Tuesday, May 08, 2018

Terdesak Takut Kalah, PH Terbit Analisis Palsu



KUALA LUMPUR - Ketakutan melihat sokongan dingin daripada orang ramai pada hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyebabkan Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan dapatan-dapatan analisis palsu untuk membina keyakinan penyokong mereka.
Ini dijelaskan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marsuki dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Zuhdi, siri analisis ini diterbitkan oleh “proksi-proksi penyelidikan PH” untuk mewujudkan psikologi menang di kalangan mereka.

“PPP melihat situasi ini telah menimbulkan suasana panik dalam kalangan pasukan strategis PH, justeru mereka mulai mengeluarkan dapatan-dapatan analisis yang bertujuan untuk membina ‘psikologi menang’ melalui proksi-proksi penyelidikan PH,”kata Zuhdi.

PH melalui kajian-kajian dilakukan oleh institusi yang digerakkan oleh proksi atau ahli mereka sendiri menerbitkan banyak hasil tinjauan dan kajian yang menunjukkan PH mendapat sokongan kuat pengundi dalam PRU14 ini.
Dapatan-dapatan ini diterbitkan dan disebar melalui media sosial sebagai sebahagian kempen mempengaruhi orang ramai, dengan cara menunjukkan potensi mereka untuk menang dan membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU14.

Bagaimanapun, menurut Zuhdi, pemerhatian menunjukkan PH mungkin kehilangan kerusi yang komposisi pengundinya melebihi 50 peratus pengundi Islam.

“Komposisi sokongan pengundi-pengundi Islam seperti ini memungkinkan PH kehilangan kerusi-kerusi yang mereka tandingi di 149 kerusi parlimen yang bermajoriti pengundi-pengundi Islam lebih 50% dari keseluruhan pengundi di kawasan tersebut,” jelas Zuhdi.

Menurut Zuhdi lagi, keadaan terdesak bagi PH ini telah menyebabkan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengubah strategi dan mengambil pendekatan mesra terhadap bekas-bekas pemimpin PAS, dipercayai dengan tujuan menarik sokongan penyokong parti itu.

“Selain daripada itu, situasi terdesak ini menyebabkan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, terpaksa merubah strategi, iaitu dengan memperakui jasa-jasa besar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor,” kata Zuhdi. – Mynewshub.cc


UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.
  PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP (bertopeng lambang PKR), parti sekular &sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

7 comments:

Nobody said...

Sudah-sudahlah Ibnu Hasyim,

Dr Zuhdi MArzuki ni depan aku sanggup putar-belitkan hadis, ini pulak nak beri pandangan palsu.

Sudah-sudahlah korang menipu diri sendiri.

Esok je pun nak tahu. Janganlah nak tunjuk tindakan terdesak, kata orang lain terdesak hahahahaah!!!!

Bodoh sangat!!!

Anonymous said...

Saya cabar nobody undi pas demi untuk mertabatkan islam dan ubah pemerintahan dari sekuler kpd islam. Takkan nak tukar dari sekuler kepada libral sama jugak baik tukar pada islam.

Anonymous said...

PAS dan UMNO adalah parasit yang memudaratkan kewangan rakyat dan negara. Kedua parti ini selalu berlomba2 songlap duit rakyat, 1MDB dan negara. Oleh yang demikian dua parti ini perlu di buang ke longkang pada PRU14 esok.

Anonymous said...

Betul tu 11.37...BN adalah parti parasit terbesar makan duit rakyat dan cuba diikuti rapat oleh PH...dgn ratio 71:21 oleh BN dan PH jelas menunjukkan PH berpotensi besar utk memotong BN sbb baru menguasai 2 negeri telah mndpt pencapaian salahguna kuasa yg sungguh cemerlang...

Malangnya PAS masih jauh ketinggalan dgn kosong kes dakwaan rasuah dan salahguna kuasa...

Anonymous said...

Cukup-cukuplah 'nobody' menjaja fitnah untuk memburuk-burukkan PAS. Semakin banyak kamu kencing orang ramai, semakin bodoh kamu kelihatan. Simpanlah sikit bodoh kamu tu.

Cukup-cukuplah sondol dedak cap roket mamalukan babi-babi towkay drdak roket. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Anonymous said...

Wah hebatlah pemimpin-pemimpin DA-Pig kerana mereka telah atau sedang disiasat oleh SPRM kerana kes rasuah.

Apa khabar abang besar DA-Pig? Adakah abang besar masih terketar lutut sejak kena dakwa dalam mahkamah?

Anonymous said...

Orang bijaksana akan menolak 'kajian' ciptaan pakatan wayang DA-Pig kerana keputusannya sangat luar biasa sehingga tidak masuk akal manusia normal.

Aku ketawa tergolek-golek membaca keputusan lawak 'kajian' puak pakatan yang mampu mengalahkan raja lawak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails