Sunday, May 20, 2018

Satu Contoh Buruk, Selebriti Ini Tidak Keluar Mengundi.


HALAMAN HIBURAN
LIHAT berita ini..


PASANGAN selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen teruk dikecam netizen apabila didakwa tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), baru-baru ini.

Rata-rata netizen mendakwa pasangan itu tidak mengundi apabila mereka dilihat tidak berkongsi gambar jari dengan kesan dakwat kekal sebagai tanda sudah menjalankan tanggungjawab seperti mana yang telah dijelaskan oleh selebriti lain di Instagram.
Pun begitu, nampaknya Hanis dilihat tidak mudah melatah sebaliknya tampil menjelaskan perkara yang sebenar dengan tenang kerana mengakui tidak berkesempatan keluar mengundi.
Menurut Hanis, tindakan itu bukanlah disengajakan tetapi tuntutan kerja yang kebetulan jatuh pada hari sama dengan PRU14 membuatkan mereka tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu.
“Jujurnya memang kami berdua tidak keluar mengundi dan ia bukannya disengajakan tetapi tuntutan kerja membuatkan hasrat itu tidak dapat dilaksanakan.
“Pada hari tersebut kami terlibat dengan penggambaran bersama Jakel untuk koleksi hari raya dan ia tidak boleh dipinda memandangkan jadual Hairul padat dengan penggambaran filem Paskal,” jelasnya dipetik mStar Online.
Pada masa sama, Hanis turut meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat untuk keluar mengundi pada pada hari berkenaan.
Bagaimanapun, Hanis berkata, dia berjanji akan memastikan menjalankan tanggung jawab tersebut pada pilihan raya akan datang dalam tempoh lima tahun lagi. – MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak mengundi adalah suatu pengkhianatan kepada negara. Al-hamdulillah mereka sudah sedar kewajiban mereka.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

1 comment:

Anonymous said...

Cadangan Ahli Parlimen PKR Miri kurang ajar, ancam Islam
Kemenangan PH juga kejayaan puak liberal gugat agama Islam: UMMAH


Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 4 Ramadan 1439H, Ahad – Cadangan Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Miri,Dr Michael Teo Yu Keng yang mahu mengusulkan pemansuhan agama daripada kad pengenalan disifatkan sebagai kurang ajar dan sengaja mencetuskan ancaman kepada agama Islam.

Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya berkata, usul seumpama itu dilihat sebagai satu cabaran bagi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, barisan Kabinet dan Ahli Parlimen lain.

Bahkan, ia juga adalah cabaran kepada seluruh umat Islam di negara ini, untuk melihat sejauh mana mereka sensitif menolak usul berkenaan.

“Inilah bahana politik tanpa asas agama, tetapi sekadar meraih undi. Ini juga merupakan kesinambungan Gerakan Pluralisme Agama (IFC) yang antaranya menuntut penghapusan agama pada kad pengenalan.

“Kenyataan YB Dr Michael Teo Yu Keng dianggap kurang ajar dan memberi ancaman kepada agama Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Kesal dengan perkara itu, Aminuddin berkata, cadangan seumpama itu membuktikan bahawa kemenangan kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu bukan saja kejayaan hapuskan kleptokrasi, tetapi juga bagi puak liberal yang giat menggugat agama umat Islam.

“Ini adalah usaha2 licik bagi menghilangkan rasa izzah umat Islam terhadap agama. Masyarakat akan celaru kerana tidak lagi akan kenal mana yg islam mana yg tidak.

“Malah ia akan menggalakkan gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Teo Yu Keng yang dimuat naik di laman Facebooknya minggu ini, berhubung cadangan untuk mengusulkan pemansuhan status agama dalam kad pengenalan.

Katanya, dia bercadang untuk mengetengahkan satu usul supaya diluluskan di Parlimen, di mana agama dan bangsa tidak lagi dinyatakan dalam kad pengenalan.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/05/20/cadangan-ahli-parlimen-pkr-miri-kurang-ajar-ancam-islam/

KOMEN: INILAH HADIAH DARI MP PAKATAN UNTUK UMAT ISLAM YANG MENGUNDI PAKATAN. JIKA MP PAKATAN MENAFIKAN HAK AGAMA ISLAM DAN HAK UMAT ISLAM, PENGUNDI-PENGUNDI PAKATAN JUGA AKAN MENDAPAT DOSA BESAR !

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga." (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

Soalan untuk pengundi MP pakatan yang menentang Islam:

Berdasarkan hadis di atas, jika kamu menyokong dan mengundi pemimpin zalim yang menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam, kamu bukan umat Nabi Muhammad s.a.w. maka kamu umat siapa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails