Friday, June 29, 2018

Harapan Pemandu Teksi Hancur… PH Benar E-Hailing




LAGI PUSINGAN U… Jika sebelum berkuasa, Pakatan Harapan (PH) lantang kritik kerajaan dengan isu perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber, termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.

Pengerusi PH yang kini menjadi semula perdana menteri buat kali kedua, malah ‘hina’ graduan universiti menjadi pemandu e-hailing, tetapi kini setelah menjadi kerajaan baharu, blok pelik itu sudah membuat pusingan U pula.
Media tempatan melaporkan kerajaan PH akur dasar BN terhadap perkhidmatan e-hailing adalah tepat selepas Kabinet bersetuju untuk tidak menghentikan operasi tersebut, sebaliknya akan mewujudkan peraturan baharu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, peraturan tersebut telah dipinda oleh pihak kerajaan BN sebelum ini dan kini kementerian itu akan melihat semula perkara berkenaan untuk dilaksanakan dengan adil.
Ia juga seiring dengan perkhidmatan teksi di negara ini. Justeru harapan lebih 80,000 pemandu teksi di seluruh negara tegar mengundi PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu ternyata tidak dipedulikan kerajaan baharu ini.
Anthony Loke Siew Fook MENTERI PENGANGKUTAN, ANTHONY LOKE SIEW FOOK.
Lebih lucu Anthony memberi dalih kononnya e-hailing tidak dapat diharamkan perkhidmatannya kerana ia telah menjadi trend pengangkutan awam moden di seluruh dunia dan memanfaatkan aplikasi atas talian untuk tempahan.
“Jadi dengan pengumuman terbaharu ini diharap pemandu teksi dapat bersabar kerana awal Julai ini, pihak kementerian akan mengumumkan peraturan-peraturan untuk pemandu e-hailing dan juga pemandu teksi.
“Sekarang kita memerlukan sedikit masa untuk meneliti beberapa perkara bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan diharap pengumuman itu akan memuaskan hati semua pihak berkaitan,” katanya di Putrajaya.
Kerajaan PH sebelum ini dikutuk pelbagai persatuan teksi tempatan kerana mewujudkan APAD ganti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) konon untuk mudah kawal selia operasi mereka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
*Video bawah sekadar sindiran…

2 comments:

Anonymous said...

pemandu teksi ni pon kebanyakannya orang islam.... selain anda telah usaha..
apakata persatuan anda buat solat hajat mohon Allah bantu huraikan segala masalah yag kalian hadapi???? kita bukan setakat mintak manusia tp yg utama kat pencipta kita....

ikan said...

buat kat stadium lepas tu minta ustaz yang doa pakatan ahzab jadi imam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails