Tuesday, May 01, 2018

Tun M, Maka Mengalirlah Airmata Buaya... Hi Hi Hi..


Mahathir Hilang Arah Spin Kempen

MAHATHIR tiba-tiba muncul dengan video drama pendek: Harapan/Kasihanilah Atuk. Klip pendek melankolik ini satu kejutan. Tema klip video ini menjadikan Mahathir seorang pengemis.

Temanya klip pendek ini merendahkan maruah Tun M yang selama ini dianggap fighter tua yang sejati.
Klip ini menjadikan Mahathir pengemis. Sangat desparado kerana cuba memenangi undi anak muda dengan meraih simpati murahan.


Klip sensasi ini, mewujudkan satu aliran baharu. Ia mengubah mengubah taktik politik Mahathir menjelang tempoh kempen sebelum 9 Mei.

Karektor Mahathir sebagai fighter tua berusia 93 tahun tahun, kini lesap begitu saja. Semuanya musnah kerana imej pengemis Mahathir dalam klip video yang terkenal dengan dialog Atuk Rasa Bersalah ini.

Sebaik saja klip drama ini berlegar di media sosial, Mahathir mencuri perhatian dengan cerita kapalterbangnya disabotaj.

Satu lagi elemen tragik. Jadi kita faham, mengapa sebaik saja klip video ini dilancarkan, Mahathir seolah-olah mahu mencipta persepsi dirinya hampir dibunuh.


Klip video Atuk Menangis dan drama cubaan membunuhnya, adalah plot mencipta undi simpati. Cuma Mahathir silap. Dia hanya mantan PM, dan bukan aktor pawagam.

Aduhai. Ketika di puncak kuasa, maruah Mahathir tidak semurah ini. Dia lelaki hebat yang berjaya menyingkirkan Tunku Abdul Rahman dari kedudukan Perdana Menteri pada 1969.

Mahathir juga berjaya menekan Hussein Onn melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 1981. Seterusnya, dengan gaya adiwira yang hebat Mahathir naik menjadi Perdana Menteri pada 1981.

Pada 1985, Mahathir menyingkirkan TPMnya Musa Hitam. Tindakan Mahathir menyebabkan kerjaya politik Musa Hitam berakhir.




Pada 1987, Mahathir membius kerjaya politik bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sepanjang 22 tahun berkuasa, Mahathir tidak pernah mengemis undi. Dia tidak pernah menjadi Atuk Tua yang tidak bermaruah!
Alahai Mahathir…

Sekarang nak undi senang aje pilih antara 3 Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi mengundi 9 Mei ini. Anda hanya perl pilih 3 iaitu 

  • PENCURI DUIT RAKYAT. 
  • Satu Lagi BEKAS PEROMPAK WANG RAKYAT juga kini kononnya nak tangkap anak muridnya bekas perompak. 
  • Atau pilih aje parti yang nak bawa Islam sebagai penyelesaian masalah. Walaupun kumpulan ini daif tapi iktizam mereka cukup tinggi. 
Islam adalah pilihan terbaik kerana disana ada keredhaan Allah.. 

2 comments:

Anonymous said...

Air mata buaya pakatan berlinangan sambil mulut buaya terbuka luas menunggu mangsa yanh bodoh.

Uku said...

Tun hanya memalukan diri sendiri, dr seorang negarawan skrg bertaraf badut, smikin lama makin terserlah sikap mahadey sbnrnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails