Monday, June 18, 2018

Islam Cara PAS Takkan Menang, Bagaimana Cara BN/PH? -P/PAS Pahang.




SAYA membaca satu posting tulisnya "Selagi pembawaan Islam itu cara PAS, Islam itu tidak akan menang selamanya, jangan mimpilah".
Namun ini bukannya telahan pertama yang dibaca tetapi ianya adalah untuk kesekian kalinya oleh pembenci-pembenci PAS.
Dia kata cara PAS akan menyebabkan Islam tak menang sampai bila-bila. Dia tak beritahu pula Islam cara mana yang boleh Islam cepat menang, Islam cara BN ke atau Islam cara PH?
Kalau dikatakan Islam itu tidak menang kerana cara PAS, apakah Islam itu boleh menang dengan sebab cara PH atau cara BN, sekarang PH menang tak ada pula pimpinan PH isytiharkan bahawa Islam telah menang dan golongan Kafir telah kalah.
Bila Islam kalah saja dikatakan hanya silap PAS sahaja? Apakah parti lain tidak dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk membawa Islam? Atau memang parti lain tak nak bawa Islam atau langsung tak berniat nak bawa Islam.
Bila PAS kalah dikatakan Islam itu kalah, ini maknanya kalau PAS menang ertinya Islam menang, ini juga membawa makna hanya PAS yang berjuang Islam kerana parti lain langsung tidak dikait dengan menang atau kalahnya Islam.
Islam itu matlamat, untuk mencapai matlamat itu ada caranya, caranya telah ditentukan Allah S.W.T, bukan ikut cara sendiri. bukan matlamat itu menghalalkan cara, kalau ikut cara sendiri maka itulah yang dikatakan "matlamat menghalalkan cara".
Nak menang banyak caranya, Trumph menang dengan caranya, Ikhwanul Muslimin menang dengan caranya lalu dijatuhkan pula al-Sisi dengan caranya, bahkan dalam sejarah dunia, Sosialis, Komunis pun pernah menang dan memerintah, mereka menang dengan cara mereka.
Ada parti menang dengan cara jahat, ada dengan sogokan rasuah, ada juga dengan fitnah dan taburkan persepsi buruk pada lawannya.
Kalau yang jahat dapat kuasai pengundi, maka biasanya yang jahat itu menang, begitu juga sebaliknya, namun kita tak boleh katakan bahawa yang jahat itu adalah baik dengan sebab dia menang dan yang baik itu adalah jahat dengan sebab dia kalah.
Baik atau buruk kita kena melihat caranya. Islam itu ad-Din atau 'cara hidup', tidak kira apa juga ruang dan urusan kehidupan kita termasuk politik. Politik Islam ada caranya, maka cara itu yang diikuti PAS, kerana PAS yakin cara Islam adalah terbaik.
Kalau dikatakan cara itu PAS lambat menang, PAS akan sabar menunggunya kerana PAS yakin bahawa hanya cara itu sahajalah Malaysia dapat ditadbir oleh peraturan Islam, PAS tetap dengan caranya yang diatur oleh dasarnya iaitu al-Quran, Hadis, Ijma dan Qias.
USTAZ ROSLI ABDUL JABBAR
Pesuruhjaya PAS Pahang 
-HARAKAHDAILY 18/6/2018

10 comments:

Anonymous said...


Puak munafik lidah biawak sekular liberal pimpinan kafir harbi akan mencipta pelbagai alasan untuk menolak perjuangan Islam yang berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah yang diperjuangkan oleh parti Islam PAS kerana biawak ternakan kafir harbi ini amat membenci agama Islam dan umat Islam. Maka PAS menjadi mangsa fitnah dan kebencian puak munafik sekular liberal dan pauk kafir harbi di negara ini.

Bahkan biawak-biawak ternakan kafir harbi ini adalah musang berbulu ayam yang cuba melemahkan atau menghapuskan agama Islam dan hak umat Islam dari dalam. Puak munafik lidah biawak ini berlagak seperti seorang Muslim tetapi hati mereka seperti serigala kafir dan tindakan mereka seperti orang kafir.

Maka tiada perbezaan di antara puak munafik di abad ke 21 dan puak munafik di zaman Rasulullah s.a.w. kerana sikap, hati, mentaliti, minda dan akhlak munafik mereka adalah sama. Maka kita tidak merasa terkejut melihat puak munafik sekular liberal mempromosi, membela dan memperjuangkan 'Islam' liberal untuk menyesatkan umat Islam dan melemahkan atau menghapuskan umat Islam.

Puak munafik pimpinan Abdullah bin Ubay ibnu Salul telah berusaha mengkhianati perjuangan Rasulullah s.a.w. menegakkan Islam tetapi perjuangan mereka gagal. Dan sekarang puak munafik sekular liberal pula meneruskan perjuangan Abdullah bin Ubay ibnu Salul untuk menegakkan kebatilan dan menghapuskan kebenaran.



Anonymous said...

PAS selagi dgn perangai suka menghukum tidak membimbing atau mendidik... takkan dapat la nak tawan hati yg islam tu sendiri apalagi lah yg bukan islam

Anonymous said...

Islam cara PAS:
1-Makan Dedak.
2-Mengumpat/maki hamun
3-Menggelar (barua dsb) dengan gelaran negatif.
4-Sombong/Ego (kita dah KUAT)

Islam cara Nabi:
1-Tegur dengan berhemah.
2-Tonjolkan Islam yang cantik dan menarikh hati.
3-Akhlak pemimpin dan pengikut berlandaskan al-quran
4-Sentiasa muhasabah diri.

Ternyata JAUH Islam cara PAS dengan cara Nabi, trapi kesombongan PAS tak akan mengaku. namun rakyat marhaen yang enilainya, sebabtu umat Islam pantai barat semenanjung ramai yang dah tak sokong PAS.

Merugikan jika PAS terus menafikannya. Menguntungkan jika PAS muhasabah diri dan ikut al-quran dalam setiap langkah pergerakan , dasar dan kempen politik PAS.

Jagalah adab PAS agar selari dengan adab Nabi Mumahamad SAW.

Anonymous said...

Mungkin bila PAS terima rasuah, atau PAS berebut projek, atau PAS mula2 miskin bila menang jd kaya, waktu tu baru PAS dikatakan memperjuangkan Islam.

Dlm Quran ada teguran yg kasar kpd Abu Lahab, tp bila PAS tegur dikatakan maki hamun. Agaknya bila PAS buang jubah baru dikatakan akhlaq baguih.

Yg perempuan berjubah labuh, dikatakan ekstrimis, bila pakai baju ketat, nampak susuk tubuh, baru dikatakan PAS didik dgn betul.

Bila PAS jauhkan diri dari perasuah, penyalah guna kuasa, maka dikatakan sombong dan ego.

Mungkin persepsi berbeza, satu cenderung spritualis satu lg liberalis, maka kecenderungan PAS dikataka menyalahi Islam.

Anonymous said...

Menjawab Dakwaan Karut @ Fitnah Yang Terhadap PAS

Ajaran Islam telah menjelaskan siapa yang Muslim dan siapa yang munafik, murtad dan kafir dll maka PAS bertindak menyampaikan hukum-hukum Islam tersebut kepada orang ramai untuk dijadikan panduan.

Malangnya puak jahil murakkab dan bodoh sombong dan puak munafik dan puak kafir harbi telah mencipta fitnah konon PAS mengkafirkan umat Islam sedangkan kita semua mengetahui PAS hanya menyampaikan ajaran Islam kepada orang ramai. Bahkan munafik-munafik ini hanya menerima sebahagian ajaran Islam mengikut selera mereka dan menolak sebahagian ajaran Islam lagi kerana tidak sesuai dengan hawa nafsu serakah mereka sendiri sedangkan umat Islam wajib menerima 100% ajaran Islam bukan 25%, 50% atau 75%.

Ketegasan dan kegigihan PAS berjuang menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam telah menyebabkan puak munafik, puak jahil murakkab dan puak kafir harbi mencipta pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan PAS dan menghasut rakyat membenci PAS dan perjuangan Islam sebelum PRU14 dll kerana mereka bimbang PAS akan memenangi PRU14 dan boleh menubuhkan kerajaan Islam di negara kita.

Sebenarnya dakwaan karut @ fitnah konon PAS bersikap 1-Makan Dedak, 2-Mengumpat/maki hamun., 3-Menggelar (barua dsb) dengan gelaran negatif, 4-Sombong/Ego (kita dah KUAT) dll yang disebarkan barua-barua @ cybertrooper ternakan pakatan sangat jelas mencerminkan sikap , mentaliti dan tindakan cybertrooper and pemimpin pakatan sendiri yang tidak bermoral.

Lihatlah dalam blog ibnuhasyim sendiri di mana kita boleh membaca terlampau banyak komen berunsur fitnah, maki-hamun, sumpah seranah dll terhadap PAS yang telah ditulis oleh barua @ cybertrooper ternakan pakatan.

Bahkan pemimpin-pemimpin pakatan sendiri telah membuat pelbagai kenyataan berunsur fitnah terhadap PAS dalam media massa maka kita tidak merasa hairan melihat mereka menentang RUU anti-berita palsu seolah-olah mereka tidak boleh menang tanpa berita palsu @ fitnah.

Maka jelaslah semua fitnah, maki hamun dan sumpah seranah itu telah kembali kepada barua dan pemimpin pakatan sendiri. Rejim pakatan sendiri memungkiri semua janji pakatan sendiri maka rejim pakatan adalah rejim munafik. Kasihan pengundi pakatan hanya mampu menelan kahak sendiri sahaja.

Komen-komen yang ditulis oleh barua @ cybertrooper ternakan pakatan sangat jelas menunjukkan semua barua tersebut adalah jahil murakkab tentang Islam sehinggakan mereka menghina ajaran Islam dan perjuangan Islam.

Mereka fikir semua kaedah Islam adalah berdiplomasi dan berlemah lembut sahaja. Adakah mereka akan berlemah lembut dan berdiplomasi dengan perompak yang sedang merogol isteri dan anak mereka dan merompak rumah mereka ?

Jika musuh Islam mahu membunuh kamu, adakah kamu masih berlemah lembut dan berdiplomasi dengan musuh Islam yang mahu membunuh kamu?

Kaedah dakwah Islam adalah mengikut situasi, berlemah lembut dan berdiplomasi dengan orang yang tidak mengancam agama Islam dan umat Islam dan bersikap tegas dan keras terhadap musuh-musuh Islam. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat terpaksa berperang untuk melindungi agama Islam dan umat Islam dari musuh-musuh Islam.

Jika kamu telah memberi pelbagai nasihat kepada orang yang melakukan kemungkaran dan kesesatan tetapi nasihat kamu tidak berkesan, maka undang-undang Islam termasuk kekerasan perlu dilaksanakan untuk mencegah kemungkaran dan kesesatan.

Anonymous said...

Islam macam dia ni hebat...ramai yang belum Islam akan peluk Islam kerana penuh budi bahasa, sopan santun dan mulia ahklak...

Anonymous said...

Jika dibandingkan komen Anon 1:07 pm dengan komen-komen biadap, maki hamun dan sumpah seranah yang ditulis oleh balaci-balaci pakatan dalam blog ibnuhasyim, komen Anon 1:07 pm adalah jauh lebih baik dari komen-komen balaci pakatan yang melampau batas moral dan agama Islam.

Anonymous said...

Good article ibnu

I said...

Bukan semua benci pada PAS dan bukan PAS tu salah tetapi para pendukungnya ada yang buatvsalah. Yang buat salah itulah yg memburukkan kedudukan PAS sendiri kerana rakyat biasanya main pukul rata. Siapakah yang bertanggungjawab mengawal ahli2 dan penyokong PAS yang mengeluarkan kenyataan dan menyebarkan fitnah ini? Bagsimana pula PAS menangani fitnah yg keluar dati mulut cirit birit penyokong dan pendokong PAS ? Contohnya keluar cerita kononnya kt P.Pinang sejak di bawah DAP sudah tak boleh azan
..padahal itu cerita bohong dan fitnah sahaja. Apa tindakan susulan PAS ke atas isu ini? Tak ada satu pun... Ini salah satu contoh... beribu lagi cerita2 fitnah diada2kan termasuklah dari pimpinan atasan PAS tanpa ditapis atau ada kawalan... seolah2 ada restu atas fitnah2 rekaan itu.. inilah yang menjadikan nama PAS itu sendiri rosak. Jangan salahkan orang lain apabila anak kita jahat....

Anonymous said...

Selagi berpaksikan sistem yahudi meraih undi untuk menegakkan pemerintahan islam..selagi itu islam makin hancur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails