Wednesday, June 06, 2018

Filipina Selaras Sekolah Islam, Konon Bendung Radikal.. M'sia Pun Nak Ikut?

Selatan Filipina

SINGAPURA – Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana kelmarin berkata, negaranya akan menyeragamkan sistem pelajaran di kedua-dua sekolah awam dan persendirian Islam.

Ia susulan serangan kumpulan militan di bandar Marawi pada tahun lalu yang meningkatkan kebimbangan pengaruh radikal lebih besar.
Lorenzana menerusi laporan laman berita Arab News berkata, Filipina akan melaksanakan satu ‘sistem madrasah berinstitusi’ dengan kurikulum seragam dan pengawasan lebih besar daripada Jabatan Pendidikan negara itu.
Katanya, sesetengah sekolah sedemikian didapati dikendalikan individu dengan pandangan radikal, menyebabkan mereka menyalurkan pembiayaan rahsia aktiviti pelampau.
Lorenzana berkata demikian dalam persidangan keselamatan di republik ini, Shangri-la Dialogue yang turut dihadiri Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis, pegawai pertahanan serta ahli akademik dari 43 negara.
Kepungan lima bulan di Marawi di pulau selatan Mindanao tahun lalu menyebabkan lebih 1,100 maut dan 200,000 penduduk hilang tempat tinggal.
Dalam perkembangan lain, Lorenzana memberitahu, hasil rondaan bersama yang menyasarkan kumpulan militan di Laut Sulu menunjukkan perkembangan positif.
Sejak Jun lalu, Filipina, Malaysia dan Indonesia melakukan rondaan kawasan di sekitar sempadan Sabah dan selatan Filipina di mana kumpulan militan aktif melakukan aktiviti menculik warga asing untuk menuntut tebusan. – Agensi/myMetro Online

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Radikal, militan adalah tuduhan lama diperbaharui lagi oleh musuh-musuh Islam. Di Malaysia pun kegiatan-kegiatan agama mulai dicurigai. Mungkin juga ada kaitan dengan pemilihan Ketua Hakim Negara baru yang bukan Islam,  dan cadangan penghapusan sekalah tahfiz pendidikan awal Islam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails