DIVIDEN KWSP berkemungkinan jauh lebih rendah daripada tahun-tahun sebelum ini berikutan dengan kejatuhan saham berikutan dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab daripada Mahathir dan Lim Guan Eng berkenaan dengan hutang negara.
Kedua-dua mereka mendakwa Malaysia menanggung hutang hampir RM1 trilion sedangkan angka rasmi sebelum ini adalah RM686 bilion.
Ketika mengakhiri dagangan jam 5 petang semalam, FTSE Bursa Malaysia KLCI merekodkan kerugian sebanyak 40.78 mata atau 2.21 peratus kepada 1804.25 mata. Prestasi buruk Bursa Malaysia itu didorong oleh sentimen tidak baik terhadap hutang negara yang tinggi seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir dan Lim Guan Eng.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perbuatan mengatakan hutang kerajaan adalah sebanyak 65% daripada KDNK, yang jauh lebih tinggi daripada angka rasmi 50.9% dan mendakwa hutang itu berjumlah RM1 trilion tanpa memberikan perinciannya akan hanya menggugat pasaran kewangan.
Ia juga akan menakutkan agensi penarafan dan memberi kesan ke atas keyakinan pelabur terhadap institusi negara seperti Bank Negara Malaysia, katanya.
Najib berkata akibat “kenyataan yang mengejutkan dan mengelirukan” itu indeks Bursa Malaysia jatuh paling teruk dalam kalangan pasaran saham seluruh dunia, menyebabkan puluhan bilion ringgit nilai pasaran hilang dalam satu hari.
Portal berita bisnes, The EdgeMarkets melaporkan, kejatuhan teruk pasaran saham ini disebabkan kebimbangan terhadap hutang awam kita.
Dan yang paling membimbangkan rakyat Malaysia perkara ini akan mempengaruhi dana kita seperti KWSP dan PNB, dan akan menurunkan kadar dividen kepada pencarum untuk tahun ini.
Kerajaan PH dilihat amat tidak bertanggungjawab dalam usaha mereka menyalahkan Datuk Seri Najib bagi mewujudkan persepsi keadaan kewangan yang buruk. Ianya menyebabkan kerajaan baru tidak dapat menunaikan janji manifesto pilihan raya dan mewajarkan langkah mengurangkan anggota perkhidmatan awam.
Kalau hujung tahun ini dividen KWSP dan ASB dapat rendah, hendak salah siapa? Inilah harganya menukar kerajaan di Putrajaya. Kerana terpedaya dan termakan janji janji manis akhirnya apa pun tidak dapat.
Baru masuk Putrajaya, beberapa orang wakil DAP sudah melawat KWSP. Hendak tengok apa di KWSP? Bimbang juga ramalan Rafizi bahawa KWSP akan bankrup akan jadi kenyataan di bawah kerajaan PH ini.
Ikhlas
Penyimpan KWSP
MINDARAKYAT
No comments:
Post a Comment