CUKAI eksport minyak kelapa sawit yang dikenakan kerajaan sebanyak lima peratus memberi kesan penurunan eksport komoditi tersebut terhadap negara.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan mengenakan cukai lima peratus telah merugikan negara sendiri.
“Khamis lalu, harga minyak sawit mentah menyusut bagi hari kesembilan berturut-turut di mana harga kini adalah RM2,300 setiap tan.
“Turut dilaporkan, eksport minyak kelapa sawit kita bagi 10 hari pertama bulan Jun jatuh sehingga 20 peratus berbanding tahun lalu. Cukai eksport ini diteruskan pada lima peratus pada bulan Julai dan seterusnya,” kata Najib menerusi akaun Facebookmiliknya hari ini.
Tambahnya, kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah menggantung cukai berkenaan bagi empat bulan pertama tahun ini dalam memastikan pendapatan pekebun kecil tidak terjejas dan pasaran minyak kelapa sawit Malaysia terus berdaya saing serta kompetitif di pasaran antarabangsa.
“Bagi pihak pekebun kecil di Pekan dan kesemua peneroka di Malaysia, saya menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menggantung cukai eksport ini sehingga penghujung tahun ini atau sekurang-kurangnya sehingga harga dan permintaan pasaran kembali pulih,” ujar Najib.
Beliau berkata demikian selepas berkesempatan menyambut Syawal di Pekan baru-baru ini dan mendengar luahan peneroka Felda serta pekebun kecil.
Dalam perkembangan lain, Kesatuan Eropah (EU) akan meningkatkan sekatan terhadap import minyak sawit dari Malaysia yang merisaukan kebanyakan pihak.
Manakala China yang pernah melonjak ke tempat kedua dari tempat keempat sebagai pengimport terbesar minyak sawit negara pada tahun lalu dikhuatiri akan mengurangkan pembelian minyak kelapa sawit ekoran perkembangan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
“Kerajaan baharu juga tidak boleh membisu lagi dengan keputusan EU Jumaat lalu untuk mengurangkan dan menghentikan impot minyak kelapa sawit demi menamatkan penggunaan minyak sawit dalam bahan bakar pengangkutan pada 2030.
“Kita perlu membantah langkah mereka ini dan berunding dengan EU serta-merta kerana mereka merupakan destinasi minyak sawit terbesar untuk negara.
“Dalam semangat hari raya ini, usahlah menjadikan isu ini sebagai polemik politik kerana beratus ribu pekebun kecil serta peneroka hidup bergantung pada industri minyak kelapa sawit,” jelas Najib.
Najib menggesa kerajaan Pakatan Harapan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah harga dan permintaan minyak sawit dengan serta-merta.– MYNEWSHUB.CC/MIZE
3 comments:
Cukai eksport merugikan negara tapi mencuri hasil negara dianggap menguntungkan negara?
Yang baik tu baiklah..yang jahat Kita tolak...melayu melayu...kedai cina jadi kuli....politik pun jadi kuli cina jugak...
Kami ahli pas menyokong apa yg diperkatakan oleh dato seri najib. Sepatutnya beliau lah jadi perdana menteri. Dia pemimpin yang soleh. Tidak simpan duit haram.
Post a Comment