Wednesday, May 23, 2018

Tuduhan Mahathir Abdul Hadi Munafik, Ini Jawab Beliau..

Imej yang berkaitan

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (sekarang sudah PM) diminta merujuk maksud munafik dengan mufti terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Dr Mahathir diharapkan membuat rujukan sebelum mengelarkan dirinya dengan panggilan munafik. Abdul Hadi berkata, Dr Mahathir bukanlah ahli agama untuk mengelarkan dirinya dengan panggilan sedemikian, sedangkan munafik atas istilah agama.

Pertama
"Yang pertamanya, munafik ini istilah agama, sedangkan dia bukan ahli agama. Jikalau tanya tentang penyakit tibi, tentang perubatan, dia layaklah bercakap.
"Sepatutnya, saya tak jawab. Biarlah, biarlah dia tanya mufti tentang agama, apa makna dia munafik itu biar munasabah mendapat takrifnya yang betul," katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam sidang media selepas Program Ceramah PRU14 anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Anak Bukit, di Medan Ilmu Sungai Baru Gunung, semalam.
Abdul Hadi berkata sedemikian ketika diminta mengulas  dakwaan Dr Mahathir terhadap dirinya yang didakwa sebagai munafik kerana kononnya menjalin kerjasama dengan Umno.

Kedua
"Yang keduanya, dalam ucapan saya tidak pernah menyebut si anu, si anu kafir. Apa yang kita sebut, ialah batas-batas iman dan kufur kepada orang Islam, itu sahaja.
"Mereka yang membawa budaya kafir-mengkafir dalam Pas masuk Umno. Dia tinggalkan Pas masuk Umno. Pas selamat daripada hal ini," katanya.

Menurutnya, dalam politik kita tidak boleh bermusuh selama-lama dan berkawan selama-lama, bagaimanapun kita diajar berkawan ada batas, bermusuh ada batas.

"Jangan 100 peratus bermusuh tak ada batas, tak dak limit, kerana suatu hari nanti akan ada perubahan. Sebab itu, saya nasihatkan orang Pas kalau berkelahi ada batas, politik matang dan sejahtera. Ini diamalkan Pas," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi  Pakatan Harapan (Harapan), Dr Mahathir mendakwa Abdul Hadi sebagai munafik apabila didakwa bekerjasama dengan Umno dalam  Sesi Santai Negarawan di FELDA Bukit Goh, Kuantan, kelmarin. (SH-NURUL HIDAYAH HAMID 3 MEI 2018)

3 comments:


  1. Dari dulu hingga sekarang, barua-barua dan pemimpin-pemimpin pakatan sekular liberal-kafir harbi sibuk menjaja fitnah konon PAS ber'UG' dengan UMNO tetapi hingga sekarang pun UG tidak wujud antara PAS dan UMNO.

    Ini jelas membuktikan barua-barua pakatan sangat terdesak untuk menghasut orang ramai membenci PAS kerana PAS berpotensi untuk memenangi PRU14.

    Akibatnya rakyat telah ditipu oleh barua-barua dan pemimpin-pemimpin pakatan untuk mengundi pakatan sekular liberal-kafir harbi untuk menggulingkan BN sedangkan rakyat boleh mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menggulingkan BN.

    Maka barua-barua dan pemimpin-pemimpin pakatan ini adalah munafik berdasarkan hadis:

    (1) Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: “Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta.”

    (2) Sabda Rasulullah SAW: “Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari Muslim)

    ReplyDelete

  2. Semenjak pakatan sekular liberal-kafir harbi berkuasa di negara ini walaupun dengan undi popular 45% sahaja, puak 'Islam' liberal yang sesat lagi menyesatkan sudah mula besar kepala berlagak bodoh sombong mendesak kerajaan pakatan melaksanakan 'Islam' liberal yang telah difatwakan sesat lagi menyesatkan oleh majlis fatwa kebangsaan.

    Mengapa puak 'Islam' liberal (minoriti) sudah mula berani memaksa umat Islam (majoriti) menerima 'Islam' liberal yang sesat lagi menyesatkan? Adakah mereka mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin liberal pakatan sendiri?

    Nampaknya rakyat telah melakukan kesilapan besar dengan mengundi pakatan ! Jika pemimpin-pemimpin pakatan mengiktiraf 'Islam' liberal, rakyat juga akan berdosa besar kerana memberikan pakatan kuasa untuk memerintah negara ini.

    Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:

    Maksudnya: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

    ReplyDelete
  3. Ramai jd pak kaduk skang ni. Menang sorak kmpg tergadai

    ReplyDelete