran Islam itu sendiri dengan pandangan-pandangan peliknya tentang Allah dan hukum syariah.
Beliau ada mengeluarkan pandangan yang memeranjatkan tentang kejadian Allah, seolah-olah mengatakan Allah dicipta oleh sesuatu, hasil daripada “getaran.” Peguam dan pejuang liberal ini dengan lantang bercakap menghina JAKIM yang didesak supaya dibubarkan.
Pandangan peliknya tentang kejadian Allah yang mengejutkan umat Islam satu masa dulu kuat dikecam oleh umat Islam, tapi kawan-kawan baiknya dalam PH diam membisu. Pada masa seluruh umat Islam di Malaysia menyokong usaha menaik taraf Mahkamah Syariah melalui pindaan dikenali RUU 355, Siti Kasim memobilisasi menentang usaha itu.
Katanya yang mengetuai demonstrasi di Parlimen menentang pindaan itu, orang Islam juga menentang apa yang digelar “RUU Hadi” itu. Kelantangan Siti Kasim ini memang tiada tandingan di kalangan pejuang liberal, lebih-lebih lagi dari kalangan wanita Melayu.
Maka kenapakah PH tidak memberinya sebuah kerusi untuk ditandingi atau paling kurang mengajak Siti yang bersuara lantang itu agar berkempen bersama? Mungkinkah kerana malu dan tidak mahu orang Melayu melihat sisi memalukan itu? Nampaknya, ini ialah taktik yang sama seperti DAP yang menyorokkan logo roket mereka untuk menipu orang Melayu supaya tidak nampak wajah sebenar mereka. 
Demikian Lapor Mynewshub.cc
Hanya PAS Sifar Rasuah!

Lihat..


3 comments:

  1. SEBAB DAP DAH TERLALU BANYAK HINA ISLAM

    https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

    DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

    Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
    Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

    Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

    DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

    ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

    Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

    Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

    Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

    Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

    Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

    Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

    Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

    Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

    Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

    Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

    Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

    Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

    Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

    Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

    Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

    Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

    Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

    TAMBAHAN:
    1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
    2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
    3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
    4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

    Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

    Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

    ReplyDelete
  2. https://aidcnews.wordpress.com/2017/07/27/penghinaan-melampau-dap-terhadap-islam-perlembagaan-malaysia/

    Penghinaan Melampau DAP Terhadap Islam & Perlembagaan Malaysia

    malaysianvoice – 1. DAP kononnya berpegang kepada Perlembagaan Malayia padahal dasar-dasar parti cauvinis itu menghina dan berlawanan dengan Perlembagaan.

    Di antara dasar songsang parti DAP ialah;

    a. Penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera” dan perlaksanaan kesaksamaan etnik

    b. Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar ‘merit dan keperluan’


    2. Dasar DAP ini menyesatkan dan melanggar Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang jelas menggariskan kedudukan istimewa Bumiputera dan perizaban kuota.

    Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

    (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

    (2) Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

    3. Deklarasi Setapak 1967 masih lagi terpampang di dalam web rasmi DAP tanpa mereka rasa malu bersalah. Ini secara tidak langsung menunjukkan DAP masih berpegang kepada deklarasi itu. ( https://dapmalaysia.org/parti/matlamat/deklarasi-parti/deklarasi-setapak/) Deklarasi DAP ini sangat jelas telah menghina perlembagaan Malaysia yang telah menggariskan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

    ” Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ diTENTANG” – Deklarasi Setapak.

    4. Cauvinis DAP juga memperjuangkan dasar ‘pengembalian pilihanraya majlis tempatan’. Padahal, pada 14 Ogos 2014, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan DUN Pulau Pinang pada 2012 adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen.

    5. Turut dipersoalkan ialah Fasal II (Matlamat-matlamat) Perlembagaan parti DAP perenggan 4 iaitu :

    Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi;

    ReplyDelete
  3. Sambungan

    6. Perenggan 4 Fasal II ini tidak menyatakan yang parti DAP mengiktiraf agama Islam sebagai agama Persekutuan. Ianya juga telah melanggar Perkara 11 (Kebebasan beragama) dalam Perlembagaan Malaysia yang jelas menyatakan :

    (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

    (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan KualaLumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

    7. Terdapat kawalan dan sekatan untuk mengembangkan agama lain di kalangan orang Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan negara TETAPI perlembangaan cauvinis DAP TIDAK mahukan akta-akta yang berbentuk ‘diskriminasi’. Fasal II perlembagaan cauvinis DAP ini ternyata telah menghina Perlembagaan Malaysia secara terang-terangan.

    8. Malangnya, masih ada pemimpin-pemimpin Melayu yang buta hati dan mata hingga sanggup bersekongkol dengan parti yang anti-Islam dan melanggar Perlembagaan negara.

    9. Kerana itu kita menyarankan kepada puak DAP supaya perbetulkan dasar-dasar parti yang menyesatkan ini dahulu. Pihak ROS pula disarankan supaya berkadar segera menyelesaikan isu-isu besar yang melibatkan kesahihan kepimpinan parti DAP. Isu ini sudah terlalu lama dan ianya melibatkan kesengsaraan rakyat Pulau Pinang di bawah kerajaan DAP hari ini.

    ReplyDelete