Saturday, May 12, 2018

Sarawak: Bantah Penerimaan Komponen BN Dalam PH


PENGERUSI PKR Sarawak, Baru Bian. - Foto Awang Azmil


KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak mengutus surat kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi menyatakan bantahan terhadap penerimaan mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) ke dalam gabungan itu.
Pengerusi PKR negeri, Baru Bian, berkata kerajaan negeri BN adalah proksi kepada UMNO, yang mana pemimpinnya membenarkan salah guna kuasa untuk mengaut kekayaan dan menafikan hak rakyat.


"Mereka mengutuk dan mengejek pendirian kami ke atas beberapa isu seperti tanah Hak Adat Bumiputera dan salah guna hak asasi manusia oleh pemimpin dan pihak berkuasa negeri. Mereka juga menghina dan mengetepikan Pengerusi PH dan memperlekehkan manifesto kami.
"Jadi, kami berhak mempersoalkan motif mereka untuk menyatakan hasrat bergabung," katanya yang Ahli Parlimen Selangau.
Baru, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ba'kelalan, berkata beliau sudah membincangkan isu itu bersama Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen, yang juga Pengerusi DAP negeri dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri, Mohd Fidzuan Zaidi.
"Surat kepada Dr Wan Azizah dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah itu sebagai rekod mengenai bantahan keras terhadap penerimaan mana-mana parti komponen BN dalam PH," katanya.
Beliau berkata, menerima mana-mana parti komponen BN dalam PH akan dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap rakyat yang sekian lama ditindas kerajaan BN.
"Jika ada sebarang usaha dilakukan oleh Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) atau mana-mana parti politik untuk menyertai PH, kami harap pemimpin PH mendapatkan pandangan pemimpin PH Sarawak terlebih dahulu termasuk saya, Chieng Jen dan Fidzuan.
"Sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan bersama dalam kalangan pemimpin pakatan di peringkat pusat dan negeri," katanya. (BH)

2 comments:

Anonymous said...

Penyokong pas telah baca. Tapi tidak memberikan apa2 kesan. Tiada apa yg perlu ditakuti terhadap kebenaran. Worse case senario even katakanlah ada pemimpin yg disabit pun kami tidak akan berganjak daripada pas. Kami sokong pas disebabkan dasar Islam yang diperjuangkan bukan kerana pemimpin dan individu. Jika benar ada pemimpin yg rasuah, maka mereka akan dikeluarkan sepertimana yg berlaku kepada pemimpin serpihan parti pas ie pan. Namun selagi ianya tohmahan dan fitnah kami ttp setia dan taat kepada kepimpinan. Wallahualam...

Anonymous said...


Artikel 10:26 AM jelas menunjukkan penulis pro-pakatan wayang roket menghina hak rakyat Kelantan dan Terengganu untuk memilih pemimpin dan kerajaan mereka seolah-olah penulis ini adalah penulis komunis atau fasis yang tidak menghormati prinsip demokrasi. Maka penulis ini layak menjadi rakyat Korea Utara atau China Komunis.

Dari perkataan pertama hingga ke perkataan akhir dalam artikel tersebut 10:26 AM jelas menunjukkan penulis artikel ini berniat jahat dengan membuat pelbagai fitnah atau dakwaan karut tanpa sebarang bukti terhadap parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Ini bererti penulis ini telah menyebarkan fitnah terhadap PAS secara terbuka semata-mata untuk memfitnah dan memburuk-burukkan PAS dan rakyat Kelantan dan Terengganu kerana rakyat Kelantan dan Terengganu telah mengundi PAS untuk membentuk kerajaan Islam di negeri-negeri tersebut. Maka kita tidak merasa hairan melihat pemimpin-pemimpin wayang roket telah menentang RUU anti-berita palsu.

Artikel tersebut seolah-olah membuktikan pakatan wayang roket mengamalkan politik balas dendam dan menghina prinsip demokrasi yang menjadi hak rakyat Kelantan dan Terengganu.

Inilah yang berlaku semasa Revolusi Perancis di mana pemimpin dan penyokong revolusi sibuk membunuh raja Perancis dan menteri-menteri Perancis dan penyokong kerajaan beraja. Selepas itu, pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong mereka sibuk pula membunuh antara satu sama lain. Semua pembunuhan ini terhenti apabil Napoleon Bonaparte merampas kuasa dan membentuk kerajaan baru.

5 tahun adalah tempoh yang pendek dan PRU15 pasti akan menjelma dan dalam poltik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Pakatan yang cepat naik mungkin pakatan juga akan akan cepat jatuh ! Rakyat sedang menunggu untuk melihat sama ada pakatan boleh memenuhi semua janji dalam manifestonya sendiri.

Jika 'Malaysian Malaysia' dilaksanakan, kita akan bertepuk tangan mapabila sebilangan kaum Melayu yang mengundi parti roket terkejut beruk melihat hak keistimewaan bumiputera termasuk kaum Melayu dihapuskan dan hak agama Islam dinafikan !

Kita cuma tunggu dan lihat sahaja dalam tempoh 5 tahun ini. Jika BN yang kuat pun boleh lingkup, maka tidak mustahil pakatan pun boleh lingkup juga !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails