Monday, May 07, 2018

Rakyat Nak Perubahan (video) Mohamad Sabu. Gadis Merengek?


Klip audio gadis merengek nak beli 'g-string' merah tular  -mStar
PETALING JAYA: Seorang gadis yang dikenali sebagai Zaza tular gara-gara permintaan membeli 'g-string'.




Audio percakapan Zaza bersama seorang lelaki, didakwa mirip suara Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu tular sejak Jumaat.

Zaza memanggil lelaki itu dengan panggilan 'daling'.
Percakapan tersebut turut berkisar dengan aktiviti harian dan perancangan mereka untuk bertemu.

Dalam salah satu perbualan dapat didengar Zaza mahu membeli pakaian dalam.
"Zaza nak beli g-string, nak 'color' merah'," kata Zaza dengan nada manja.
"Oooo...bila pakai nanti nanti nak tengok," balas lelaki tersebut.
"Mestilah boleh," jawab Zaza.
"Nak tengok," sekali lagi lelaki itu membuat permintaan.
"Ok darling," balas Zaza.
"Ok sayang."
"Ok darling. Bye. Love you too."




Dalam pada itu, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang komen dan menyerahkan isu percakapan klip audio bersama seorang wanita itu kepada peguamnya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian selepas diajukan pertanyaan tentang isu tersebut oleh wartawan sebaik sahaja tamat ceramah di Klebang Restu, Manjoi, Ipoh, Sabtu malam.

Selain klip audio tersebut, sekeping gambar seorang lelaki, juga didakwa mirip Mat Sabu sedang memeluk seorang gadis di dalam kereta tular di media sosial. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini juga mengambil pendirian enggan campur tangan dan menolak dakwaan skandal seks melibatkan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu selagi belum terbukti kebenarannya.


Lihat sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

Yang tuduh ahli PAN. Yang kena tuduh Presiden PAN. Saya rasa memang palsu pun. Sebab dari dulu kini dan selamanya PAN memang terkenal dengan tuduhan2 audio kurang video. Tak percaya tanya Husam

Anonymous said...

Rapiggy dan Mr Who Sang Moses telah berkata jika orang yang didakwa tidak menyaman orang yang membuat dakwaan , maka dakwaan itu benar dan orang yang didakwa itu bersalah.

Inilah undang-undang hutan rimba yang diguna pakai oleh rapiggy dan Mr Who Sang iaitu badut sarkis roket untuk menfitnah pemimpin parti lawan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails