Wednesday, May 02, 2018

P/Pauh: Izzah Akui PKR Mungkin Tewas, Kerana Tiada ‘bantuan' Penyokong Pas..



PERMATANG PAUH - PKR secara terbuka mengakui mungkin tumbang di kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memetik laporan Utusan Malaysia, Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, ia berikutan tentangan sengit yang diterima oleh Barisan Nasional (BN) dan Pas untuk mempertahankan kawasan itu yang mempunyai lebih 80,000 pengundi berdaftar.



Turut dilaporkan, beliau berkata faktor kekuatan BN dan Pas adalah kerana kedua-dua parti berkenaan mempunyai sejarah yang panjang di situ.

"Saya sangat bimbang jika peratusan keluar mengundi rendah, sebab itu saya kata kita tidak boleh ambil mudah.
"Mereka mempunyai jentera pilihan raya yang sangat kuat di sini, sebab itu kami terpaksa bekerja kuat sejak dua tahun lepas," katanya dalam sidang akhbar hari ini seperti dilaporkan media berkenaan.

Untuk rekod, kemenangan PKR di kerusi berkenaan sejak Pilihan Raya Umum 1999 sebelum ini dikaitkan dengan ‘ bantuan' undi penyokong Pas namun sejak 2015, kedua -dua parti itu memutuskan kerjasama politik selepas Pas mendakwa dikhianti PKR dan DAP.

5 comments:

Anonymous said...

http://semuthitam80.blogspot.my/2018/05/wan-azizah-dalam-kekeliruan.html?m=1

WAN AZIZAH DALAM KEKELIRUAN!!!

Keliru dan Mengelirukan memang sudah menjadi sebahagian dari amalan dalam Pakatan Haprak tu sejak mula kewujudan mereka sebelum ini. Malah kekeliruan itu membuatkan mereka sendiri terkeliru.


Terutama sekali dalam PKR. Kalau dulu, parti itu ditubuhkan bagi menentang pemerintahan Tun Mahathir yang didakwa Zalim serta bertindak seperti seorang pemimpin Diktator.


Tapi hari ini, perjuangan asal PKR yang menentang pentadbiran Tun Mahathir itu berubah 360 darjah hanya semata - mata kerana 'Kekeliruan' dikalangan pemimpin - pemimpin atasannya.


Maka tak hairan la jika sekiranya Si Wan Azizah tu hari ini dilihat lebih banyak memberikan tumpuan serta perhatian penuh kepada usaha untuk memenangi hati pengundi Permatang Pauh.


Padahal Presiden PKR itu tidak lagi bertanding di Permatang Pauh. Sebaliknya, dia bertanding dikawasan Parlimen Pandan bagi menggantikan Rafizi yang hilang kelayakan untuk bertanding.


Soalnya, kenapa Si Wan Azizah tu sibuk nak berkempen di Permatang Pauh sehingga orang di Pandan sendiri tidak diambil peduli? Adakah Presiden PKR itu sedang berada dalam kekeliruan melampau?


ATAU mungkin Si Wan Azizah tu tidak percaya kepada kemampuan Nurul Izzah untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen warisan anak beranak dia tu dalam Pilihan Raya Umum kali ini sehingga menyebabkan dia terpaksa mengabaikan rakyat di Pandan!!!

Unknown said...

Bukan bagitu Ibnu Hashim kita cuma ada tiga pilihan 1.Pencuri 2. Yg brrsengkohol dan ambil duit pencuri guna ugama 3. Yang dgn iklas natangkap pencuri unt selamat rakyat.

Anonymous said...

Pakatan wayang roket akan kalah dalam PRU14 kerana pakatan tersebut dipimpin oleh parti perkauman roket pimpinan puak evangelis yang telah menentang dan menghina ajaran Islam dan perjuangan Islam dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti negara ini.

Tindakan pemimpin-pemimpin pakatan wayang bersekongkol dengan parti kafir harbi ultra kiasu roket menghina ajaran Islam telah menyebabkan umat Islam menolak dan memulaukan pakatan wayang roket dalam PRU14.

Wahai umat Islam, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14 supaya PAS boleh membela dan melindungi agama Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi.

Anonymous said...

4. Yang ikhlas jadi khadam nak bantu parti anti Islam

Anonymous said...

Setuju dengan cadangan Zali bahawa pencuri roket guna evangelisme dan ostad berbulu roket yang bersekongkol dengan pencuri roket dalan skandal banglo terlajak diskaun , skandal tanah , skandal kertas kerja, skandal terowong , skandal merobohkan berpuluh kampung Melayu Islam.

Maka kita sokong pemimpin-pemimpin PAS yang mempunyai rekod bersih untuk membentuk kerajaan Islam dan menangkap pencuri-pencuri roket tersebut dan ostad-ostad roket yang menjadi talibarut pencuri roket.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails