Tuesday, June 26, 2018

Aidilfitri Bersama Pekerja Haram Di Korea Selatan Tak Semeriah Dulu




PETALING JAYA: Tidak dapat digambarkan perasaan segelintir rakyat Malaysia yang beraya jauh di perantauan dan tersepit antara ingin pulang ke tanah air atau kekal di bumi asing.
Begitulah dilema yang dilalui mereka yang bekerja sebagai buruh haram di Korea Selatan ketika menyambut 1 Syawal tahun ini.
Laporan eksklusif mStar Online pada 30 Disember lalu telah menyiarkan kisah seorang bekas pramugari syarikat penerbangan Malaysia yang kehilangan empat jari tangan ketika bekerja di sebuah kilang besi di Korea Selatan. Kejadian berlaku pada April 2017.
ARTIKEL BERKAITAN: Kudung 'Digoda' Won Korea!
Sally (bukan nama sebenar) yang masih berada di negara itu berkongsi pengalamannya menyambut Aidilfitri tanpa keluarga di sisi di Seosan yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Seoul.
"Sejak kemalangan itu, ini adalah tahun kedua saya sambut dalam keadaan cacat fizikal.
"Tahun lalu memang rasa sedih sebab baru alami kemalangan dan hanya dapat membuat panggilan video bersama keluarga.
"Alhamdulillah keluarga saya datang ke Korea sebelum raya baru-baru ini untuk melihat keadaan saya. Jadi tidaklah saya berasa ralat tidak dapat bersama mereka pada 1 Syawal kali ini," katanya kepada mStar Online.
 Sebahagian penganut agama Islam yang keluar untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sentral Seoul, Korea.
Tambah wanita berusia 27 tahun itu, suasana raya di Korea tidak semeriah tahun sebelumnya kerana jumlah rakyat Malaysia yang bekerja secara haram di negara itu semakin berkurangan selepas beberapa siri laporan mengenai situasi sebenar yang dialami mereka didedahkan.



Kata Sally, dia berkesempatan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama umat Islam dari pelbagai negara dan teruja melihat keunikan pakaian raya mereka yang berwarna-warni.
Namun, hatinya tetap sayu melihat sambutan raya yang tentunya tidak dapat menandingi suasana pagi raya di Malaysia di mana masyarakat pelbagai kaum turut serta meraikan Aidilfitri tanpa mengira agama.
"Di sini, bila keluar rumah sunyi suram sahaja... yalah mereka tidak sambut raya.
"Dekat Malaysia, penganut agama lain pun seronok beraya dengan kita," katanya yang menjangka akan berada di negara itu sehingga hujung tahun ini bagi menyelesaikan urusan membabitkan pampasan dan insurans kemalangan dirinya.
Sementara itu, aktivis warga Malaysia yang membantu mangsa yang ditindas majikan di negara itu, Z Hilmi, 30, berkata, sambutan Syawal hanya kelihatan meriah di dalam gambar, namun hakikatnya hambar kerana tidak diraikan bersama keluarga masing-masing.
"Mereka (mangsa buruh haram) datang beraya di rumah perlindungan kami dan bersama-sama menjamah juadah yang dihidangkan.
"Ketika menunaikan solat sunat raya, semua muka tiada perasaan sebab laungan takbir raya di sini tidak sesyahdu seperti di Malaysia.
"Tapi, bila pasang sahaja takbir raya di rumah ini, baru nak melalak (menangis). Tidak kira lelaki mahupun perempuan," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Sebagai tuan rumah, Z Hilmi tetap menyediakan pelbagai juadah seperti rendang, ketupat, nasi impit, kuah kacang dan kuih raya kepada tetamu yang hadir.

Juadah raya dinikmati bersama mangsa buruh haram Malaysia di Korea Selatan.
"Kami beraya sampai ke malam dan terasa keakraban itu walaupun ada yang saya baru sahaja kenal.
"Semangat kenegaraan kami sangat menebal dan mereka pun seakan terlupa sekejap masalah yang dihadapi," katanya.
Tambah Z Hilmi, dia menyedari bahawa sudah tidak ramai rakyat Malaysia yang datang ke negara itu untuk mencari pekerjaan, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
Menurutnya, biarpun terdapat lambakan pekerjaan ditawarkan, permintaan untuk bekerja sebagai buruh haram semakin berkurangan.
"Dulu masa musim sejuk, ada yang sampai jadi gelandangan sebab tak dapat cari kerja.
"Sekarang, macam tak ada pula orang kita yang nak cari kerja di sini walaupun banyak kilang kembali beroperasi selepas lama berehat ketika musim sejuk," katanya.
(mStar)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-115: Islam & Peluang Kerja Di Korea Selatan.
E-Buku IH-115: Islam & Peluang Kerja Di Korea Selatan.

7 comments:

Anonymous said...

Bakpo MB Kelantan dan Nik Amar gi jupe Mahathir, dulu kata Mahathir mace-mace, la boleh jilat bontot ker?

Anonymous said...

nak jumpa Tun M sebab nak join PH ler...tengokler, nanti ada tahaluf siyasi nak gabung dengan PH, mungkin awal tahun depan...

Anonymous said...

Merangkak macm anjing nik amar mtk nyawa. Allah balas. Akibat ceramah mcm yahudi.hentam sana sini

Anonymous said...

sayu lah sebab dah tak ramai. Mungkin di Australia tak se sayu Korea Selatan.

Walaupun mereka berstatus buruh haram, harap-harap Menteri PH memberi perhatian kebajikan mereka dan bantu mana yang patut.

Pejabat Kedutaan Malaysia Korea Selatan sepatutnya menganjurkan majlis Raya di sana.

Anonymous said...


Anjing buruk kepala 5:05 PM, 6:41 PM dan 6:42 PM (anjing gila yang sama) sedang meroyan histeri level gila babi menulis komen bodoh berganda untuk menfitnah dan menghina pemimpin Islam PAS kerana anjing buruk kepala sangat jahil tentang konsep federalisme dan hubung antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dll.

Anonymous said...

Mahathir sekarang tak macam Mahathir dulu..

Dengan Penyamun pun PAS boleh bekerjasama..

Agaknya PAS dapat kan penjelasan mengenai isu Forex. Nak bandingkan dengan 1MDB.

Inilah politik PAS. Jika DAP LKS jadi PM pun, PAS akan bersalam.

Lupakah PAS selalu mengejek kerusi BERSATU tak sebanyak kerusi PAS ?

Anonymous said...

Nampaknya sekarang anjing-anjing buruk kepala seperti anjing gila 9:00 PM masih meneruskan kerja kotor mereka dari sebelum PRU14 hingga sekarang mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah dan dakwaan yang tidak berasas untuk menfitnah, memaki hamun dan menghina parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Semua komen yang ditulis oleh anjing-anjing ini tidak disokong oleh sebarang bukti. Inilah politik persepsi yang dimainkan oleh anjing dan tuan anjing yang menentang RUU anti-berita palsu untuk menghasut rakyat membenci PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails