Tuesday, May 01, 2018

Salah PAS, Jika PH Kalah PRU14? Tidak &Jangan!


Imej yang berkaitan
Oleh Mohd Darus Ismail

PKR bersedia mencari alasan untuk menjustifikasikan kekalahan mereka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti. Suara-suara menghentam PAS sudah bermula – dengan kolaborasi yang dikatakan wujud antara PAS dan Umno, kesan daripada kononnya PAS menerima wang Umno.

PAS teruk digodam Pakatan Harapan (PH) dan setakat ini sedang menyimpulkan kekalahan mereka nanti adalah kerana PAS. Ini sudah menjadi resam mereka untuk mencari alasan. Kemenangan pertama datang daripada Datuk Seri Mohamad Hasan, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau tanpa bertanding.


Sungguhpun kesilapan lawannya, Dr S Streram yang gagal menghantar pencalonan kerana tidak mempunyai pas khas pencalonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – PH sudah menunjukkan perangai suka menyalahkan pihak lain.


Bermula dengan menghentam SPR dan mengatakan pas khas pencalonan itu tidak mandatori, sekarang mereka memulakan persoalan dengan PAS tidak bertanding di sana dan mula membuat andaian – mengenai hubungan PAS dan Umno yang mahu memberi kemenangan moral pertama buat Barisan Nasional (BN)/Umno.


Khairul Yazman Yahya, ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata, sememangnya PAS tidak meletakkan calon di situ. 
Ditegaskan PAS akan menentang BN/Umno dalam PRU14 dan menasihati PH menghentikan dakwaan kononnya ada hubungan PAS dan Umno ketika ini. Sebaliknya, PAS dalam isu ini mempersoalkan sama ada calon PH itu tidak sengaja atau sengaja gagal membawa pas khas SPR, untuk memberi kemenangan kepada BN/Umno.


PH khususnya PKR sedang mengharapkan tsunami Melayu untuk menggagalkan BN/Umno dalam PRU kali ini. Alasan mahu mendapat sokongan Melayu membuatkan mereka menerima Dr Mahathir, namun lain yang diharapkan, lain pula yang datang. Amat jelas tsunami Melayu yang diharapkan tidak berlaku, malah dalam satu kajian Merdeka Center hanya 7.9% sahaja Melayu yang beralih undi daripada BN/Umno.

Pengiraan Dr Mahathir yang akan menjadi punca tsunami Melayu nyata meleset. Dr Mahathir sendiri membendung banyak liabiliti yang menyebabkan perubahan undi Melayu kepada PH tidak menjadi. PH sebenarnya dalam keadaan sedar peluang mereka untuk menggantikan kerajaan sedia ada hampir tipis. Mereka harus sedar PAS sebelum ini juga adalah faktor yang menjadi penyebab Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi dan memenangi undi popular 53%.

Hari ini, PAS tidak lagi bersama PH, undi Melayu tidak berganjak daripada sepatutnya, PKR dilanda krisis dalaman – pemilihan calon. Bantahan dalaman berlaku ke atas kerjasama Dr Mahathir dengan PKR, dan PPBM yang tidak dapat memindahkan sokongan Umno serta Melayu kepada PH menjadi punca PH tidak akan berjaya dalam cabarannya menewaskan BN/Umno pada PRU14.
Semakin rancak PRU14 ini, semakin gusar PH dalam melalui masa pengundian. Semua ini adalah kesilapan PH sendiri, ini bukan salah PAS.

Setelah pengisytiharan DAP pada Jun 2015 bahawa mereka tidak boleh lagi bersama PAS, bukan sahaja berlaku pergeseran antara DAP dan PAS, malah PKR dengan PAS juga sudah terbit bibit-bibit masalah khususnya di Selangor.
PAS juga adalah faktor Pakatan Rakyat berjaya merampas Selangor dan konflik dalam Langkah Kajang bukan sahaja tidak dirujuk dengan sempurna kepada PAS, malah perubahan menteri besar itu juga sudah menampakkan pergeseran besar antara PAS dan PKR sedang berlaku.

Walaupun ada yang mengatakan PKR tersepit dalam memilih PAS atau DAP, sebenarnya sikap PKR juga yang menyebabkan PAS semakin tidak yakin terhadap Pakatan Rakyat ketika itu. Dikatakan juga sikap PKR yang tidak menghormati kepimpinan PAS dan semakin ego dalam mentadbir kerajaan Selangor adalah punca perpecahan Pakatan Rakyat.

Hari ini, suara-suara yang menuduh PAS bersama Umno semakin kuat kedengaran. Tuduhan PAS menerima dana daripada UMno disebar luas.
Semua tuduhan ini semakin jelas bertujuan meletakkan kesalahan kepada PAS, sekiranya Umno/BN kekal berkuasa. Semua tuduhan ini juga memberi isyarat PH mulai ragu-ragu dalam misi menewaskan BN/Umno pada PRU14.
Lebih daripada itu, PKR sedar – Dr Mahathir gagal bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa sokongan orang Melayu berhijrah undi daripada BN/Umno kepada PH.

Jangan salahkan PAS, perkara utama – salahkan sendiri dalam kegagalan memperteguh Pakatan Rakyat. Dengan pembubaran Pakatan Rakyat sudah cukup menunjukkan pembangkang belum bersedia mengambil alih kerajaan. (TKO)


Sekarang nak undi senang aje pilih antara 3 Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi mengundi 9 Mei ini. Anda hanya perl pilih 3 iaitu 
  • PENCURI DUIT RAKYAT. 
  • Satu Lagi BEKAS PEROMPAK WANG RAKYAT juga kini kononnya nak tangkap anak muridnya bekas perompak. 
  • Atau pilih aje parti yang nak bawa Islam sebagai penyelesaian masalah. Walaupun kumpulan ini daif tapi iktizam mereka cukup tinggi. 
Islam adalah pilihan terbaik kerana disana ada keredhaan Allah.. 

2 comments:

Anonymous said...

Pemimpin pakatan wayang roket adalah kepala bapak hipokrit kerana suka menyalahkan PAS sedangkan kesalahan, keburukan dan kejahatan itu terdapat pada diri pakatan sendiri.

Contoh: Selama ini pakatan menjaja fitnah konon PAS terima rasuah sedangkan kita semua mengetahui semua pemimpin PAS mempunyai rekod yang bersih dari rasuah dll dan kita juga tahu pemimpin dan kroni pakatan sendiri telah atau sedang disiasat oleh sprm berkaitan kes rasuah dll.

Marilah kita semua undi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14 untuk menghapuskan rasuah.

Uku said...

Dah terbukti ph mmg akan salahkan pas dan pihak lain bila kalah, mereka tdk pernah mngakui kelemahan sndiri dan mmperbaiki kelemahan sndiri sejak sekian lama, organisasi yg lemah, mereka sbnrnya lemah dan hanya bernasin baik skrg bn berada dalam keadaan lemah,ph mereka tdk layak gnti bn kerana organisasi sgt buruk, kita cuma berharap suatu masa nnt ada pmbngkang lain yg setara dgn bn yg boleh mngantikn bn,tp bkn ph

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails