Friday, June 22, 2018

Drama Tembung PPBM-PKR Makin Rancak.


Bibit-bibit Kelahi PPBM-PKR 

Dari Grup Teruna Sokmo
🌐 https://bit.ly/2InaJje


DRAMA PERTEMBUNGAN PPBM DAN PKR SEMAKIN RANCAK

1️⃣ Tun Daim Zainuddin pada 15 Mei 2018 lalu mengkritik pihak media kerana memberi liputan meluas kepada pengampunan dan pembebasan DS Anwar Ibrahim dari penjara.

2️⃣ Beliau  juga turut dilaporkan berkata  bahawa adalah sesuatu yang bodoh untuk kerajaan Pakatan Harapan mempercepatkan proses peralihan kuasa kepada Anwar.

3️⃣ Menyokong kenyataan Daim tersebut, YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menyatakan bahawa Anwar tidak mungkin akan menjadi perdana menteri dalamasa dua tahun.

4️⃣ Mahathir turut menegaskan bahawa beliau akan menjadi perdana menteri selagi rakyat mahu dan beliau mampu.

5️⃣ Semalam (20 Jun 2018), Tun Daim Zainuddin dilaporkan mengkritik DS Anwar Ibrahim sebagai bongkak dengan kemenangan pada PRU 14.

6️⃣ Daim menegaskan bahawa Anwar sedang mempopularkan dirinya dan mengerahkan jentera parti melancarkan propaganda bahawa kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 adalah disebabkan oleh faktor dirinya (Anwar) dan PKR.

7️⃣ Kenyataan Anwar selari dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini bahawa kemenangan Pakatan Harapan bukanlah disebabkan oleh faktor Mahathir.

8️⃣ Daim menegaskan bahawa kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 lalu adalah disebabkan faktor Mahathir.

9️⃣ Senario politik Malaysia semakin menarik dengan pertembungan dalaman di kalangan para pemimpin PKR dan PPBM sementara para pemimpin DAP dan PAN dilihat memilih jalan selamat.

1️⃣0️⃣ Ketidaktentuan ekonomi dan ketidakstabilan kerajaan baru berpotensi mencetuskan gelombang rakyat yang merasa tertekan dengan senario semasa.

1️⃣1️⃣ Sehingga kini, setelah 43 hari Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya, ramai di kalangan para pengundi mereka dan rakyat Malaysia tidak melihat sebarang perkembangan positif terhadap pertumbuhan sosio-ekonomi negara. (
http://theunspinners.blogspot.com)

7 comments:

ikan said...

Setelah tersebar di media sosial dakwaan memiliki beberapa kenderaan mewah, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan pacuan empat roda Range Rover bernilai RM200,000.

Harakahdaily melaporkan naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).

"Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000," katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.

KELANTAN sengaja melambatkan pembangunan di negeri itu supaya rakyat "tidak ketinggalan", kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.

pemimpin kena maju rakyat takpe slow2 membangun

#janganponteng

Anonymous said...

mahafiraun dan tuan punahsihatnya terlibat dengan pelbagai skandal dan bailout berskala besar yang amat merugikan rakyat dan negara di waktu mahafiraun menjadi pm @ ditaktor.

Dan sekarang episod ekonomi merundum berulang lagi.

Selepas ini barua-barua dedak pakatan akan meroyan histeria gila babi memaki hamun kita sebab kita berani mendedahkan pekung pemimpin pakatan.

Anonymous said...

Woi ikangay cukup-cukuplah menfitnah parti Islam PAS pimpinan kerana kamu setiap hari meroyan sakit hati kerana rakyat Kelantan dan Terengganu menolak pakatan secara total. Bahkan calon pakatan hilang deposit PRU.

Nampaknya barua-barua pakatan adalah seperti puak komunis yang tidak menghormati hak rakyat Kelantan dan Terengganu memilih pemimpin Islam dan kerajaan PAS yang berintegriti , jujur dan telus bukan seperti rejim pakatan yang suka 'kencing' rakyat dengan pekbagai janji palsu.

Anonymous said...

Matdir sudah seronok jadi pm maka tiada harapanlah untuk nua jadi pm. Abang besar roket pun suka matdir jadi pm sebab matdir lantik abang besar roket jadi menteri mof.

Bahkan abang besar biDAP pun tak respect nua dan barua pakatan sibuk menghina nua.

Maka nua mungkin akan bawa parti mata bersekutu dengan parti-parti pembangkang untuk menumbangkan rejim pakatan.

bunbinban said...

hek ele...yg dtg merangkak jukpa mahafiraun tu sape. Sebelum pru di kutuk kaw kaw mahafiraun tu. Sama naik je pas ngan umno ngutuk ph tapi lepas pru, terhegeh-hegeh jumpa mahadiraun minta royalty minyak. Kahkahkah. Nasib baik mahafiraun x letak lori depan pintu opis dia...kahkahkah...kalau tidak lebai blk moncong 3 depa...kahkahkah..

Anonymous said...

Wah betapa bodohnya barua-barua dedak pakatan seperti barua 12.01 pm menulis komen bodoh berganda-ganda kerana jahil tentang konsep federalisme, tanggungjawab kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri berdasarkan perlembagaan persekutuan dan hak kerajaan negeri ke atas petroleum negeri dll.

Barua pakatan berlagak 'bijak' dengan meletakkan otak pada lutut.

Anonymous said...

12.01pm...
Kmu bodoh tak sekolah ke...? Komen kmu tu menggambarkan kmu tak reti politik dan tk tahu perlembagaan negara. Patutlah kmu menyokong ph sbbnya tak sekolah jd tk pandai lepas tu mudah benarlah kmu ni ditipu hancing oleh pencacai ph dap. Kecian kmu kena tipu. Yg menipu kmu tu pemakan dedak cap roket bw khinzir...
Ni nak habak kat hang no.. semua negeri di msia ni tertakluk di bawah kerajaan persekutuan. Menjadi tanggungjawab persekutuan untuk memajukan semua negeri2 tersebut tanpa pilihkasih. Hubungan antara krjaan persekutuan dgn kerjaan negeri hendaklah berlaku dgn baik. Ini bukan lagi hubungan antara parti politik ttpi antara kerajaan dgn krjaan. Esok p bljar lain kat sekolah. Mula dari tadika dlu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails