Tuesday, June 05, 2018

Isu Raja Melayu, Tindakan Mahathir Lebih Terpuji Berbanding Anwar Kata Aktivis PH




KUALA LUMPUR – Aktivis Pakatan Harapan (PH) memuji ketegasan Perdana Menteri mempertahankan Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara walaupun mendapat tentangan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
“Sebagai orang yang duduk dalam haluan kiri, saya lihat tindakan Mahathir dalam isu kesultanan ini adalah lebih terpuji berbanding Anwar”, ujar Khalid Mohd. Ismath melalui laman Twitternya.
Khalid turut mendakwa majoriti rakyat di negara ini tidak lagi menyokong Institusi Raja-Raja Melayu.
Dia turut mendakwa sejak krisis perlembagaan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mencium tangan ketika bersalam dengan Raja atau Sultan di negara ini.
“Dalam keadaan majoriti rakyat tak suka golongan monarki, Anwar dengan bangga tunjuk gambar dia salam cium tangan macam nak jilat tangan monarki.
“Mahathir pula, tak pernah cium tangan Raja & Sultan selepas beliau mengisytiharkan bahawa “Sultan tidak kebal” (isu krisis mahathir & raja),” tulisnya lagi.
Terdahulu Khalid turut dilihat membidas Hakim dan Pendakwaraya berhubung dakwaan terhadapnya yang dikatakan menghina institusi Kesultanan Johor melalui laman sosial.
“Semalam kami bicara di Johor Bharu. Mcm biasa. Nampaknya hakim dan pendakwaraya masih tak ubah mindset walau kerajaan dah berubah.
“Bukti-bukti baru dimasukkan walaupun peringkat saksi pendakwaan dah nak habis. Sudah hampir 3 tahun kes berjalalan, baru kemukakan bukti semalam, dan hakim terima bukti itu dimasukkan. Ini sangat tak beretika! Peguam bantah, namun hakim berkeras.
“Bayangkan, sesuka hati kemuka bukti baru. Pendakwaraya cuba membaiki kerosakan yang dilakukan oleh saksi dengan membawa bukti-bukti baru bagi memenuhi nafsu seranah pihak tertentu. Sebab itulah dah nak 3 tahun pun masih peringkat pendakwaan lagi.
“Kepada pejabat AG johor, teruskanlah menipu lagi. Tunggu sahaja nasib kamu yang tiada integriti ini,” tegasnya lagi.
Pada 13 Oktober 2015, Khalid di dakwa di Mahkamah Seksyen Johor Bahru atas 3 pertuduhan melakukan hasutan terhadap kerabat diraja Johor dan 11 lagi tuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
Dia disiasat mengikut Sek­syen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Khalid sebelum ini juga pernah ditahan di Klang di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana dipercayai menyebarkan kenyataan berbaur hasutan melalui media elektronik. – SuaraTV

No comments:

Post a Comment