KUALA LUMPUR - Suami kepada seorang pelakon drama 'Isteri untuk diiktiraf' ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom membabitkan kerugian RM13.9juta.
Satu sumber berkata, suspek bergelar Datuk itu ditahan pada pukul 12 tengah hari ketika dia hadir untuk memberi keterangan berhubung skim pelaburan forex di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara di Menara 238, Jalan Tun Razak di sini.
“Kita tahan suspek untuk bantu siasatan melibatkan 129 laporan polis dengan jumlah kerugian sebanyak RM13.9juta.
“Tempoh tahanan reman terhadap lelaki itu akan dibuat esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kosmo! difahamkan, usahawan permotoran itu merupakan suami kepada pelakon wanita berusia 23 tahun dan mereka juga baharu mendirikan rumahtangga pada 18 Mac lalu.
Pada 15 Mei lalu, polis menahan seorang lelaki yang bergelar Datuk bagi membantu kes yang sama.
Suspek berusia 35 tahun yang juga pemilik sebuah syarikat produksi itu ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan forex yang ditawarkan suspek.
Dalam perkembangan sama, pihak polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan forex untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil. - K! ONLINE
1 comment:
Editor bersekutu Straits Times, Vikram Khanna menyifatkan tindakan memansuhkan 6% GST langkah yang terdorong oleh “politik populis, bukan langkah ekonomi yang bijak”. Katanya, ia juga akan mengehadkan kebolehan kerajaan melaksanakan agenda yang dilihat sebagai progresif dan inklusif. Katanya, GST sudah lama dianggap oleh pakar ekonomi sebagai satu bentuk cukai pengambilan yang paling komprehensif, telus dan cekap. Ia ukuran fiskal terbaik Malaysia pernah laksanakan, katanya.
ibnu aka lebai tentu sokong nihL kan lebai!
Post a Comment