Sunday, May 20, 2018

Untuk Jajah Pemikiran Islam, Tahanan Dipaksa Ambil Babi &Arak..



XINJIANG, 4 Ramadan 1439H, Ahad – Tahanan muslim di Xinjiang, Beijing dipaksa memakan babi serta minum alkohol sebagai salah satu hukuman di kem pengasingan wilayah itu. 

Mendedahkan perkara itu, seorang bekas tahanan, Omir Bekali, 42, berkata hukuman itu bertujuan menghapus kepercayaan terhadap Islam, mengubah pemikiran politik tahanan dan ‘membentuk’semula identiti mereka. 

Bekali berkata, dia dan tahanan lain dipaksa menolak dan membenci agama Islam dan hukuman keras akan diberi termasuk dipaksa makan daging babi bagi 
mereka yang enggan tunduk kehendak mereka. 

Malah, tahanan turut dipaksa mengkritik diri mereka sendiri dan orang yang tersayang serta mengucapkan terima kasih kepada Parti Komunis yang berkuasa. Apabila enggan mengikut arahan, Bekali dipaksa berdiri menghadap dinding selama lima jam.


“Seminggu kemudian, saya dihantar ke sel pengasingan tanpa diberikan makanan selama 24 jam.
“Perkara itu masih menghantui saya sehingga ke hari ini.
“Tekanan fizikal dan mental yang terpaksa dihadapi amat menyeksakan, saya pernah terfikir untuk membunuh diri,” katanya.
Bekali dibebaskan setelah lawatan Timbalan Menteri Luar Kazakhstan dan berjaya meninggalkan China pada 4 Disember lalu. Dianggarkan sekitar 900,000 hingga satu juta orang Cina Islam telah ditahan di kem ‘pendidikan semula’ itu dalam usaha Beijing mengekang gerakan pemisah.
Ramai pegawai di Xinjiang menolak untuk mengulas berkenaan kem berkenaan, namun ada yang berkata, perubahan ideologi diperlukan untuk melawan separatisme dan ekstremisme Islam. Kem sedemikian berkembang pesat sepanjang tahun lalu, dengan hampir tiada proses kehakiman atau dokumen undang-undang. – Agensi

Sebuah perkampungan Islam Turfan di Xinjiang. Dari kampung-kampung beginilah lahirnya pejuang-pejuang beraqidah pejal mempertahan agama, sehingga tidak lenyap sampai kini di negara bukan Islam. Gambar di ambil oleh Ibnu Hasyim.

Antara restoran Islam di daerah Turfan.

Ibnu Hasyim diladang anggur terbaik di China, milik orang Islam di kawasan 72% Islam di Turfan.

Ibnu Hasyim semasa menyelidiki dalam terowong bawah tanah yang melintasi padang pasir untuk pengarian di daerah Xinjiang, beberapa tahun lalu.

3 comments:

Anonymous said...

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.
Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Anonymous said...

Inilah nasib umat Islam yang ditindas , disiksa dan dibunuh sesuka hati oleh rejim pengganas China Komunis yang bersikap anti-Islam.

Penindasan ini juga boleh berlaku di negara kita jika sebilangan umat 'Islam' menyokong dan mengundi parti sekular liberal dan parti kafir harbi yang telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

Mengundi parti-parti tersebut bererti memberi mereka kuasa untuk menindas agama Islam dan umat Islam.

Jika ini berlaku, menangis air mata darah pun sudah tidak berguna lagi kerana nasi dah jadi bubur.

Malangnya terdapat seorang mofti liberal di utara yang merasakan dirinya samgat genius cuba menghalalkan umat Islam mengundi pemimpin kafir walaupun jelas Allah dan RasulNya dan Al-Qur'an dan majoriti ulama Islam mengharamkan umat Islam mengundi orang kafir menjadi pemimpin umat Islam.

Anonymous said...

Musuh dlm kubu lebih berbahaya spt gerakan sekular, liberal dan syiah yg merosakkan Islam drpd dalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails