AIDCNews -8/05/18 –Hujah Pengerusi DAP Perak, David Nga Kor Ming sama dengan hujah penceramah DAP yang terkenal, Hew Kuan Yau iaitu DAP hanya mahu menunggang Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kuda untuk ‘membunuh’ Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi mencapai cita-cita parti itu menawan Putrajaya pada PRU 14.
Kedua-dua pemimpin DAP itu berpendapat inilah kesempatan paling baik DAP untuk menunggang Dr Mahathir sebelum bekas Perdana Menteri itu meninggal dunia.
‘Apabila Mahathir mendaftarkan diri di alam roh nanti. PRU akan datang Mahathir sudah tiada. Siapa lagi ada cara untuk kasi potong itu (Najib) celaka. Dah tak ada kan ?
“Sebab itu kita (DAP) kena merebut peluang ini.
“Tunggang kuda (Mahathir) pergi bunuh ayam (Najib), “kata Nga.
2 comments:
Bukti DAP menentang dan menghina agama Islam:
Dr Ridhuan Tee: DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam?
Sumber : mynewshub
ertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.
Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.
Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.
Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.
Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.
Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.
Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.
Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.
Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.
Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.
Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.
Mahathir dijadikan kuda. Pan dijadikan lembu. Elok sgt lah tu
Post a Comment