Monday, June 11, 2018

Dr M Ingatkan Lagi, Belum Tentu Anwar Jadi PM 2 Tahun Lagi.




PUTRAJAYA ― Tidak dapat dipastikan sama ada peralihan kuasa perdana menteri kepada ketua umum PKR boleh dilaksanakan dalam tempoh dua tahun, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dua tahun itu bukan tempoh masa. Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu dipenjara, sebagai perdana menteri menunggu.
Pengerusinya berkata keutamaan kini adalah untuk mengembalikan kekayaan negara dan menstabilkan ekonomi selain menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Kalau boleh dalam masa terdekat, saya nak atasi masalah-masalah yang dihadapi, itulah tujuan saya.
“Kalau saya berjaya, bukan duit yang penting. Yang penting adalah hasil kerja. Jadi inilah yang saya sedang usaha,” katanya. – MalayMail/ProjekMM

3 comments:

  1. Sungguh mulia hati Tun Mahathir. Walaupun usia telah 93 tahun tetapi masih gigih untuk memperbetulkan dan menyelesaikan semua masalah yang di sebab kan berpunca dari kesilapan sendiri.

    Tun Mahathir se orang yang sangat bertanggungjawab menghasilkan satu kebaikan yang sangat besar pada negara.

    Kalau selesai awal maka Anwar Ibrahim akan dapat menjadi PM lebih awal ia itu kurang dari 2 tahun.

    Ada orang mempunyai sikap kalau dah mula kan sesuatu biar sampai selesai. Dia tak suka orang habis kan kerja dia yang separuh jalan. Hasil kerja itu kah membuat seseorang berpuas hati.

    ReplyDelete
  2. Saudara Tanpa Nama 7:59, betul kata saudara itu. Apabila kita melihatnya secara positif, maka insya_Allah segala-galanya menjadi jernih. Sayabas kerana saudara berhati mulis.

    ReplyDelete
  3. Betu mahligai kita ambil secara positif, kuasa dan kekayaan mmg sukar untuk dilepaskan apabila berada ditangan, bila nafsu dh mnguasai diri dgn keseronokan kuasa segala jnji tolak tepi, sesungguhnya demi masa mnusia sentiasa berada dlm kerugian

    ReplyDelete