Friday, June 22, 2018

Ikrar Rakyat Pertahan Raja-Raja Melayu ..


Bismillahirahmannirrahim

Wallahi, wabillahi, wattallahi

"KAMI, rakyat Malaysia, yang berhimpun di Masjid Negara Kuala Lumpur, pada hari ini, 22 HB Jun, 2018, Bersumpah dan berikrar:

Selagi hayat dikandung badan, selagi darah masih mengalir ditubuh kami, setiap inci sisa hidup kami, akan kami gunakan untuk menggembling seluruh tenaga dan usaha kami, untuk memastikan bahawa :

1. Kami akan mempertahankan kepentingan dan hak istimewa Melayu dan Bumiputra di negara ini.

2. Kami akan membela Institusi- Institusi Islam demi memelihara kesucian agama Islam.

3. Kami juga berikrar, akan mempertahankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia SPB Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, selaku payung Agama Islam di bumi Malaysia ini.

Kami bersumpah dan berikrar, bahawa Kami akan memerangi, sesiapa jua yang memperlekeh, mempersenda dan menghina, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra, Institusi-institusi Islam dan Yang DiPertuan Agong serta Raja-Raja Melayu.

Sekian lafaz sumpah kami.  Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
-------
TAKDE SEBAB RAKYAT PERLU TAKUT MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN RAJA-RAJA MELAYU. KITA SUDAH DIBEBASKAN ZAMAN NAJIB DAN PAK LAH
https://www.facebook.com/lokman.n.adam/videos/1936356316408618/

Himpunan Pertahan Institusi Islam dan Raja- Raja Melayu, Masjid negara 22/6/2018 (Dipertengahan Video Baru Peserta Berani Turun Dan Menyertai Kami)
https://www.facebook.com/lokman.n.adam/videos/1936304613080455/

16 comments:

Anonymous said...

nak tegak hukum hudud pun tak mau sokong cerita apa ni
semua nak dedak aja
dah kalah pru 14 nak tunjuk pembela Islam konon
lok adam konon amnooo

Anonymous said...


Kami umat Islam berikrar berdiri teguh membela dan menyokong Yang DiPertuan Agong membela dan melindungi agama Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi.

Canang pendekar hebat bunyinya,
Raja berangkat istana Puri,
Jangan kau cabar darjat panglima,
Salah disanggah ajal menanti.

Anonymous said...

dengar khabar x sampai 100 orang yg hadir...mampu ke?

Anonymous said...


Semua barua @ cybertrooper yang bersekongkol dengan puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi adalah pengkhianat agama Islam dan umat Islam dan kaum Melayu Islam. Sesungguhnya pengkhianat-pengkhianat ini sanggup mengkhianati ibubapa mereka sendiri semata-mata untuk mendapatkan sedikit habuan dunia yang sementara ini.

Pergi ke kedai di waktu malam,
Untuk membeli sepasang kasut,
Barua sombong hina Islam,
Kerana otak letak di lutut.

Masih berhingus sudah takbur,
Berlagak munafik siang dan malam,
Menangis mayat dipintu kubur
Teringat diri menentang Islam.

Hari raya jalan sesak,
Berhenti sekejap membeli nangka,
Mayat munafik teresak-esak,
Melihat kuburnya seperti neraka.

Guna sabun bunuh bakteria,
Jika cuai badan celaka,
Si munafik meraung histeria,
Diri dihumban ke dalam neraka.

Anonymous said...


Anon 10:31 PM,

Jika 20.8 juta umat Islam bangkit membela Agong, agama Islam dan hak umat Islam, mampukah rejim pakatan menghadapi umat Islam?

Anonymous said...


Dengan mengadakan perhimpunan tersebut, Raja dan Istana telah di perlekehkan.

Tak ada satu pun tokoh atau individu yang di sanjung oleh masyarakat melayu yang hadir.

Sekurang-kurangnya Sasterawan Negara atau seseorang yang pakar tentang adat istiadat Melayu.

Tengku Razaleigh dan Teuku Nan pun tak turut serta.

Anonymous said...


Nampaknya tradisi menjaja rasuah telah menjadi sebahagian dari pakatan maka kita tidak merasa hairan melihat pemimpin-pemimpin pakatan menentang RUU anti-berita palsu seolah-olah pakatan tidak boleh memenangi PRU14 tanpa fitnah.

Barua @ cybertrooper ternakan pakatan pula sibuk mencipta dan menjaja fitnah untuk menghasut rakyat yang emosional dan jahil murakkab membenci parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan perjuangan Islam tanpa sebarang rasional.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Akan muncul suatu zaman yang ilmu Islam dihapuskan, muncul berbagai-bagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut, dan banyak berlaku jenayah.” (HR Muslim).

Anonymous said...


Pembetulan ralat baris pertama komen June 22, 2018 at 11:22 PM:

Nampaknya tradisi menjaja fitnah telah menjadi sebahagian dari pakatan maka kita tidak

Anonymous said...

Itu bukan pantun melayu Istana.
Itu pantun melayu bangsat.

Langsung tak ada keindahan..

Malam-malam pergi kedai beli kasut apa ke jadah nya ?

Berhingus .. Jalan sesak.. pakai sabun...

Pantun melayu Istana pembayangnya menyentuh keindahan dan kelembutan..

Nak bela Raja apa macam ini ?

Anonymous said...

Rakyat dah bangkit semasa PRU yang lepas..

Nak bangkit lagi sila tunggu lagi 5 tahun.

Kalau lah Malaysia ini semua nya orang Islam sekali pun.. jangan harap lah jangan harap lah umat Islam nak bangkit sampai 20 juta ..

Lagi banyak parti Islam ada lah.

Stupid.

Anonymous said...


Barua bangsat 11:40 PM ternakan pakatan buta sastera Melayu sebab dia lebih suka sastera roket tongsan.

Barua bodoh ini menulis Malam-malam pergi kedai beli kasut apa ke jadah nya ? untuk membodohkan dirinya sendiri.

Fakta: Jual beli kasut berlaku di waktu siang dan malam di negara ini. Mungkin di negara India dan China Komunis tempat barua pakatan ini mungkin tinggal, kedai kasut ditutup di waktu malam.

Anonymous said...


Barua dedak pakatan 11:46 PM juga membodohkan dirinya dan menghina otaknya sendiri dengan menulis komen berunsur fitnah bodoh berganda . Contoh:

(1) Barua ini menulis kononRakyat dah bangkit semasa PRU yang lepas..

Fakta:

Sebenar sebilangan rakyat telah dikencing oleh barua dan pemimpin pakatan dengan pelbagai janji palsu dalam manifesto pakatan. Akhirnya rejim pakatan mencipta pelbagai alasan bodoh untuk memungkiri janji tersebut maka pengundi pakatan hanya mampu menelan kahak sahaja.

Dan barua dan pemimpin pakatan juga telah mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah untuk menipu dan menghasut rakyat membenci dan menolak parti Islam PAS. Dan pemimpin pakatan sendiri menentang RUU anti-berita palsu kerana pakatan tidak boleh memenangi PRU14 tanpa berita palsu @ fitnah.

Pakatan hanya mendapat 45% undi sahaja yang bererti pakatan adalah kerajaan minoriti yang tidak popular. Hanya 25% orang Melayu Islam sahaja yang berjaya diperdayakan untuk mengundi pakatan dalam PRU maka PRU14 bukanlah kebangkitan rakyat !

(2) Barua ini menulis kononNak bangkit lagi sila tunggu lagi 5 tahun.

Fakta:

Kaum Melayu Islam akan mengundi parti Islam dan menolak rejim pakatan secara total dalam PRU15 kerana rejim pakatan telah menipu rakyat dan menghina dan menindas agama Islam dan umat Islam dan rakyat. Bahkan ekonomi negara juga turut merundum kerana pemimpin rejim pakatan tidak pandai mentadbir negara.

(3) Barua ini menulis kononKalau lah Malaysia ini semua nya orang Islam sekali pun.. jangan harap lah jangan harap lah umat Islam nak bangkit sampai 20 juta .. Lagi banyak parti Islam ada lah.

Fakta:

Walaupun bilangan umat Islam telah mencapai 21 juta orang, hanya satu sahaja parti Islam yang wujud sejak sebelum negara ini merdeka iaitu parti Islam PAS pimpinan ulama Islam. Maka jelaslah barua pakatan ini adalah seorang pendusta @ pembohong yang tidak mempunyai maruah diri.

(4) Barua ini menulis kononStupid.

