Wednesday, June 06, 2018

Beri Kenyataan Dulu Baru Siasat? Macam Mana LGE Ni!


KENYATAAN Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung isu siasatan skandal Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER) dianggap tidak munasabah tanpa perlu disiasat terlebih dahulu

Berikutan hal tersebut, bekas Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam berkata, Guan Eng sepatutnya memberi lebih banyak maklumat untuk membuktikan dakwaan beliau hari ini berhubung  kedua-dua projek saluran paip itu adalah satu skandal.


“Dalam kenyataannya, beliau telah membuat tuduhan yang sangat spesifik bahawa bayaran dibuat lebih awal, tidak berdasarkan perkembangan kerja pembinaan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB), bukan kepada syarikat lain. Tidak ada tuduhan bahawa pembayaran tersebut telah dialihkan atau tersalah bayar kepada syarikat lain.  
“Pemeriksaan kami menunjukkan bahawa CPPB adalah salah satu pembina saluran paip utama di dunia dan telah menyiapkan lebih daripada 10,000km saluran paip.
“CPPB juga adakah anak syarikat penuh milik kerajaan China, China National Petroleum Corporation (CNPC), yang disenaraikan sebagai syarikat nombor empat terbaik pada 2017 di kalangan 500 Syarikat Terbaik Dunia (Fortune 500) dengan pendapatan sebanyak AS $ 263 bilion tahun lepas,” kata Lokman Noor Adam melalui laman sosial Telegram miliknya.
Tambahnya lagi, Guan Eng juga menuduh bahawa syarikat 100 peratus milik The Ministry of Finance (MoF) yang digunakan untuk tujuan khusus menyiapkan projek ini iaitu (SSER) mempunyai kaitan dengan Strategic Resources Corporation Bhd. SRC dan 1MDB.
Tuduhan tersebut disebabkan SSER mempunyai nama yang sama dengan (SRC) kerana perkataan “Strategic” dan “Resources” di dalamnya.
Namun, pemeriksaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa SSER bukan anak syarikat SRC Bhd. tetapi dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan pemilikan penuh kesemua 30,000,001 saham yang diterbitkan.
Antara sebab lain adalah Ketua Pegawai Eksekutif SSER, Dato Mohammed Azhar Bin Osman Khairuddin sebelum ini pernah menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Putrajaya Perdana Berhad.
“Walaupun benar bahawa Jho Low dilaporkan telah membeli Putrajaya Perdana Berhad dan satu lagi syarikat tersenarai Loh and Loh Berhad pada 2007 dengan sokongan pihak Timur Tengah sebelum 1MDB wujud, Dato ‘Azhar adalah seorang veteran Petronas dan telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti sejak 1979 termasuk sebagai pengarah di Petronas Gas dan Petronas Bhd.
“Oleh itu, beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran yang diperlukan untuk menjalankan tugas di SSER,” jelas Lokman Noor Adam lagi.
Ujarnya, tuduhan Guan Eng hari ini amat berat kerana MOF pada dasarnya menuduh bahawa kerajaan China telah bersekongkol dengan kerajaan Malaysia sebelum ini dalam melakukan perbuatan rasuah.
Secara tidak langsung, tuduhan tersebut juga memberi impak yang buruk kepada hubungan diplomatik dan perdagangan antara negara dengan China.
Kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya menyiasat terlebih dahulu jika berlaku salah laku berkenaan sebelum membuat tuduhan politik melalui sidang akhbar yang berniat untuk terus memburukkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
Tambahan pula, Guan Eng dilihat sengaja mencetuskan isu SSER supaya orang ramai boleh melupakan isu rasuahnya yang masih tidak selesai sehingga kini.
Bagaimana seorang yang masih terbabit kes rasuah boleh menyiasat isu skandal lain kononya terlibat dengan penyelewengan wang negara? – MYNEWSHUB.CC

14 comments:

  1. T.kasih tuan ibnu kerana tk delete komen..zaman dh berubah..zaman internet tkde apa yg nk disorokkn..sejak kerajaan baru terbentuk tv3 dn utusan catat rating tertinggi berbanding sebelom pru..jadi bila lagi tuan ibnu nk berubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan puji awal sangat. Dulu pernah puji orang tua ini, selepas itu dia delete juga.

      Takut dia buang tabiat. Bila ok, dia akan sedar untuk delete kan komen-komen yang tidak sewaktu dengan nya.

      Atau mungkin dan harap-harap lah dia nak berkawan dengan kita


      Delete
    2. Tahniah ted manoff kamu berjaya membentuk kerajaan yang libral yang terang sedang merancang untuk menekan umat islam dengan apa yang berlaku sekarang. Berbahagialah kamu dan ingatlah diakhirat kamu akan disoal dan diadili oleh tuhan yang kamu sembah. Moga kamu bertaubat dan berjuanglah demi agama kamu aniti. Allah maha berkuasa moga negara ini dilindungi dan dirahmatinya.ameeen

      Delete
  2. Yg LGE persoalkan..kenapa kerja baru 13%, tapi payment dah bayar 80%??????

    ReplyDelete
  3. Saudara Ted Manof, blog ni blog sampah. Dia takkan suka benda baik. Dia suka benda busuk. Saperti saudara, saya pun banyak mempersoalkan Ibnu Hasyim ini keran sangat JAHAT menyiarkan sesuatu permasalahan. Akibatnya, komen saya dipadamkan. Bagi saya itu bermakna memang benarlah bahawa blog ini blog sampah dann pemiliknya sangat Jahat kepada Pakatan Harapan

    ReplyDelete
  4. Siasatan awal (pre) di jalankan oleh Kementerian Lim Guan Eng.

    Tak benar tak ada siasatan di jalankan. Dari hasil siasatan dalaman maka terdapat bukti atau lebih tepat penemuan berlaku nya penyelewengan yang meragukan.

    Atas kapasiti jawatannya sebagai Menteri, LGE layak membuat kenyataan dan tak semestinya apa yang ada cukup kerana melibatkan pihak lain.

    Sebab itu kena buat lapuran dan minta di siasat oleh pihak yang ada kuasa.

    1MDB pun milik MoF dan SSER pun milik MoF.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat laporan pada sprm tangkap pelaku jangan buat cerita aja untuk alih pandangan rakyat. Kes banglo kompon lepas sebab peguan negara puak dia. Pandai ph bagi umat islam yg sokong ph kamu juga adalah penyokong setiap tindakan ph menekan islam kamu lihatlah hasil sokongan kamu. Allah tunjukkan kapada kamu satu persatu tindakan pemimpin kamu yang hanya berhasrat untuk meneksn umat islam.

      Delete
    2. Sekarang ini sudah dalam siasatan SPRM. Dua suspek telah melarikan diri ke luar negara. Nak suruh buat lapuran apa lagi ?

      Dari dulu sebelum kuasa lagi dah nampak kes banglo bermotifkan politik. Tak ada bukti penjual dapat apa-apa projek dari Kerajaan PP sebelum ini.

      Kalau ada, mengapa tertangguh-tangguh..

      Mahkamah tidak mahu membuang masa dan kos untuk kes macam ini. Kalau ada orang PAS boleh beli kereta mahal dengan harga murah pun tak apa asalkan tak ada tukar ganti dengan habuan.

      Melayu mana ada keinginan nak jual harta mahal dengan harga murah kepada orang yang banyak berjasa. Kena maki percuma ada lah.


      Delete

  5. Wah barua-barua ternakan pakatan mengeluh sedih seperti syaitan yang gagal dalam misi jahat kerana fitnah-fitnah yang mereka tulis telah di'delete' oleh tuan ibnuhasyim.

    Jika kita baca semua komen yang ditulis oleh barua-barua pakatan, semua komen mereka adalah komen sampah yang mengandungi pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan ulama Islam, institusi Islam, parti Islam dan umat Islam yang menyokong perjuangan Islam.

    Kita juga mendapati semua dakwaan karut yang ditulis oleh barua-barua pakatan tidak mengandungi sebarang bukti. Ini jelas menunjukkan barua-barua ini adalah penjaja fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meraka ni semua belajar dari yahudi fitnah itu lebih baik untuk kebaikan mereka. Diblok mereka baca boleh klu komen langsung tak kuar yg kuar hanya yg memuji mereka aja. Tuan ibnu ok kuar jugak kalau komen.

      Delete
  6. Apa pun sudah tentu sebelum delete Tuan Blog yang akan baca dulu.

    Akhir nya Tuan Blog akur komen penyokong Pakatan masuk akal dan ada kebenarannya walaupun pahit.

    Jika alasan komen penyokong Pakatan adalah fitnah adalah tanggungjawab Tuan Blog mempertahankan dengan memberi hujah yang boleh di terima. Hujah yang sekadar memberi pendapat yang boleh di terima bukan menyalak minta bukti.

    Dan jika fitnah mengapa kali ini komen penyokong Pakatan di siarkan?

    Kita faham Tuan Blog tidak akan siar kenyataan TMB Nik Amar yang mengatakan SPRM tak perlu siasat air di Kelantan kerana Tuan Blog hanya akan siarkan kenyataan atau artikel kepincangan Pakatan.

    Sudah tentu Tuan Blog berkewajipan memberi ruang kepada penyokong Pakatan untuk mempertahankan perkara yang di siarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blok ibno paling ok sebab dia layan semua bukan mcm blok puak ph langsung tak boleh komen syok sendiri.

      Delete
    2. Puak2 ph perlukan minyak dan negara malaysia malaysian

      Delete
    3. Tuan Blog telah buat sedikit perubahan yang baik dan sangat-sangat di alukan.

      Ini teladan yang telah di tunjukkan oleh Husam yang meminta duit royalti hendaklah terus di beri pada Kerajaan Negeri dan begitu juga Raja Bahrin yang sanggup ketepikan perselisihan dengan membantu Kerajaan PAS Trengganu.

      Apalagi kesediaan Tun Mahathir yang di dakwa dalang Memali bersedia meraikan kunjungan Presiden PAS dan Menteri Besar Trengganu.

      Bersama membangunkan Islam.

      Delete