Wednesday, June 27, 2018

ECRL-Vincent Tan: Tun M Tak Tahu? Letak Jawatan Le..



KENYATAAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau tidak mengetahui projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan penglibatan Vincent Tan dianggap tidak munasabah dan beliau sepatutnya meletakkan jawatan jika tidak mengetahuinya.

Penglibatan seorang taikun korporat, Vincent Tan dalam ECRL telah mengubah paradigma kerajaan dengan mengambil keputusan meneruskan projek ECRL ini.
Mahathir sebelum ini ibarat orang yang serba tahu di Malaysia sehinggakan dakwaan angka-angka ekonomi pun dipalsukan telah berubah seperti orang ‘hilang ingatan’ apabila mengatakan tidak tahu berkenaan projek ECRL dengan kehadiran Vincent Tan.
“Saya tidak tahu mengenainya. Saya tidak boleh memberi komen. Anda harus bertanya kepada Vincent Tan,” kata beliau pada akhbar tempatan semalam ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mempertimbangkan semula untuk meneruskan projek ECRL kerana penglibatan Vincent Tan.
Bukankah Vicent Tan rakan baik Mahathir? Bagaimana penglibatan rakan baik sendiri dalam projek mega kerajaan tidak diketahui oleh perdana menteri?
Sebaiknya, Mahathir patut meletakkan jawatan sekiranya benar-benar tidak mengetahui hal tersebut kerana tidak layak sebagai seorang pemimpin negara dan rakan baik tidak mengetahui perkembangan projek mega kerajaan.
Mahathir hanya berkata ‘ok’ dengan rancangan untuk membina landasan kereta api tetapi menegaskan bahawa kosnya perlu dikurangkan dan sebab itulah kerajaan sedang merundingkan semula dengan kerajaan China mengenai perkara itu.
Beliau juga mendakwa syarat-syarat semasa yang dicapai oleh kerajaan sebelum ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Malaysia yang antara lain adakah pembayaran harus dibuat tanpa mengambil kira kemajuan projek.
“Semua syarat ini perlu dirundingkan semula, dan jika kita memperoleh syarat yang lebih baik, sudah tentu kita akan meneruskannya tetapi kita berharap untuk mengurangkan banyak kos memandangkan banyak salahlaku telah dilakukan.
“Contohnya, meminjam RM55 bilion dari China, kita berpendapat ia tidak harus melibatkan kos yang begitu tinggi. Syarat itu ialah kontrak yang diberikan kepada syarikat dari China, menggunakan pekerjanya sendiri, membawa semuanya dari sana. Jadi apa yang Malaysia dapat. Kita mahu mendapatkan sesuatu untuk Malaysia,” ujarnya.
Tambahan pula, jika projek ECRL yang bakal diteruskan dibawah syarikat swasta sudah pastinya akan memberi kos perbelanjaan semakin tinggi.
Lantas, di manakah agaknya usaha kerajaan mahu mengambil pendekatan mengurangkan kos perbelanjaan ECRL seperti dikatakan perdana menteri itu?
Pendirian Mahathir terhadap projek ECRL yang berubah-ubah menyebabkan rakyat boleh keliru dan tidak senang duduk dengan keputusan beliau.
Terdahulu, Mahathir mengeluarkan kenyataan untuk membatalkan projek ECRL ini kerana menuduh pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat hasil pulangan daripada pelaburan besar tersebut yang kononnya didakwa bakal mencecah RM110 bilion.
Namun, semasa keberadaan Mahathir di Jepun, beliau mengubah keputusannya daripada membatalkan kepada menangguhkan terlebih dahulu projek tersebut.
Lebih mengejutkan lagi apabila sekali lagi ketua kerajaan Malaysia itu tampil dan membuat pengakuan ECRL akan diteruskan jika kerajaan dapat membuat rundingan semula bagi terma yang lebih memihak kepada negara.
Mana satu yang betul?
Kerajaan sepatutnya memutuskan keputusan yang tetap berhubung projek yang ingin dilaksanakan dan mengkaji secara keseluruhan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dan mengeluarkan kenyataan.
Tindakan perdana menteri yang kurang bijak ini hanya merugikan diri sendiri dan menyebabkan kemajuan negara boleh terbantut. – MYNEWSHUB.CC

5 comments:

Anonymous said...

Dahulu barua dan pemimpin-pemimpin parti PANdir, parti bunga, parti mata iluminati dan parti biaDAP sibuk menfitnah dan menghina ajaran Islam, perjuangan Islam,ulama Islam, parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan umat Islam. Ular-mak PANdir pun dua kali lima sahaja!

Dan sekarang semua fitnah dan dakwaan karut telah kembali kepada parti PANdir dan fuckatan.

Sekarang fuckatan sekular liberal-kafir harbi semakin gila kuasa, gila tunjuk kuasa, tipu menipu dan tindas menindas antara satu sama lain di waktu abang besar biaDAP dan barua-barua biaDAPnya sibuk menghina kaum Melayu Islam kerana pemimpin-pemimpin Melayu telah menjadi pasu bunga fuckatan.

Dahulu puak fuckatan sibuk mengutuk projek-projek Dumno Be End konon membazir wang negara dan rakyat tetapi sekarang rejim fuckatan pula yang meneruskan projek yang kononnya 'membazir' pada zaman Dumno Be End memerintah.

Wah barua-barua dan pemimpin-pemimpin fuckatan ludah ke langit, akhirnya kahak jatuh ke muka sendiri ! Padan muka barua, penyokong dan pengundi fuckatan bodo ! Semua janji fuckatan telah ke laut ! Telan kahak saja lah kah kah kah kah kah

Dumno Be End dan Fuckatan dua kali lima sahaja ! Buaya dan ular sawa !

ikan said...

ha ha ha orang jeles tak dapat jadi menteri. terhegeh hegeh mari jumpa Tun. sebelum pru hari tu bukan main lagi kutuk bila menang sanggup datang sebab fulus. jadi pembangkang je la sampai tua.... cif jebon dah jadi menyteri pertahanan. terbakoo jiwa...
3janganpontengparlimen16julai.

Anonymous said...

Di waktu abang besar biaDAP dan kuncu-kuncu biaDAPnya sibuk menghina ajaran Islam, hak umat Islam termasuk kaum Melayu Islam, bahasa Melayu, dan Perlembagaan Persekutuan, pemimpin-pemimpin Melayu dalam pakatan sarkis dan ularmak PANdir terketar lutut takut nak mengkritik abang besar biaDAP. Mat Dir sendiri pun takut pada abang besar biaDAP !

Sekarang siapa boss pakatan sarkis ..... abang besar parti biaDAP atau Mat Dir parti bunga?

Wah semua barua, penyokong dan pengundi pakatan sarkis telah dikencing hancing !

Anonymous said...


Wah ikan 10:44 ternakan biaDAP berlagak 'pandai' tetapi tulis komen setaraf dengan budak tadika. Ini membuktikan ikan bodoh berganda ini tidak memahami konsep Federalisme dan hubungan antara kera-jaan persekutuan dan kerajaan negeri dll !


Anonymous said...

Rasanya baik kamu ikut mat sabu kot join pan. Pas dah takde maki2 mcm ni dah. Perangai mat sabu dulu mmg jadi burden dlm pas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails