PETALING JAYA: Rafizi Ramli berkata belum ada keputusan muktamad tentang jawatan tinggi Kabinet kerana parti mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim disertakan dalam perbincangan, jawapan yang menunjukkan pertentangan pendapat terbuka naib presiden PKR itu dengan pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu.
Rafizi di Twitter menyangkal kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang berkata kenyataan oleh Rafizi kelmarin adalah kenyataan peribadi.
“Kenyataan yang saya keluarkan itu kenyataan pendirian PKR, bukan kenyataan peribadi. Oleh kerana saya satu-satunya pimpinan kanan yang tidak akan menyertai kerajaan, lalu tiada percanggahan kepentingan, sebab itu ia dikeluarkan oleh saya.”
Tentang perbincangan berkenaan portfolio Kabinet, beliau berkata Dr Mahathir bertemu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng.
“Tiada persetujuan dan perbincangan sepatutnya bersambung Sabtu. PKR minta perbincangan turut melibatkan Anwar – dia ketua umum Pakatan Harapan dan PKR.
“Sedang pimpinan PKR menunggu di Hospital Rehabilisasi Cheras, ketika itu pengumuman dibuat walaupun tanpa penyertaan pimpinan PKR.
“Selepas itu baru Lim Guan Eng dan Dr Mahathir datang bertemu Anwar.”
Beliau berkata persoalan membawa isu ini dalam mesyuarat tidak timbul kerana mesyuarat yang sepatutnya melibatkan Anwar tidak berlaku, dan pelantikan dibuat tanpa penglibatan PKR.
Rafizi turut mencemuh laporan Sinchew Daily mengatakan bantahannya terhadpa pelantikan itu kerana dia mahu menjadi menteri kewangan. Rafizi berkata dia akan menyaman media itu.
Beliau berkata dia sudah menyatakan yang dia tidak akan terima sebarang jawatan kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14, sejak 2 tahun lalu apabila beliau menubuhkan firma kaji selidik, Invoke Malaysia.
Rafizi berkata dia dikritik kerana kenyataannya tentang pelantikan Kabinet tetapi menggesa orang ramai supaya jangan lupa bila tiada yang berani menegur, mereka akan kembali ke “zaman Barisan Nasional”.
“Kalau semasa BN dulu, bila Dr Mahathir menimbulkan isu di luar, cara penyokong BN menghentam beliau ialah dengan suruh bawa isu ikut saluran.
“Kini ayat yg sama dibawa penyokong-penyokong kerajaan PH.”
Beliau berkata ramai mahukan kerajana baru tetapi tidak bebas dari minda tahap lama semasa dari era BN.
“Sebab itu saya ulang berkali-kali dalam semua ceramah: saya tidak bimbang PH akan menang. Saya bimbang bila menang itu tidak membebaskan minda rakyat.”
Kelmarin, Dr Mahathir menamakan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan dan Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan. (FMT)
The most respectable person in pkr - dsai, rafizi and tian chua
ReplyDeleteKuasa nak berbalah hal ini di sini kerana blog ini blog PAS - tak patut bincang masalah dalaman party lain. Mari kita bincangka hal party PAS di Kelantan dan Terengganu dulu. Mintak MB-MBnya mula membicarakan strategi pembangunan KELANTAN dan TERENGGANU.
ReplyDeleteNak tahu juga macam mana Kelantan dan Terengganu nak memantapkan ekonominya , adakah semata-mata nak bergantung pada KERAJAAN PUSAT.............?????
Tak mahu ke tarik pelaboran atau kembangkan apa-apa industray tempatan yang boleh menjana pendapatan.....????
Ceritalah sikit, macam mana nak bangunkan KELANTAN/TERENGGANU supaya setanding dengan negeri-negeri di bawah HARAPAN.
Semua negeri start dengan 0000000000000000 kesan akibat ekonomi zaman Najib.
Tengok Tun Mahadir, hari pertama dah namakan LIMA orang 'PENASIHAT' atau 'COUNCIL OF ELDERS' untuk bantu memulihkan ekonomi Malaysia ke landasan yang betul.
Bukan senang nak lepaskan diri dari CENGKAMAN AH LONG, prc Cina mainland.
