ALAHAI…. Belum cukup sebulan berkuasa, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat makin ‘melalut’ dalam segala tindakan mereka dan lebih berbaur politik balas dendam terhadap pentadbiran lama.
Terbaharu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat ibu pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman, ibu negara semalam memberi amaran terhadap pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Abdul Karim Naik.
Beliau yang juga Presiden PPBM, sebuah parti kecil komponen PH; dengan nada tegas mendakwa bahawa ulama berasal dari India itu juga tidak akan terlepas daripada tindakan sekiranya melanggar undang-undang Malaysia.
“Saya fikir dari pandangan sama ada dia (Zakir) warganegara atau tidak, masih tertakluk kepada undang-undang. Jika beliau didapati tidak mengikut undang-undang sudah tentu kita ambil tindakan yang perlu,” kata Muhyiddin.
Beliau dipercayai mungkin merujuk kedudukan Zakir yang pernah diberi status sebagai pemastautin tetap (PR) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan dilindungi daripada ancaman liar kumpulan pelampau anti-Islam.
Baca: Interpol Batal Notis Merah Bukti Zakir Bukan Ancaman
Juga: India Batal Pasport, Tapi 10 Negara Tawar Kerakyatan
Muhyiddin yang ternyata kurang selesa dengan isu itu berkata, walaupun Zakir ada status PR, pendakwah itu masih lagi tertakluk pada undang-undang sama ada berkaitan isu agama, jenayah dan tidak akan dilindungi kerajaan PH.
Untuk rekod, Zakir yang merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 Peringkat Kebangsaan, telah disiasat pihak berkuasa India sebelum ini atas dakwaan pengubahan wang haram dan jenayah berkaitan keganasan.
Pemerintah India mendakwa kononnya penceramah berusia 53 tahun itu membiayai aktiviti keganasan dan Agensi Penyiasatan Kebangsaan negara tersebut memfailkan tuduhan terhadapnya di sebuah mahkamah, minggu lepas.
Pada 8 November tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan BN tidak menerima permohonan ekstradisi daripada India untuk menghantar Zakir bagi didakwa di negara tersebut.
Terkesan dengan kenyataan Muhyiddin itu, ramai netizen mengutuk langkah beliau sebagai terburu-buru, walhal Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) pun sudah menarik balik notis amaran merah terhadap Zakir sendiri.
Kini, ‘warna’ sebenar kerajaan PH mulai terbongkar satu demi satu dan jaminan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad konon pentadbiran beliau memelihara syiar Islam sudah menjadi bahan jenaka dalam kalangan rakyat.
Mungkinkah ada ‘tangan ghaib’ dalam kerajaan baharu ini yang jelas agenda tersirat dan sebenarnya musuh Islam demi mengaburi penyokong tegar mereka kononnya imej PH sebagai mesra Islam? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
tajuk artikel awak mengganggu minda pembaca, awak dedak eee?
ReplyDeleteXpyh sibuk le hasyim..zakir naik ke..kote xnaik ke..naik syeikh ke..bkn keje kita..pukul najib tu..pencuri dibiarkn..bercakap lg,jalan2 lagi..nnti hilang mcm jamal..dr sibukkn zakir naik..jom cari dia ramai2..dpt pahala tlg kerajaan.dh la xnk derma.lg nk sibuk!
DeleteKenyataan Muhyiddin itu jelas setiap org tertakluk kpd undang2 negara ni. Tapi admin ni sengaja nak buruk-burukan PH, dah jenis seronok tabur fitnah. Bulan puasa pun mcm tak puasa.......
ReplyDeleteKo ad tgk statment dari orang ramai...apahal ko nie ???otak karat ph
DeleteStatement PAS apa pulak ?
DeleteDah tenguk baca ??
Kenyataan Muhyiddin berikutan lawatan resmi PM India.
ReplyDeleteIa nya di buat untuk Kerajaan India, itu sebab jika Zakir Naik melanggar undang-undang, tindakan di ambil termasuk lah undang-undang antarabngsa.
Setakat ini, India hanya meminta Zakir Naik di serahkan pada Kerajaan India dan belum terbukti Zakir Naik seperti di dakwa kerana Kerajaan India cuma ingin melakukan siasatan ke atas Zakir Naik.
Wallahualam.
Kenapa dibiarkan najib bleh jalan bazar ramadhan,berselfie bagai? Penyamun kot..sepatutnya baling taik ke,pukul ramai2 ke..klu curi tabung masjid dh lama kne pukul..xkn rakyat nk biarkan najib bersenang lenang lg???-ibnu hasyim jr
ReplyDeleteKita mengikut Islam. Kalau ikut DAP sekalipun.. Tak buat macam itu.
DeleteNajib di beri hak mempertahankan diri dan selagi tidak di hukum oleh mahkamah selagi itu, Najib bebas.
Najib ikut gaya dan cara Anwar. Awal-awal lagi Najib kata dia di fitnah dan ada pihak yang tidak berlaku adil pada dia. Dia beri pendapat dan kritik Kerajaan. Semua itu Najib buat padahal Najib disiasat kerana 1MDB dan duit berjuta. Najib ikut sama pergi Bazar dan berharap dapat sambutan macam Anwar.
Mahathir sendiri terkejut sambutan orang ramai kerana Mahathir pernah jadi pembangkang.
Malangnya Najib menghadapi semua ini sebab jawatan PM bukan sebagai Pembangkang. Najib kena slow lah sikit... Dah terbukti jadi Pembangkang yang bagus baru lah ketempat orang ramai.
Tu je.
Matikan je lahanat tu..bkn bapa ko pn..xberguna tu..lg banyak bunyi..minta maaf je la..
DeleteYa allah kami mohon perlindungan dari mu ya allah dari musuh2 islam yang saban hari menghina dan menzalimi umat islam di bumi umat islam malaysia dan diseluruh dunia. Ameeen
ReplyDeleteTuhan suruh kuat kan lagi ibadat.. Jaga iman dan kelurga sentiasa taat dan patuh pada suruhan Allah..
DeleteTuhan kan cakap dunia ini untuk orang kafir ..
Dan berdoa tu biar betul-betul ...
Anon 10:31 am,
DeleteIbadah dalam Islam bererti mengamalkan ajaran Islam dalam hubungan antara manusia dan Allah, hubungan antara manusia, dan hubungan antara manusia dan alam.
Maka kehidupan dunia adalah penting untuk umat Islam sebagai khalifah Allah di bumi membuat persediaan ke akhirat.
Umat Islam perlu berusaha melaksanakan ajaran Islam di dunia ini maka sebab itulah Rasulullah s.a.w. menubuhkan kerajaan Islam untuk melaksanakan ajaran Islam untuk kebaikan manusia dan melindungi agama Islam dan umat Islam dari kesesatan dan ancaman musuh Islam.
Zaman keemasan Islam juga berlaku di bumi. Sila baca sejarah Islam.
Ini menunjukkan kehidupan dunia juga adalah penting bagi umat Islam.