KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalahkan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun atas isu lot bazaar Ramadan di Jalan Masjid India.
Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Anwar Mohd Zain berkata, beliau dipaksa meluluskan permohonan lot bazaar daripada pemimpin Pemuda PPBM, Mohd Noorhisyam Abd Karim, selepas menerima surat sokongan Fong.
“Pada mulanya kami kata tidak, tetapi beliau (Noorhisyam) terus mendesak kami dan kami hanya mengalah selepas mendapat surat sokongan ahli Parlimen Bukit Bintang,” kata Anwar kepada The Star.
Anwar berkata demikian susulan laporan berhubung “skandal bazaar Ramadan” di Jalan Masjid India membabitkan Noorhisyam, yang didakwa menyalahgunakan hubungan politiknya untuk mendapatkan 80 lot bazaar dan menyewanya pada harga setinggi RM5,000 bagi 1 lot.
“Kami juga bersetuju selepas beliau mendakwa hanya berbuat demikian untuk membantu orang miskin mendapatkan wang untuk Hari Raya.”
Anwar berkata, menurut laporan The Star, DBKL menjelaskan kepada Noorhisyam yang beliau perlu memastikan mendapat kerjasama pemilik premis di Jalan Masjid India.
“Tiada lagi ruang untuk lot baru di sana, tetapi kami benarkan mereka mendirikan gerai dekat kawasan Maybank, selagi ia tidak mengganggu aliran trafik.”
Katanya, DBKL membatalkan sistem lama peruntukan lot bazaar bagi parti politik pada 2014. Sistem lama itu berdepan kontroversi, dengan pelvagai pihak mendakwa wujud rasuah dan nepostisme, menurut laporan itu.
The Star melaporkan pegawai DBKL sering didakwa menyalahgunakan kuasa dengan memberikan lot kepada kenalan dan kroni yang kemudiannya menyewa atau menjualnya kepada pembida tertinggi.
Laporan itu turut memetik Ketua PPBM Bukit Bintang, Zailani Isausuludin yang berkata, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung isu itu. – FMT
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Petanda Awal ketidak mampuan PH memerintah? Kita sama-sama lihat..
Selamat Hari Raya Puasa...
Maaf Zahir Batin,
Selamat Jiwa raga..
Selamat Aqidah.
Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!!
Hati-hati pendakalan Aqidah
Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim..
6 comments:
Yang jadi masalah sekiranya SPRM tak siasat..
Isu bazar tak sebesar isu skandal air dan balak.. Isu bazar setahun sekali ...
Peniaga pun salah sebab memberi 'duit' .. bila bisness tak untung seperti diharap baru lah buat aduan..
Jika siasat dengan peniaga sekali lah siasat ..
Salah peniaga pulak. Bebal betul ulamak yg tak berapa lebai.
Siasat semua. Balak pun siasat, yg memaksa pun siasat. Baru adil. Jgn dok fitnah jer.
Siasat semua. Isu balak banglow terowong siasat semua
Barua dedak pakatan selalu menyalahkan mangsa skandal pakatan untuk menyembunyikan skandal pakatan.
Ya siasat semua skandal kertas kerja, skandal terowong, skandal tanah rakyat dan tanah kerajaan dll yang melibatkan puak pakatan.
Puak pakatan ada berani kah?
Post a Comment