Dianggarkan sejumlah RM120 juta hasil rampasan wang tunai dalam pelbagai mata wang dari Pavilion Residences minggu lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID) Bukit Aman.
Menurut sumber yang dipetik daripada The Star, itu berkata, pegawai dari CCID menyelesaikan tugas mengira wang tunai yang disita itu di ibu pejabatnya di Menara 238 di Jalan Tun Razak, pada 23 Mei lalu.
“Proses mengira wang tunai bermula pada hari Isnin (21 Mei) kerana penyiasat mengambil masa yang lama untuk memastikan proses itu dilakukan dengan teliti.
“Sebanyak 30 beg berisi wang tunai dikira oleh anggota polis dengan bantuan pegawai Bank Negara. Jumlahnya dianggarkanRM120 juta,”kata seorang sumber.
Selepas mengira, beg berisi wang tunai itu kemudian diangkut ke Bank Negara untuk simpanan.
Beg yang berisi wang tunia itu antara 284 kotak yang diisi dirampas berisi beg tangan berjenama, jam tangan, barang kemas dan wang tunai dalam pelbagai mata wang dari tiga kondominium mewah tersebut.
Penyitaan itu dilakukan adalah sebahagian daripada siasatan polis berkaitran 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada Jumaat polis merampas barang berharga dan wang tunai berikutan pemeriksaan di enam lokasi yang dikaitkan dengan Najib, termasuk pejabat Perdana Menteri, kediaman rasminya serta premis lain.
Dalam laporan polis, Najib mendakwa bahawa wang tunai yang diperoleh dari Pavilion Residences adalah derma dari kawannya dan bermaksud untuk kempen pilihan raya Barisan Nasional.
Apabila dihubungi, pengarah CCID Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh enggan mengulas sama ada perkara itu masih dalam siasatan.
“Saya tidak dapat mengulas mengenai jumlah wang tunai yang telah dikira. Saya akan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan mengenai hasil siasatan, “katanya.
Difahamkan polis juga dibantu oleh agensi lain, termasuk Bank Negara.
Sumber-sumber lain juga telah dilaporkan sebagai berkata bahawa proses mengira wang itu sangat membosankan kerana ia melibatkan pelbagai denominasi, dan nombor siri setiap wang kertas yang dirampas perlu direkodkan. (MD)
4 comments:
Kita merasa gembira melihat penyamun-penyamun wang rakyat dan negara ditangkap dan dibicarakan dan dipenjarakan ( sepatutnya tangan penyamun-penyamun ini dipotong kerana mencuri) kerana jenayah mereka menyebabkan rakyat hidup menderita.
Jika rakyat benar-benar mahu pemimpin-pemimpin yang bersih dari rasuah dll, merwja sepatutnya mengundi calon PAS bukan calon pakatan dalam PRU14 untuk menumbangkan BN.
Pembetulan:
mereka sepatutnya mengundi calon PAS bukan calon pakatan dalam PRU14 untuk menumbangkan BN.
Nak tanya sikit. Kalau pemimpin2 umno nanti katakanlah ada 10 orang yang sabit rasuah. Bagaimana pulak dgn peniaga yang memberi ya? Adakah mereka sekali akan didakwa. Kalau boleh didakwa wah pening banyak kejenya tu. Kalau seorang ada 5 peniaga yang terlibat. Maka kalau 10 politician dah jadi 30..plus orang politik tu sendiri dah 40 orang. 10 orang politikus tu kira minimum sangat tu sebab jumlah menteri je dah lebih daripada tu. Belum lagi glc2, kerajaan negeri, majlis2 kerajaan tempatan..Rasanya sprm kena double triple staff kot huhuhu...
Bukannya apa kalau bilangan yang sabit dan didakwa itu adalah kurang daripada 10 orang. Ianya jelas menunjukkan kerajaan BN taklah rasuah sangat... Kerajaan sekarang kena buktikan ceramah2 mereka yang bertali arus attack corruption oleh umno itu bukanlah fitnah dan bukan hanya utk dapatkan sokongan rakyat semata mata...
Najib kena buat alasan yg sama mcm aziz rahim kot...duit tu semua utk standby sumbangan gaza dan utk sumbangan orang ramai slps pru14...hai la ajiz ajiz...alasan camtu pun buleh keluar
Post a Comment