Friday, June 01, 2018

Apa Tu, Panduan Manipulasi Hutang Negara?



TEKA-TEKI mengenai hutang negara yang secara tiba-tiba mencecah RM1 trilion kini mungkin berjaya ‘dirungkai’.

Ia tidak lain tidak bukan merupakan manipulasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ‘dikantoikan’ sendiri secara tidak sengaja oleh seorang penyokong tegarnya.
Menerusi satu gambar Mahathir yang dimuat naik oleh seorang pengikut tegarnya, Abu Bakar Yahya di Facebook, Mahathir yang dilihat sedang bersandar di kerusi pejabatnya itu mempunyai satu dokumen ‘menarik’ di atas mejanya bertajuk ‘Manipulasi Hutang Negara Siri 2’.
Jika dilihat gambar itu dengan sekali pandang, pasti orang ramai hanya melihat gelagat perdana menteri ke-7 Malaysia itu tanpa menyedari dokumen yang terletak di atas meja pejabatnya.
Bagaimanapun, entri daripada akaun Anti Semua Salah UMNO di Facebook yang menyedari akan perkara itu nyata telah membongkarkan kelicikan pemimpin berusia 93 tahun itu.
Melalui posting itu, akaun berkenaan telah membangkitkan beberapa persoalan yang berkaitan dengan kewangan dan kadar hutang negara.
Seperti yang diketahui, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, terlalu banyak fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Harapan terhadap kerajaan terdahulu.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa menelan segala fitnah berkenaan yang hanya dilempar berdasarkan dendam kesumat sesetengah individu.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia kini dapat melihat dengan mata dan kepala sendiri bagaimana liciknya pemimpin negara itu menipu rakyat Malaysia.
Adakah dokumen tersebut mempunyai maksud lain? Tidak mungkin. Semua orang mengerti apakah maksud manipulasi. Dan dokumen yang sedang diteliti Mahathir itu terang-terang bertajuk ‘Manipulasi Hutang Negara’.
Pendedahan ini nyata membangkitkan beberapa persoalan. Adakah kadar hutang negara telah dimanipulasi oleh Pakatan Harapan sebelum PRU14 tempoh hari?
Jika dilihat kepada kertas yang ada di hadapan Mahathir itu, ia jelas menunjukkan bahawa dokumen tersebut merupakan siri kedua dan sudah pastilah ia mempunyai siri pertama sebelum ini.
Baru-baru ini, rakyat Malaysia gempar dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa hutang negara kini mencecah 1 trilion walhal semasa zaman pemerintahan BN, hutang negara hanya sekitar RM870 bilion.
Bagaimanapun, tidak mustahil jika hutang berkenaan akan meningkat kepada RM1 trilion akibat ketidak stabilan matawang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika.
Tidak mustahil juga suatu perkara yang lebih dahsyat akan berlaku terhadap hutang negara ini sekiranya ianya terus dimanipulasi oleh kerajaan yang hanya mahu mengaburi mata rakyat dan melenakan rakyat dengan janji-janji manis yang sememangnya tidak mampu dilaksanakan.
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha melihat dan Maha mendengar dan tidak akan ada satu perkara pun yang mungkin terlepas dari pandangan dan pendengaranNya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails