Wednesday, May 02, 2018

S/Report: Ambiga Sepatutnya Malu, 10 Perkara, Hancurnya Fitnah Jahat.

Hasil carian imej untuk Haji Abdul Hadi Awang terhadap Clare Rewcastle Brown Sarawak Report Clare Rewcastle Brown (kanan) bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PADA tengah hari ini, PAS secara rasminya mengeluarkan kenyataan media yang melaporkan perkembangan terkini kes saman Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terhadap Clare Rewcastle Brown, pemilik web Sarawak Report.  Sesi pendengaran kes telah berlangsung selama 4 jam di hadapan Mr Justice Dingermans di Mahkamah Tinggi London pada 30 April 2018.

2. Antara intipati kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dr Ahmad Samsuri, Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah seperti berikut;

a) Mahkamah menolak kenyataan pembelaan "truth defence" Sarawak Report dan permohonan Clare untuk meminda pembelaan.
b) Mahkamah memerintahkan Clare untuk membayar kos guaman sebanyak £41,400 ( RM 227,700.00) kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
c) Mahkamah dengan rasminya menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare (dengan erti kata lain, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defenden).
d) Clare juga telah secara rasmi meninggal-biarkan (abandoned) permohonannya untuk meminda pembelaan "kebenaran" beliau bagi menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Ustaz Nik Abduh, iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen kawasan Pasir Mas. Defendan memberi gambaran bahawa beliau akan cuba dan berhasrat untuk mengemukakan lagi draf pembelaan berkenaan rakaman audio – di mana ini adalah cubaan ketiga bagi pembelaan "kebenaran" nya.
e) Hakim juga menolak cubaan memperlewatkan oleh defendan bagi memohon perintah Mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan adalah merujuk pada Dato Seri Tuan Guru.
f) Pasukan Peguam Tuan Guru menolak cadangan ini, yang dilihat hanyalah sebagai cubaan Defendan untuk lari dari membawa isu sebenar kes dalam perbicaraan.
Defendan juga diarahkan untuk membatalkan cubaannya untuk menolak tuntutan Tuan Guru berkaitan persoalan rujukan.

h) Perkembangan positif ini menggambarkan bibit-bibit kekalahan bagi Defendan. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk Defendan membayar £41,400 (RM227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Tuan Guru yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.
i) Walaupun berdepan dengan kelewatan perkembangan kes ini, Dato’ Seri Tuan Guru berpuashati, bahawa semalam Hakim telah mengambil langkah tegas pengurusan kes dan menentukan tarikh yang tetap, iaitu perbicaraan yang akan diadakan pada awal April 2019.

3) Berpandukan kenyataan rasmi PAS ini, maka secara terang lagi nyata cereka fitnah jahat Sarawak Report telah hancur musnah. 
Hampir keseluruhan hujjah pembelaan yang dikemukakan oleh Clare telah ditolak oleh mahkamah semalam. 

Manakan tidak, sesiapa sahaja pasti geli hati apabila membaca hujjah pembelaan "truth defence" yang dikemukakan oleh Clare itu kerana ia hanyalah cerita omongan tahyul. Apa kaitan sejarah penubuhan 1 MDB dengan Tuan Guru Presiden PAS? Apa kaitan kes liwat Anwar dengan Tuan Guru Presiden PAS?  Apa kaitan kes pembunuhan Altantuya dengan Tuan Guru Presiden PAS?  Apa kaitan kes pembelian kapal selam Scorpene dengan Tuan Guru Presiden PAS? Daripada 55 mukasurat hujjah defence Clare, 50 mukasurat telah ditolak oleh mahkamah.


4) Selain itu, hujjah pembelaan Clare yang menyenaraikan kononnya bukti kemewahan pemimpin PAS turut ditolak oleh Mahkamah. Ustaz Khalil Abdul Hadi yang bergambar dengan motosikal besar BMW milik orang lain pun dijadikan bukti oleh Clare. Lawak betul kan?

Clare turut menuduh Ustaz Hashim Jasin, Ustaz Mohd Amar, Ustaz Nasrudin, Ustaz Dato' Dr Khairuddin, Ustaz Nik Zawawi, Ustaz Nik Abduh, Dr Samsuri, Dato' Takiyuddin memiliki kemewahan luar biasa. Malang sungguh si Clare ini, kesemua tuduhan jahat ini turut ditolak oleh Mahkamah.


5) Khusus kepada pencinta FB Page Ana Tahu pula, Clare sendiri secara sukarela telah menarik kembali permohonan untuk mengemukakan audio palsu suara Ustaz Nik Abduh sebagai bahan bukti pembelaan Clare. Oh, baru ini galak sungguh kononnya audio itu sedang dianalisis di makmal forensik untuk dijadikan bukti. Rupa-rupanya kecundang di tengah jalan. Sungguh memalukan.


6) Selain itu, permohonan "counter-claim" Sarawak Report terhadap Tuan Guru Presiden PAS pula ditolak oleh mahkamah. Clare menuduh PAS telah membuat gangguan terhadap Ambiga yang merupakan sumber info kepada Clare. Permohonan Clare ini dtolak oleh mahkamah. 

Ambiga sepatutnya malu muka kerana dia lah antara individu yang menyalurkan informasi palsu dan fitnah terhadap PAS. Ambiga ini sedang giat berkempen bagi pihak Pakatan Harapan.

7) Perbicaraan penuh kes saman ini akan diadakan pada awal April 2019. Percubaan Clare untuk membatalkan saman ini sudah ditolak oleh mahkamah. 
Dia juga cuba untuk melengahkan perbicaraan ini dengan memohon perbicaraan berasingan bagi menentukan "reference" iaitu apakah maksud "top echelon" yang ditulis di dalam artikel asal yang diterbitkan dalam web Sarawak Report pada tahun 2015 dahulu?

Dia mahu menafikan tuduhan fitnah itu ditujukan khusus kepada Tuan Guru Presiden PAS tetapi bermaksud kepada seluruh kepimpinan PAS daripada PAS Pusat sehinggalah ke PAS negeri, kawasan dan cawangan. Clare ini menyangka kita orang Melayu tak faham kot maksud perkataan "top"?

8) Kepada sekalian pendokong dan penyokong PH, berapa lama lagi kamu mahu berpaut kepada modal fitnah jahat sebegini? Dahulu, PH juga yang cabar PAS kemukakan saman. Kini, PAS sudah pun kemukakan saman.

Demi mempertahan maruah dan imej parti, PAS sanggup ke London bagi menyaman si Claire yang pengecut ini. PH dan Sarawak Report memfitnah lagi, katanya saman ini konspirasi dengan Najib dan ditaja dananya oleh Umno.
9) Sungguh jahat. Menipu dan terus menipu. Memfitnah dan terus memfitnah. PAS bukannya parti kaya yang ditaja oleh tauke besar di belakang tabir.
Duit PAS ini datangnya daripada sekalian ahli dan penyokong PAS yang sukarela menderma bagi sama-sama menampung kos guaman.

Firma guaman Carter Ruck, peguam yang mewakili PAS di London itu bukannya calang-calang. Bahkan, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas turut menganggotai panel guaman PAS di Malaysia ini.


10) Jelas, bagaikan "crystal clear" ini bukti keseriusan PAS dalam menentang fitnah dan menjaga nama baik parti yang memperjuangkan Islam. 
Pada akhirnya, dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim menyeru kepada semua pihak agar berhentilah mengamalkan politik fitnah dan jahat sebegini. Kita tidak tahu betapa peritnya menjadi mangsa fitnah yang tidak henti-henti sepertimana yang sedang ditanggung oleh Tuan Guru Presiden PAS. 

Kepada Pakatan Harapan sekiranya masih tidak serik dan berdegil mahu terus menjaja modal ini, sebaiknya ditukarlah nama itu kepada Pakatan Fitnah.


Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli 
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS 
01 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 1/5/2018

UNDILAH PAS dalam PRU14 ini

 PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular &sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?

No comments:

Post a Comment