Kena cari orang berpengaruh macma Robert Kuok.
Bagiaman dengna KELANTAN............????
Ceritalah sikit macam mana nak selesaikan masalah AIR YANG KUNING MACAM KELADAK TEH. Ini je dah cukup for the start.
Takkan nak tunggu kerajaan Pusat juga selesaikan semua ni.
Apa guna bentuk kerajaan kalau orang lain buat kerja kamu.
Cik minah ni sebenarnya budak hingusan yg baru pandai baca buku sampay tak tahu apa2 pun. Mungkin jugak cik minah br keluar dari gua niah. Mungkin jugak cik minah ni mcm sr ikut telunjuj jugak fitnah pun dia dengar. Buka minda bagi luas pandangan jng jadi katak bawah tempurung. Kisian cik minah
ReplyDelete
ReplyDeleteminaah ini menulis komen seolah-olah dia seekor katak puru yang hidup di bawah tempurong sahaja dan dia menyangka seluruh dunia berada di bawah tempurung tempat dia berteduh. Kita merasa kasihan melihat kebodohan minaah berganda-ganda setiap kali dia menulis komen untuk membela kebatilan dan menentang kebenaran.
minaah menulis seolah-olah keadaan di luar Kelantan adalah seperti syurga tanpa sebarang masalah , seolah-olah kemajuan di negeri-negeri lain setaraf dengan New York , seolah-olah rakyat di negeri-negeri lain hidup kaya-raya tanpa kemiskinan walupun lebuhraya sentiasa jam , ramai rakyat kais pagi makan pagi dan terpaksa berkerja siang dan malam untuk menanggung keluarga, seolah-olah negeri-negeri lain sangat aman kerana tiada jenayah walaupun rakyat hidup dalam ketakutan kerana ramai penjenayah berkeliaran, seolah-olah bekalan air di negeri-negeri lain mencurah-curah seperti air terjun walaupun rakyat terpaksa beratur menunggu lori tangki air dan menadah air hujan sejak pakatan memerintah negeri dan negara.
Wah sungguh hebat kemajuan negeri-negeri yang diperintah oleh PH. Kita semua kagum membaca komen minaah!
Nota: Tak mahu hapus GSTkah? Harga minyak tidak turunkah? PTPTN ? Bukankah semua itu janji pakatan kepada rakyat sebelum PRU14 yang akan dilaksanakan sebaik pakatan berkuasa?
PEMBETULAN:
ReplyDeleteminaah menulis seolah-olah keadaan di luar Kelantan adalah seperti syurga tanpa sebarang masalah walaupun pencemaran udara, tanah dan air dan bunyi berlaku berleluasa , jalan-jalan yang lebar dan sentiasa sesak (jam) di mana kenderaan membebaskan gas CO, SO2, CO2 dll untuk dinikmati oleh rakyat , seolah-olah kemajuan di negeri-negeri lain setaraf dengan New York (kah kah kah kah), seolah-olah rakyat di negeri-negeri lain hidup kaya-raya tanpa kemiskinan walaupun ramai rakyat kais pagi makan pagi dan terpaksa berkerja siang dan malam untuk menanggung keluarga, terdapat banyak rumah dibina untuk rakyat walaupun harga mampu tengok sahaja, seolah-olah negeri-negeri lain sangat aman kerana tiada jenayah walaupun rakyat hidup dalam ketakutan kerana ramai penjenayah berkeliaran, seolah-olah bekalan air di negeri-negeri lain mencurah-curah seperti air terjun walaupun rakyat terpaksa beratur menunggu lori tangki air dan menadah air hujan sejak pakatan memerintah negeri dan negara.
Pembetulan komen 6:27 PM dan 6:36 PM:
ReplyDelete.... seolah-olah bekalan air di negeri-negeri lain mencurah-curah seperti air terjun walaupun rakyat terpaksa beratur menunggu lori tangki air dan menadah air hujan sejak pakatan memerintah negeri, rakyat juga menikmati tanah runtuh dan banjir kilat kali di PP. Itulah 'kemajuan' yang minaah mahu dan impikan selama ini!