Thursday, June 14, 2018

Judi Kecil-kecil P/Dunia 2018 Dilumpuhkan, Yang Besar PH Buat Apa?


ANGGOTA polis menahan suspek (dua dari kanan) kes perjudian Piala Dunia 2018 di Sibu. – Foto Ihsan Polis 

Polis Lumpuhkan Sindiket Judi Piala Dunia 2018

SIBU: Temasya Piala Dunia 2018 bukan saja menjadi tumpuan peminat bola sepak malah sindiket perjudian juga dikesan mula ‘ligat’ menawarkan pertaruhan sejak beberapa hari lalu.


Terbaru, Polis Sarawak berjaya menghidu tindakan bookie yang menawarkan pertaruhan di Sibu, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, serbuan dijalankan di sebuah rumah di Rejang Park, di sini pada jam 8 malam semalam. Menurutnya, dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 62 tahun yang menjadi ejen kutipan pertaruhan judi bola sepak.

“Dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai RM545 bersama beberapa slip yang digunakan suspek bagi kaki judi membuat pertaruhan.
“Suspek dipercayai menjadi ejen perlawanan Piala Dunia 2018 dan rumah berkenaan dijadikan lokasi kaki judi membayar pertaruhan,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut juga mendapati rumah berkenaan dijadikan lokasi kaki judi membeli loteri haram. Denis berkata, sempena Piala Dunia 2018 yang akan bermula esok, polis Sarawak menubuhkan pasukan khas untuk mengesan dan menjalankan risikan aktiviti pertaruhan sejak 10 Jun lalu.

“Polis memberi amaran agar aktiviti yang membabitkan pertaruhan supaya dihentikan kerana pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak.
“Suspek yang ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.-BH.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Projek perjudian yang besar kerajaan PH buat apa?.

1 comment:

Anonymous said...

Bertarung dgn undi, letak deposit pun berjudi. Sama je la kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails