Friday, June 15, 2018

Adakah Anda Lalui Ini, Sebentar Tadi? 10 Amalan Sunat.



AS-SALAMU ALAIKUM! Kala Kemeriahan Syawal, marilah kita berkongsi sedikit ilmu berkenaan 10 amalan sunat berkaitan Aildilfitri yang diamalkan Nabi kita Muhammad SAW sebagai sunnah baginda dan para sahabatnya. Semoga sedikit maklumat ini menjadi pendorong kepada kita semua untuk memaknakan Aildilfitri dari sambutan adat kepada menjadi sebuah ibadah yang di situ terdapat keredhaan Allah. Jom ikuti apakah yang terdapat di dalam sebuah risalah yang terselit semasa membaca blog mata hati mekar untuk saya kongsikan buat tatapan kita bersama-sama.

1. Bertakbir

Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga  untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.

Takbir boleh dimulakan selepas Magrib hari terakhir berpuasa. Sehingga selesai solat sunat Aidilfitiri.

Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidilfitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.


2. Lafaz ucapan selamat atau saling mendoa antara satu sama lain

Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”Doa yang digalakkan adalah:


“Taqabbalallahu minna wa minkum”
Ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu.

3. Meneruskan Qiamullail

Jika sepanjang Ramdahan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya melalui solat tarawih, maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.

4. Mandi sunat pagi hari raya

Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri. Niat mandi, “Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah Taala”.

Ia dilaksanakan dengan menyebut niat yang berikut:
niat mandi sunat hari raya

Ertinya: “Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah Taala”.


5. Makan sebelum solat Aidilfitri

Disunatkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.  Kebiasaannya Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa sahaja.

Ia berdasarkan hadis dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Rasulullah S.A.W. tidak keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, baginda memakannya dengan bilangan ganjil.”
(Riwayat Bukhari)

6. Memakai pakaian yang indah

Disunatkan kamu muslimin memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.

Pakaian terbaik adalah pakaian istimewa. 
“Rasulullah s.a.w menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari raya”
Hadis Riwayat Al-Hakim


7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya

Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Ada pendapat menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Selain itu, orang yang berjalan ke masjid, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat.

8. Mengerjakan solat aidilfitri


Syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat islam.

Ibnu Abbas r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat sunat dua rakaat. Baginda tidak mengerjakan sebarang solat sebelum dan sesudahnya.”
(Riwayat Bukhari)
Kaifiat atau cara menunaikan solat sunat Aidilfitri dimulakan dengan niat.
“Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah taala”

Pada rakaat pertama, Imam akan mengangkat takbiratul-ihram.
Disusuli tujuh takbir selepasnya.
Antara selang takbir itu, baca tasbih.
Tasbih-Solat-Sunat-Hari-Raya
Kemudian rukuk dan sujud seperti biasa.
Seterusnya imam akan berdiri dan mengangkat lima kali takbir.
Pada selang takbir itu, baca tasbih yang sama.
Selesai solat, dengar khutbah hari raya.


9. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri dan Saling Menziarahi dan Merapatkan Silaturrahim


Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , selutruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam.

Banyakkan senyuman. Hari Raya adalah hari kemenangan umat Islam.

Amalan ini diambil bersempena hadis Nabi s.a.w,
“Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

10. Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

Sekian artikel 10 amalan sunat/sunnah rasulullah berkaitan hari raya aidlfitri daripada saya. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga Allah menerima amalan Ramadhan kita.



Diangkat darMINDARAKYAT


2 comments:

Anonymous said...

sapa yang jadi hamba romadhon
sesungguhnya romadhon telah pergi
sapa ynag jadi hamba Allah
sesunggunya Allah tetap bersama
kekal abadi

Ibnu Hasyim said...

Al-hamdulillah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails