Sunday, June 24, 2018

Bangkit Melawan Fitnah -Idris Ahmad.




WALAUPUN PRU14 sudah selesai, tetapi api fitnah terus dibakar kepada PAS. Mereka tidak puas hati walaupun sudah menang di peringkat Kerajaan Pusat. Namun masih tidak puas hati, hajat hendak melenyapkan terus daripada persada politik tanah air tidak tercapai. Strategi tidak menjadi. Mereka menggunakan portal-portal yang memang diketahui umum sebagai portal yang cukup anti PAS. Tajuk-tajuk di dalam portal ini akan ditular walaupun tajuknya berbeza dengan kandungan berita supaya wujud persepsi buruk.
Mereka menyamar dalam akaun palsu dan meletakkan profile palsu supaya susah untuk dikenali. Kadang-kadang tulisan mereka bukan sahaja memaki PAS, malahan menghina Islam. Kita tidak ketahui, sama ada mereka ini Islam atau tidak.

Apabila PAS menjawab tuduhan fitnah. Maka mulalah mereka berhujah, PAS parti jumud, tidak boleh dikritik, parti suci, rasis, pelampau agama, walaun, pemimpin PAS maksum dan bermacam-macam gelaran. Oleh itu, kita jangan peduli cacian mereka. Teruskan menjawab.
Ahli PAS perlu bangkit melawan dengan hujah dan membetulkan dengan fakta. Jangan berundur terus melawan. Pembaca cerdik akan boleh menilai hujah kita dengan hujah mereka. Jika kita diam dan tidak menjawab fitnah mereka, kita bimbang fitnah ini akan melekat di fikiran pembaca.
Yang pandai buat poster, silakan buat. Yang pandai menulis, silakan menulis. Yang bijak bahasa Inggeris, yang bijak bahasa Mandarin, Tamil, Arab teruskan menulis. Yang bijak buat video sila lakukan.
Pemerhatian saya pemfitnah ini ulang tuduhan yang sama sahaja. Walaupun kita jawab, mereka teruskan fitnah. Oleh itu kita juga perlu terus jawab dan serang mereka dengan fakta. Walaupun berulang kali. Ahli PAS seramai 1 juta, mustahil tidak ada 100,000 untuk bertugas menjadi benteng pertahanan PAS di media sosial. Saya yakin kita mampu, walaupun kita tidak ada wang tetapi kita ada semangat untuk berlawan.
Kalau boleh yang bertugas memfitnah PAS biar jelas profile FB mereka supaya senang kita taaruf sesama sendiri. Jangan main pukul curi, sembunyi diri dan guna akaun palsu. PAS bersedia untuk dikritik, pemimpin PAS bukan maksum. Kami tidak rela difitnah.
Nasihat saya kepada pembela PAS dan juga diri saya supaya jangan fitnah walaupun pada musuh kita. Biar mereka fitnah PAS. Hujah pemfitnah tidak kuat. Bila kita jawab dengan fakta pemfitnah akan terkedu dan tidak berani muncul. Pemfitnah walaupun nampak kuat, mereka tidak bermaya. Mereka yang menegak kebenaran walaupun nampak lemah tetapi mereka akan menang, insya Allah.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS

20 comments:

  1. Tapii tuan ibnu byk fitna ph..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul

      Delete
    2. Ted manoff kaki fitnah cogan katanya fitnah itu lebih baik untuk kemenangan. Makin banyak fitnah makin terbuka sapa sebenar tad manoff

      Delete
  2. TQ,..
    Ted manoff & spesisnya dah ttak mencarut lagi. cuma masih fitnah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitna apa plk..

      Delete
    2. apa jua yang tak se aliran atau lari dari kehendak parti, semua nya ada lah fitnah.

      Dan mana-mana berita fitnah yang di ambil dari sumber lain adalah di kira tidak buat fitnah kerana fitnah tersebut di lakukan oleh pihak lain.

      Delete
    3. Ted hari2 fitnah org tahulah sebab fitnah tetap fitnah.

      Delete
  3. Idris cuma sebut yang bijak bahasa Inggeris, yang bijak bahasa Mandarin, Tamil, Arab yang bijak buat video sila lakukan....

    Idris lupa yang bijak putar belit ayat Quran pun sila kan..

    ReplyDelete
  4. Ted Manoff org bijak pandai. Dia ada bukti jelas, bukan ambil2 jer dr blog. Semua hujjah2nya ada bukti. Kalau rm90 juta, dia ada lengkap dokumennya serta gambar. Serta pernah berjumpa dgn editor sarawak report. Contoh jer tu.
    Silap2 aku pulak yg fitnah ted manoff.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bukan fitnah, itu dakwaan.

      Tapi bagi puak Idris, fitnah.

      Delete
    2. Masih mempertahankan fitnah 90juta.

      Delete
    3. Saya mendakwa pas terima 500 billion drpd yahudi. Kan gempak sikit bunyinya tu

      Delete
  5. Suatu masa dulu pemimpin UMNO tak ada sebab dan punca pun menyeru penyokong nya mempertahan parti dan pemimpin dari fitnah.

    Hampir semua kandungan kenyataan Idris sama dengan kenyataan UMNO.

    Ini adalah petanda nasib PAS sama dengan UMNO.

    Rasanya tidak ada mana-mana pemimpin politik yang mahu menghapuskan PAS. PAS adalah rakan untuk bermusuh.

    Kalau nak hapuskan parti lawan ada macam-macam cara apabila telah berkuasa.

    Hanya PAS yang sanggup melakukannya kerana pemimpin PAS tak mampu berhujah dengan cara berhujah dan berilmu berilmiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3:53 pengikut penabur fitnah. Hati kecewa dikencing ph tapi dedak punya pasal fitnah pun fitnahlah.

      Delete
    2. Haa yg 3.53 ni bukan fitnah. Dia ahli nujum

      Delete

  6. Tard Manoffik adalah contoh barua ternakan pakatan yang telah menjaja pelbagai bentuk fitnah untuk menfitnah dan memburukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan menghasut rakyat membenci PAS dan perjuangan Islam sejak sebelum PRU14 lagi.

    Dan sekarang Tard Manoffik berlagak 'suci' sambil meneruskan kerja-kerja munafik Abdullah bin Ubai dan Dajal untuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

    Hanya orang-orang bodoh , naif dan jahil murakkab sahaja mempercayai dakyah Tard Manoffik yang tdak berasas dan tidak masuk akal manusia normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ted manoff sebenarnya terlalu kecewa sebab dikencing oleh pemimpin ph tapi malu tu yg terus tabur fitnah pada pas dan umat islam.

      Delete
    2. Dia tahu dosa fitnah tapi dedak punya pasal itu nanti tua boleh taubat moga sempat bertaubat.

      Delete

  7. Sebenarnya pemimpin dan barua-barua pakatan amat membenci PAS dan ulama Islam kerana PAS dan ulama Islam berusaha menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam di negara ini maka terhalanglah cita-cita musuh Islam untuk menyesatkan umat Islam.

    Musuh-musuh Islam ini adalah tersangat bodoh kerana mereka buta sejarah: Semakin Islam dan umat Islam ditindas, dimaki hamun, dihina dan ditentang oleh pemimpin dan barua-barua pakatan
    , semakin kuat pengaruh Islam ke atas umat Islam dan orang kafir !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sebenarnya tapi ph memg ditubuhkan untuk memusuhi umat islam semua barua ph akan tabur fitnah dan kebencian pada pas yang sebenarnya ditujukan pada umat islam. Jadi pada penyokong ph kamu bersubahat atas setiap kerosakan umat islam dinegara ini. Minyak tak turun pun gst 0 tapi barang tetap sama malah naik harga lagi ada. Najib tetap tak didakwa ekonomi jatuh teruk bursa sahan jatuh rizab bank negara merosot matawang jatuh teruk. Mana pakar ekonomi ph ambik penasihat yg dah pencin dan rekod tak berapa elok tu yg ekonomi jatuh teruk.

      Delete