KUALA LUMPUR 3 Jun - Raja-Raja Melayu akan mengadakan perbincangan khas berhubung isu Peguam Negara di Istana Negara pada Selasa ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, warkah persilaan telah dikeluarkan pada Jumaat lalu kepada Raja-Raja Melayu untuk mengadakan perbincangan khas itu.
“Ketika ini, Putrajaya dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara yang ada sekarang dan calon penggantinya.
“Raja-Raja Melayu mengikuti perkembangan isu tersebut dan merasakan ada tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kekusutan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - UTUSAN ONLINE
1 comment:
Inilah bila memilih pemimpin yg tiada ruh islam mcm mahathir dan rakan2 yg berugama islam dlm ph. Sudahlah melantik org kafir yg confirm musuh islam menjadi menteri kewangan, peguam negara yg amat penting dlm negara islam ni pun, mahathir nak lantik org kafir jugak. Jgn kita tertipu dgn lakonan mereka ini yg berbaju kurung apabila ke majlis berbuka puasa,,,tapi jiwa mereka tiada ruh ugama. Kita berdoa agar raja2 melayu berdiri teguh dibelakang dymm ydpa menyanggah dan membakulsampahkan nasihat pm dlm isu ini.
Post a Comment