SUKAN
LONDON – Bekas penyerang England dan Portugal, Alan Shearer serta Joao Mario bingung apabila melihat perlawanan Piala Dunia antara Iran dan Portugal semalam digagalkan oleh video bantuan pengadil (VAR).
Shearer mengkritik sistem VAR Piala Dunia selepas teknologi itu menjadi ‘bintang utama’ pada babak kedua yang penuh drama ketika Portugal dan Iran seri 1-1, awal pagi semalam.
Perlawanan tersebut banyak kali terganggu selepas pengadil, Enrique Caceres kerap memberhentikan permainan untuk merujuk kepada sistem VAR, yang turut menghadiahkan sepakan penalti yang akhirnya gagal disempurnakan oleh penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo.
Akibat terlalu marah, Shearer mengeluarkan pelbagai kata-kata yang tidak sepatutnya ketika meluahkan pandangannya mengenai teknologi yang kali pertama digunakan oleh badan bola sepak dunia, FIFA dalam Piala Dunia.
“Saya hampir-hampir mengeluarkan kata-kata kesat secara langsung di TV!.
“Apa yang cuba saya katakan adalah, VAR sama sekali mengarut!,” kata bekas penyerang Newcastle United dan Blackburn Rovers itu sejurus wisel penamat ditiupkan.
Shearer turut melabelkan perlawanan tersebut sebagai ‘sandiwara’, malah kenyataan itu turut dipersetujui oleh Mario yang menegaskan, tindakan pengadil memberhentikan permainan berulang kali menyukarkan pemain.
PENYERANG Portugal, Cristiano Ronaldo (kanan) diasak pemain Iran, Karim Ansari Fard pada saingan Kumpulan B Piala Dunia Russia di Mordovia Arena, sebentar tadi. - Foto AFP
“Ia sangat sukar dengan VAR. Terlalu banyak gangguan, banyak kali kali perlawanan terhenti dan kami datang ke sini untuk bermain.
“Semua pemain mahu memberikan yang terbaik dan itu perkara paling penting,” kata Mario.
Keputusan seri menentang Iran bermakna, Portugal menamatkan kempen Kumpulan B selaku naib juara di belakang Sepanyol, dan mereka akan menentang Uruguay dalam pusingan 16 akhir, Sabtu ini.
Sepanyol yang seri 2-2 dengan Maghribi dalam satu lagi perlawanan, awal pagi tadi akan bertemu tuan rumah, Rusia. – AGENSI.
1 comment:
Tak lama lagi benda yg sama alan dipakai dlm Pemilihan Keadilan menyebabkan Fraksi Anwar kalah teruk. Paling saya Happy kebanyakn penyokong Anwar pun tak dapat jawatan la ni. Anda orang biasa Anwar. Anda bukan Gomen
Post a Comment