Friday, June 08, 2018

Anwar Kutuk Kadir Dedah Bajet Urusan Agong

Anwar Kutuk Kadir Pertikaikan Urusan Bajet Agong


BERTELAGAH… Setelah teruk dikritik netizen selain UMNO kerana cuba hasut rakyat untuk benci institusi beraja, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil bagi mengutuk keras Datuk A. Kadir Jasin.

Penasihat PKR itu dipetik media tempatan berkata bahawa adalah tidak wajar sesiapapun menggunakan kebebasan bersuara untuk mempertikaikan hak dan keistimewaan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu di negara ini.
Menurut Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu, walaupun tidak menafikan hak seseorang untuk menulis atau berbicara, namun untuk sengaja menyerang dan menghina raja-raja Melayu adalah dianggap sebagai kurang wajar.
Apatah lagi A, Kadir dilihat mendedahkan secara terbuka segala fakta yang boleh dipertikaikan dan maksud tersirat untuk menimbulkan permasalahan dalam negara berhubung urusan perbelanjaan peribadi Seri Paduka Baginda.
“Tidak wajar Kadir menggunakan hak kebebasan yang ada untuk serang institusi Raja-Raja Melayu berlandaskan fakta boleh dipertikaikan,” tegas Anwar dalam sidang akhbar di Hotel One World, Petaling Jaya lewat malam tadi.
Bekas ketua pembangkang tersebut menjadi tumpuan pihak media selepas menghadiri Majlis Pertemuan Khas Bersama Wakil Rakyat PKR di situ, untuk mengulas isu keterlanjuran tulisan A. Kadir menerusi laman blognya.
“Kita menghormati hak semua orang untuk menyatakan pandangan, tetapi mereka perlu menunjukkan rasa hormat dan dibuat secara tertib,” kata Anwar selepas pertemuan dengan wakil rakyat PKR malam tadi.
Meskipun tidak ulas dengan lebih lanjut, nada Anwar ternyata mengkritik Ketua Media dan Komunikasi, Majlis Penasihat Kerajaan itu membongkar perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V selama 16 bulan.
Tokoh Wartawan Negara itu mendakwa kononnya kira-kira RM257 juta telah digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Seri Paduka dalam tempoh itu tetapi tidak mendedahkan sumber maklumat rahsia Istana Negara itu.

Baca: Dedah Bajet Agong – Polis Buka Siasatan Ke Atas Kadir

Juga: RM257 Juta Dibelanja Agong Dalam 16 Bulan – Kadir Jasin

Dalam pada itu, A Kadir yang juga bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times Press berkata beliau tidak pernah mempertikaikan hak Anwar untuk mengadakan siri pertemuan dengan raja-raja di seluruh negara.
“Saya tidak pertikai. Saya hanya berkata raja-raja tidak perlu jaminan atau keselesaan kerana kedudukan mereka dijamin oleh Perlembagaan,” katanya dalam catatan blog pada hari ini mengulas kritikan Anwar terhadap dirinya.
A. Kadir berkata isu menggunakan kedudukannya tidak timbul memandangkan penulisan blog beliau adalah atas kapasiti peribadi dan tidak mewakili majlis yang disertainya malahan menggesa artikelnya itu dibaca sekali lagi.
“Saya menyerahkan semula kepada para pembaca dan pembahas untuk mengadili saya berdasarkan ‘kritikan’ Anwar itu dengan membaca balik dan memahami segala hujah saya mengenai hal berkenaan,” kata beliau lagi.
Dalam artikel di blognya baru-baru ini, Kadir persoal usaha untuk meyakinkan raja Melayu mengenai status mereka dan turut menyifatkan Anwar bertindak seperti “komisar politik” ekoran siri jelajahnya ke beberapa istana negeri.
“Dalam sistem komunis, komisar politik lebih berkuasa daripada satu batalion tentera,” tulisnya. Menurut Kadir, pelbagai kemudahan untuk Yang Di-Pertuan Agong selama ini adalah bukti kedudukan mereka tidak diancam.
“Saya berasa bahawa raja-raja masih yakin seperti sebelum ini. Mengapa tidak? Mereka dijamin hak oleh Perlembagaan, diberikan kemewahan, kaya dan Anwar pun mencium tangan mereka!” tulis Kadir.
Sementara itu, ketika ditanya wartawan mengenai jumlah RM257 juta yang disebut A. Kadir, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau perlu mengkaji dakwaan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

1 comment:

Anonymous said...

Cara dan konteks bercakap macam di beri dedak.

Kalau Kedudukan Raja terjamin cakap je lah tidak ada sesiapa yang boleh menguling Raja raja.

Raja-Raja pun tahu mereka di lindungi oleh perlembagaan, soal jumpa Anwar bukan sahaja untuk mendapat jaminan yang lebih meyakinkan tetapi sesekali Raja pun kena tunjuk belang juga..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails