Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini mengesahkan namanya antara yang disenaraikan oleh parti itu untuk menganggotai kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, keputusan parti untuk mengemukakan namanya adalah berasaskan kepimpinan beliau dalam parti dan pengalaman dalam arena politik negara.
"Saya bersedia untuk berkhidmat tidak kira apa-apa jawatan kabinet yang diberi…Saya anggap itu sebagai satu penghormatan yang tinggi dan amanah untuk berkhidmat kepada negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di George Town hari ini.
Pada masa ini, jemaah menteri Dr Mahathir hanya mempunyai 13 anggota sedangkan ada beberapa portfolio penting termasuk menteri luar yang masih kosong selain tiada timbalan menteri dinamakan.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata beliau tidak pasti apakah portfolio yang dicadangkan untuk beliau.
“…Soalan ini hanya akan terjawab apabila pengumuman rasmi dibuat oleh perdana menteri," katanya yang menafikan beliau bakal dilantik menjadi Menteri Luar.
Dr Mahathir dijangka mengumumkan senarai kabinetnya sebelum Parlimen bersidang pada 16 Julai ini.
Sebelum ini difahamkan senarai calon anggota jemaah menteri terbabit akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas sambutan Aidilfitri.
Antara 13 anggota kabinet yang telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri), Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan).
Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata pentadbirannya tidak akan memiliki lebih daripada 30 kementerian. -Bernama (malaysiakini)(alhusseyn51.blogspot.com)
13 comments:
Pas berpuas hatii dgn penjelasan arulkanda dlm isu 1mdb kata tuan berahim tuan man...kahkahkahkahkakah.. 🤗🤔🤗🤔🤗🤔😂😁😉😋😋😂😂
KERAJAAN Malaysia sedang mengkaji semula penghantaran tenteranya ke Arab Saudi untuk mengelak terlibat dengan konflik di negara-negara teluk, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Langkah ini bagi mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai negara berkecuali, tegasnya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight.
"Kita sedang kaji dan kemungkinan akan tarik balik tentera kita dari sana kerana kita mahu kekal sebagai negara berkecuali,” katanya.
Tegas Mohamad, Malaysia tidak harus terlibat dengan konflik Arab Saudi dan negara-negara teluk berkenaan, apatah lagi apabila ia melibatkan serangan ke atas sebuah negara Islam.
"Buat apa kita terlibat menyerang Yaman, sebuah negara Islam dan kita tidak mahu terlibat dengan konflik sebegini.
"Jika tentera kita mahu terlibat di peringkat antarabangsa, ia hanya melalui PBB sahaja selepas ini," kata Mohamad yang baru mengangkat sumpah jawatan menteri pertahanan, sebulan yang lalu.
Beliau mengulas satu kenyataan Persatuan Patriot Kebangsaan (PPK) yang mempersoalkan penglibatan pasukan tentera Malaysia dalam pakatan negara Arab.
Ini memandangkan, Arab Saudi dan sembilan negara sekutunya didakwa menyerang Yaman atas alasan mempertahankan kerajaan itu yang sedang menghadapi ancaman dari kumpulan penentangnya.
Bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein pada November lalu menafikan Malaysia terlibat dalam operasi ketenteraan dan menjelaskan penyertaan itu adalah dalam misi kemanusiaan.
Namun alasan itu dipersoal kumpulan peguam Lawyers for Liberty yang menganggapnya sebagai penjelasan yang “tidak masuk akal”.
Pengarah eksekutifnya, Eric Paulsen dalam satu kenyataan semalam berkata, kerja-kerja kemanusiaan itu pastinya sudah tamat dan tidak perlu mengambil masa sehingga tiga tahun.
“Jika benar pasukan kita dihantar untuk membantu usaha pemindahan, kerja itu sepatutnya sudah siap sekarang dan tidak perlu dikekalkan untuk tempoh tiga tahun,” katanya.
Pada 14 April lalu, tentera Malaysia dilaporkan terlibat secara langsung dalam latihan yang dinamakan Gulf Shield 1 di Dammam, Arab Saudi.
Media Arab Saudi juga melaporkan, pembentukan gabungan pasukan dari 34 negara termasuk Malaysia itu bertujuan untuk "melawan keganasan".
Sejak 2015, Arab Saudi mengetuai gabungan negara Arab itu melancarkan serangan udara bagi membantu kerajaan Yaman melawan pemberontak puak Houthi dan pihak yang setia kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh.
Kerjasama puak itu dengan Ali dikatakan menambahkan sokongan menggulingkan presiden yang disokong Arab Saudi, Abdrabbuh Mansour Hadi.
PBB mengeluarkan amaran kepada negara lain yang membantu Riyadh selepas penyiasatannya mendapati kebanyakan sasaran serangan di Yaman antara Mac dan Oktober tahun lalu adalah kawasan awam, melibatkan kematian 292 orang awam termasuk 100 wanita dan kanak-anak. – 20 Jun, 2018.~ themalaysianinsight
Syabas AMANAH. Syabas Mujahid.
Pengorbanan kamu semua meninggalkan parti PAS berbaloi akhir nya.
Jika kamu dan yang lain-lain tidak melawan dan bersuara maka kamu akan tergolong dalam kalangan umat yang ada dalam PAS.
Guna lah peluang dan kesempatan ini membawa Islam rahmatanlila'lamin.
Semuga Allah sentiasa memberi pertolongan dalam segala urusan dan pekerjaan dalam membawa Islam rahmatanlila'lamin.
Wonder...haji hadi dah gi ke ziarah najib?. Ke sbb najib dah xde kuasa maka najib di pinggirkan?. Atau sudah mula rasa sayang pada mahathir?. Kawan tika senang mmg senang di cari tapi kawan tika susah, lebai pun lari....kahkahkah. pakcik tak terhidu ke ada sesuatu yg akan mengemparkan negara khususnya parti PAS sedikit masa lagi?. X dpt mimpi lgi ke. Jeng jeng jeng...mirror mirror on the wall...kahkahkah..xpe, demi kebaikan ummah.
1mdb akan meletup bersama2 dgn kes altantuya…
bila 1mdb disiasat, lambat laun akan sampai ke duit rm200 juta yg diterima oleh nasharuddin md isa. dr situ akan menjalar kpd penerima2 lain.
bila motif menjadi prerequisite dlm perbicaraan jenayah, maka tak dpt tidak akan sampai juga kpd yg empunya motif...
sirul azhar musa tak ada motif utk membunuh altantuya. mrk tiada sbrg hubungan sblm pembunuhan. yg ada kaitan atau hubungan dgn altantuya adalah razak dan anak razak.
tp 3 org tsb hanya akan menurut arahan dr anak razak; atau org yg ditakuti oleh anak razak.
hanya Allah sj yg Maha Mengetahui...
Barua-barua dedak pakatan menulis konon pakatan adalah parti yang bermoral dan terbaik kerana memenangi PRU kerana mendapat sokongan 45% rakyat negara ini (walaupun ini membuktikan rejim pakatan adalah kerajaan minoriti yang tidak popular). Benarkah andaian yang tidak berasas ini?
Kalau begitu, parti NAZI pimpinan Hitler adalah parti yang bermoral dan terbaik kerana parti NAZI dan Hitler mendapat sokongan padu dari rakyat Jerman.
Begitu juga parti komunis Soviet pimpinan Stalin juga adalah parti yang bermoral dan terbaik kerana parti komunis Soviet mendapat sokongan padu dari rakyat komunis.
Wah betapa hebatnya Joseph Goebbels telah dilantik oleh Hitler menjadi menteri kabinet Hitler dan rakyat Jerman yang menganut ideologi Nazi sangat gembira mendengar berita ini maka terbuktilah parti NAZI adalah parti yang benar dan bermoral tinggi kerana disokong oleh majoriti rakyat Jerman !
Maka andaian barua pakatan adalah karut marut !
Ingat cerita pasal Bola Sepak Dunia. Sampai ke Jerman ..
Kat Jerman tu yang kau kata Nazi .. Islam semakin berkembang ..
Kita melihat barua-barua ternakan pakatan mengidap penyakit mental yang kronik kerana mereka suka menyalahkan PAS dan menjadikan PAS sebagai kambing hitam untuk menyembunyikan kelemahan dan kezaliman rejim pakatan.
Jika berlaku gempa bumi, ribut taufan, tsunami, ribut pasir, banjir besar, letusan gunung berapi, suhu meningkat dll di bumi atau bintang meletup di angkasa lepas, barua-barua pakatan yang meletakkan otak mereka pada lutut tetap menyalahkan PAS.
Inilah akibat barua makan dedak pakatan.
Anon 6:25 PM, parti NAZI telah pupus di Jerman dan rejim pakatan akan lingkup dalam PRU15 ! InsyaAllah !
Barua dedak pakatan 6:12 PM mengikut model rejim pakatan iaitu menuduh dahulu tanpa sebarang bukti. Selepas itu barulah sibuk terhegeh-hegeh cari bukti atau cipta 'bukti'!
Barua BN umno blog / admin ibnuhachinblog ni nak terus survive, terpaksalah siarkan segala yang hancing wlaupun kena kutok netizen. Yang bela tu admin sesorng je.....kikikikiki.....kalu tak ibnuhancing tak boleh kencing........syouru mis.....kekkekekhkehkehkeh.......
kalau jadi mentero pun apa guan kalau tak mau berjuang
untuk tegakkan hukum hukum Allah
bila bab hudud perangai sama macam amnooo
piraaaa'''berjuang utk hudud kononnya PAS. RUU 355 pun hadi pakat mainkan korang. Harap2 PAS terengganu jalankan hudud yg telah di wartakan masa hadi jadi MB tu ari. Tapi sampai skang pun xde bunyi pun PAS nak jalankan. Gi merangkak jumpa doktor tua klinik 1 Malaysia tu adalah. Tapi xpe, tungguuuuu...kahkahkah...x lama dah. Demi ummah. sabar ye lebai
Post a Comment