FACT: Yeah I do agree with you that pakatan cybertroopers like you are the most stupid low life liars. I’m sorry if you don’t like my honesty, in fairness I don’t like your lies. The only thing worse than a liar is a liar that's also a hypocrite! And you are a liar that's also a hypocrite!

Anonymous said...

Kedai kasut tak bukak bro, yang jual kasut malam-malam gerai bundle kat uptown. Ada mengerti dong ? Gerai tau...

45% dengan 25% tu kan sebab penipuan-penipuan semasa pru. Persempadanan semula dan dokongan media TV serta ugutan pada CEO syarikat.

25% melayu Islam yang menyokong memang sedikit. Islam sendiri kata hanya sedikit sahaja yang berjaya di akhirat kelak. Zaman Nabi saw Islam tak ramai.

PRU 15 seperti biasa PAS terus bermimpi lah. Baru 1 bulan lebih dah boleh tilik PAS menang. Nak kata menang pun tunggulah 3 tahun. Pelancong asing boleh pakai bikini di Terengganu ke ? Berapa lama PAS akan selesaikan hal ini mengikut undang-undang Islam Terengganu, Negeri Tuan Guru... Dia selamat sebab cermin mata dia tebal.. Kalau dekat betul baru nampak..

Otak kontot. Parti Islam memang lah tak banyak sekarang ini. Sebab rakyat tak nak parti Islam. Orang Islam nak kehidupan Islam. Cara hidup orang PAS pun bukan ikut Islam, itu sebabnya menang 2 negeri. Orang yang tidak yakin dan kurang imannya memang bergantung pada parti PAS.. sebab senang masuk syurga. Biar kena kencing kat dunia dari kena kencing kat akhirat.



You are not only stupid but you are also an idiot.


Belanja satu pantun ya..

Malam malam beli kasut
Pakai serban otak kusut
Walaun 2 42 masuk selut
Komen semua nya melalut-lalut.

Kalau PAS ada buat open house bagi tahu ya... Tak ingin aku nak pergi..

Anonymous said...


(1) Barua 7:51 AM ternakan pakatan mabuk todi sambil menulis Kedai kasut tak bukak bro, yang jual kasut malam-malam gerai bundle kat uptown. Ada mengerti dong ? Gerai tau...

Fakta: Sejak bila semua shopping mall di bandar dan bandaraya ditutup di waktu malam? Barua pakatan sudah pasti sakit mental kerana berfikir semua aktiviti di bandar dan bandaraya terhenti di waktu malam.

(2) Barua 7:51 AM ternakan pakatan menulis konon 25% melayu Islam yang menyokong memang sedikit. Islam sendiri kata hanya sedikit sahaja yang berjaya di akhirat kelak. Zaman Nabi saw Islam tak ramai.

Fakta; Wah penyakit mental barua ini semakin kritikal apabila dia menulis komen yang paling bodoh dalam dunia. Umat Islam tulen tidak akan bersekongkol dengan parti-parti sekular libera dan parti kafir harbi DAP yang telah menentang dan menghina ajaran Islam, ulama Islam, Agong, institusi Islam dan perjuangan Islam PAS dan menafikan hak umat Islam !

Hanya puak munafik dan puak jahil murakkab menyokong musuh Islam menentang Islam.


(3) Barua 7:51 AM ternakan pakatan menulis You are not only stupid but you are also an idiot.

FACT: Please accept my condolence for you for your brain is dead for good ! No wonder you write baseless and ridiculous comments as if they are the absolute truth ! Carry on consuming dedak roket that is suitable for pigs! You are a just pathetic liar !

(4) Barua 7:51 AM ternakan pakatan menulis Malam malam beli kasut
Pakai serban otak kusut
Walaun 2 42 masuk selut
Komen semua nya melalut-lalut.


FAKTA: Pantun kamu yang bodoh berganda-ganda yang tiada nilai seni ini mencerminkan kebangangan dan kecelaruan otak kamu sendiri setelah rejim pakatan memungkiri semua janji pakatan dalam PRU14! Kasihan !

Anonymous said...

Rilek la. Pas pun dibawah arahan tgna pernah menyuruh nizar dan ahlinya baring depan istana perak satu masa dulu. Boikot sultan. Rilek je

Anonymous said...

Dakwaan kamu 11.10 am tanpa bukti adalah fitnah.

Mahkamah sendiri tidak menyokong dakwaan kamu yamg tidak berasas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails