Saturday, June 30, 2018

AP UMNO Rela Ke Anwar, Hadi Dari Lompat Ke Mahathir.



Strategi TunM membekukan akaun UMNO selepas itu akan membatalkan UMNO akan memakan TunM sendiri selepas itu! Harapan TunM selepas UMNO tiada maka kesemua AP2 UMNO itu akan di pujuk untuk masuk PPBM tidak mungkin terjadi..

Kalau itu yg dia harap maka dia lupa UMNO sudah tiada dan AP2 UMNO itu sedang terluka maka AP2 tersebut bebas masuk mana2 parti tetapi sudah tentu bukan dgn TunM dan bukan susahnya AP2 ni nak tumbangkan TunM sebagai membalas perbuatan TunM membunuh UMNO.

Dalam keadaan hati yg sakit kerana UMNO dimatikan, mana mungkin AP2 UMNO itu akan ikut TunM lagi. Besar kemungkinan mereka akan berpakat jer masuk PKR untuk bersama2 dengan DSAI yg sedang di tekan oleh TunM, jika itu terjadi maka berakhirlah riwayat politik dan jawatan PM yg TunM pegang sekarang!

DSAI akan jadi PM selepas itu PM atau dipegang oleh DSWA buat sementara sehingga proses DSAI menjadi AP terjadi. Maka dendam DSAI dan AP2 UMNO itu pun berbalas, perbuatan jahat dibalas jahat. hukum karma akan terjadi. TunM bakal mengakhiri politik dia dengan kejatuhan yg memalukan kali ini, tunggu dan lihat!

Ingat perkataan Amok hanya ada dalam bahasa melayu sahaja .. Melayu ini jenis biar putih tulang jangan putih mata, Melayu jenis sanggup bakar kelambu kerana nyamok seekor! Apa yg terjadi selepas PRU14 baru2 ini kepada org melayu adalah umpama menang sorak kampong tergadai! Nampak macam melayu yg memerentah tetapi hakikatnya yg berkuasa adalah cina DAP.

Maka tanggong jawab AP2 UMNO dan DSAI lah pula kali ni mengambil balek kampong mereka dengan sorakan kepada TunM pulak! jangan lupa pepatah pembakar semangat ....
Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan.

FB Bahazelan Wahab

Sementara itu, ada pandangan lain pila:

Andai kata UMNO di haramkan ... saya rasa MP dan ADUN serta ramai ahli ahli UMNO lebih redha menjadi Ahli PAS berbanding PBBM ..Kedah dan Perak lesap dan Pas akan ada 72 kerusi Parlimen ... ada brani ...LOL dan jgn lupa akaun PWTC tu paling tinggi ada rm  3.25 sen ( ini saya di beritahu sendiri oleh tuan presiden dulu bila bendahari berenti kerana merajuk tahun 1998)  sejak bendahari dulu tahun 1998 berenti hingga nak bayar gaji pun kena setiausaha yg bayar .....THINK TWICE

FB Johari Ishak

Ini hanya teori-teori ...tapi mahukah AP2 UMNO dari Sabah sertai PPBM?

14 comments:

Anonymous said...

Kita masih banyak TEORI tapi ingat BUKAN SEMUA YANG MENJADI KENYATAAN. Teori sebelum PRU14:- 1) PAS jadi King Maker 2) UMNO dapat majoriti mudah. 3) Pas dapat sekurang-kurangnya 40 kawasan parlimen 4) DAP jadi dalang PH manakala Lim Kit Siang akan jadi PM jika PH menang. 5) Mat Sabu dan Amanah mendapat kekalahan teruk dan tidak mendapat satu kerusi parlimen pun.

Kita jangan menilai politik ikut kepala kita, tapi ikut lah kepala "client market" politik itu sendiri.

Anonymous said...

Sape johari ishak????johari abdul,johari baharom jo titiwangsa org kenal la..ni bangkai mana ibnu hasyim kutip..dh tua xnk mampos, menyusakan org je

Anonymous said...

Dari dapatan yg berlegar ahli umno ada beberapa pandangan. Ada ahli umno berpandangan sekiranya benar umno diharamkan mereka memilih pkr kerana nak anwar jadi pm sebab ramai ahli umno masih kagum dengan ketokohan anwar dan anwar dan pkr dilihat tidak begitu terikat dengan dap yg anti islam dan melayu. Ada juga dikalangan ahli umno cenderung kepada pas sebab perjuangkan islam dari isu jakim dan isu2 berkaitan kepentingan agama islam yg dimainkan oleh kerajaan ph telah membuka mata mereka bahawa umat islam perlu bersatu dan apa bila islam kuat maka bangsa melayu dan rakyat malaysia akan lebih terbela berbanding sekarang sebab kerajaan sekarang dilihat banyak membuka ruang pertelagahan antara agama islam dan bangsa melayu. Ahli umno tak mahu isu agama sebab ia akan membuka ruang campurtangan asing ini akan menyulitkan lagi pentadbiran negara. Bagi pan dan pbbm boleh dikatakan bukan pilihan mereka sebab pan dan pbbm adalah prosi dap. Apa2 pun kita tunggu dan libat moga mereka membuat pilihan yg betul. Sekarang ahli umno jadi taruhan diibaratkan anak dara semua nak sunting.

Anonymous said...

Blogger ni nak menulis sendiri tak pandai.....jadi kutip dan copy paste mana2 tulisan yg dia rasa bagus...

Sampaikan walau 1 ayat......he he

Anonymous said...

Bila masa pm boleh beku kan akaun? Tu kerja pihakbberkuasa. Dlm siasatan. Apadaaa

Anonymous said...

Sementara itu, ada pandangan lain pila:

Andai kata UMNO di haramkan ... saya rasa MP dan ADUN serta ramai ahli ahli UMNO lebih redha menjadi Ahli PAS berbanding PBBM ..Kedah dan Perak lesap dan Pas akan ada 72 kerusi Parlimen ... ada brani ...LOL dan jgn lupa akaun PWTC tu paling tinggi ada rm 3.25 sen ( ini saya di beritahu sendiri oleh tuan presiden dulu bila bendahari berenti kerana merajuk tahun 1998) sejak bendahari dulu tahun 1998 berenti hingga nak bayar gaji pun kena setiausaha yg bayar .....THINK TWICE

FB Johari Ishak


Lepas kena siasat penerima penggubahan wang haram..72 kerusi habis.trmasuk la pas.hhaha

Anonymous said...

Kalau gitu sekarang lah AP2 UMNO masuk PAS jadi ahli, boleh tumbang PH di Perak dan di Kedah. Apa nak tunggu UMNO diharamkan?

Kena bertindak pantas sebelum Tun Mahathir bertindak.

Anonymous said...

Ada 2 AP UMNO keluar parti. Satu hendak masuk BERSATU tapi di bantah oleh PH. Satu lagi keluar tapi jadi AP Bebas.

Nak haram kan UMNO tak perlu beku akaun, kes UMNO sepatutnya haram kerana gagal buat Mesyuarat Agung dah cukup.

Dendam DSAI ? DSAI bukan nya se orang pendendam. Jangan lah nak sama kan DSAI dengan Lobai Hadi.

Lelakidicermin said...

Kalau duit 1mdb masuk ke dlm akaun MP atau adun BN mcmana.. sprm dpt buktikan.. apakah MP atau adun mengaku tak tahu..apakah dun atau kws perlimen itu wajib di kosongkan.. bg aku skg MP dan adum umno.. byk buat pengiraan dulu seblm keputusan siasatan 1mdb di umumkan...

Anonymous said...

Ini lah celaka nya Najib.

Yang di sokong oleh PAS.

Berapa ramai anak melayu yang terpelajar dan berjawatan tinggi yang akhirnya berkesudahan dengan tidak bermaruah.

Habis semua yang di dalam GLC terbabit dan diheret sekali oleh Najib.

Anonymous said...

bagaimana agaknya sprm dapat detect aliran wang src dari najib ka account pas!,bagamana perbicaraan 1mdb najib nanti ditanya soalan2 berkenaan dgn duit curinya! akn 'BERSEDONDONkah' najib bersama2 hadi,seperti mana ,mereka sama-sama senang??najib dah perasan sekarang kenapa hadi 'TERGEDIK2' jumpa TUN!Tapi tak melawat dia,semasa dia susah!

Alang-alang najib karam,hahaha dia akan bocorkan itu semua....ru355 hanya gurau-senda pas shj.sekarang PH smart memulangkan kuasa agama pada raja2...beranikah pas bersilat dgn raja-raja..

Anonymous said...

PAS terima duit rm 90 juta. Cepatlah keputusannya .tak sabar ni.

Anonymous said...

Kami sanggup terima kuasa agama islam dikembalikan pada raja dan negeri berani ke kerajasn ph serahkan 100% pada raja2 kita lihat dan kami nak tiada sekatan dari kerajaan itu yg pas tuntut selama ini terima kasih atas cadangan moga ianya betul2 terlaksana jng jadi mcm janji pru macam2 alasan.

Anonymous said...

sprm perlu siasat segera, ahli2 pas pun teringin sangat nak tahu. kalau ianya benar, maka pan tidak lah memfitnah serta tanggung dosa fitnah. tp kalau bukan fitnah, ramai ahli pas akan hijrah, x sanggup sekongkol dgn parti terima rasuah rm 90 juta.

adakah punca kaya ust pas sbb rm 90 juta. atau ust2 kaya sbb idola sahabat nabi yg kaya2.

yg pasti pas tdk bersama umno dan dap. tp pan sanggup khianat islam dan melayu, tolak ruu355. atas alasan jaga hati dap. rendah sangat mertabat mereka, utk jaga hati berbanding jaga agama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails