KEMAMAN – Seramai 670 bakal mahasiswa di Parlimen Dungun dan Kemaman menerima bantuan persediaan berjumlah RM418,500 daripada Yayasan Terengganu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata daripada jumlah itu, Yayasan Terengganu menyerahkan RM217,250 kepada Parlimen Kemaman untuk 335 bakal mahasiswa yang mengikuti kursus diploma dan matrikulasi.
Sebanyak RM201,250 pula untuk 335 bakal mahasiswa di Parlimen Dungun, “Tahun ini, sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk bantuan ini. Sejak dimulakan pada 2006 hingga 2017, seramai 272,159 orang telah mendapat manfaat daripada bantuan sebanyak RM202,599,150,” katanya pada majlis penyampaian Bantuan Persedian Yayasan Terengganu di Peringkat Matrikulasi, Asasi dan Diploma di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini, hari ini.
Menurutnya bantuan itu dapat meringankan beban mereka dalam menyediakan kos persediaan kelengkapan atau membayar yuran mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Sementara itu, Muhammad Hariz Azfar Azhari, 18, berkata dengan bantuan itu, beliau dapat membuat persiapan mendaftar kursus kejuruteraan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Saya menerima sebanyak RM500…saya rasa gembira kerana dapat menggunakannya untuk membeli barangan persiapan,” katanya.
Nur Farihin Shukri, 18, yang menerima tawaran kursus asasi sains di sebuah IPT di Selangor juga gembira dengan bantuan itu. – BERNAMA
Alhamdulillah Pak Hasyim...berita baik.
ReplyDelete418,500 ÷ 670 =
Cara berita ini di sampaikan se olah-olah hendak menunjuk-nunjuk kebaikan yang di lakukan.
Bagi je lah..
Lagi pun sejak zaman BN lagi dah bagi. Nama pun Yayasan Terengganu.
Adakah 670 bakal mahasiswa yang dapat bantuan tersebut semua nya anak-anak ahli PAS sahaja ?
Jangan jadi munafik asal untuk kerajaan islam pas buat semua dikutuk yg kerajaan ph nak tutup jakim tu baik ke. Sebuk kacau hal umat islam tapi janji manis kelaut.
ReplyDeleteTak elok tipu diri sendiri ..
DeleteMufti Wilayah telah akui JAKIM tak di tutup.