Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
TERENGGANU: Kerajaan PAS Terengganu menuntut hak kebebasan bagi mengurus tadbir sumber kewangannya tanpa campur tangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berharap agar Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran PH memberi kepercayaan mengurus kepada negeri.
Ini kerana katanya, pengalaman Kerajaan PAS Terengganu semasa era pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) berlaku campur tangan itu.
Ketika kita (PAS) mentadbir Terengganu pada tahun 1999-2004, royalti minyak terakhir yang diterima kerajaan negeri pada tahun 2000, dan selepas itu kerajaan pusat potong royalti.
"Mereka (BN) ganti dengan wang ehsan atau dana khas yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) di setiap daerah.
"Situasi itu menjadikan berlakunya dua pentadbiran kewangan iaitu dari kerajaan negeri dan JPP. Kali ini, kita (PAS) tidak mahu perkara sama berlaku dan biarkan Kerajaan PAS Terengganu mengurus sendiri pentadbiran kewangan negeri," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, mendesak agar Kerajaan Pusat dapat mengotakan janji pilihan rayanya.
Menurutnya, meskipun Kerajaan Persekutuan telah bertukar daripada BN kepada PH, janji Kerajaan PH mesti ditunaikan bagi mengembalikan wang royalti minyak Terengganu dan Kelantan.
Ustaz Wan Sukairi bertanding di Dun Wakaf Mempelam menggantikan penyandangnya, Mohd Abdul Wahid Endut pada PRU14 lalu dan menang dengan majoriti 7,378 undi.
Calon BN, Salleh Othman mendapat 7,418 undi dan calon Parti KeADILan Rakyat (PKR), Zubir Mohamed (1,589) undi. Manakala, Ustaz Wan Sukairi mendapat 14,796 undi. -HARAKAHDAILY 15/5/2018
Bila kabinet penuh dh dilantik ko tau lah nasib ko ibnu..
ReplyDeleteNasib kita hanya di tangan Allah bkn manusia...guna otak baru lah berhujah
DeleteInsyaAllah...sebab ini kerajaan ph bukan bn...
ReplyDeleteMoga royalti trengganu akan diberikan sepertimana janji pru14 aminn... Kalau tidak diberi juga maka tak adalah bezanya kerajaan yg baru dgn yang lama...hanya salin kulit sahaja...
ReplyDelete